8 JENIS MAKANAN UNTUK TANGANI STRESS MELAMPAU!

Assalammualaikum...

Stress boleh berlaku kepada sesiapa je bila terdapat masalah atau bebanan yang tak dapat dikawal lagi. Bila lagi bayak masalah yang difikirkan bertambah stress la seseorang tu. Dan semestinya kita kena la belajar untuk mengawal stress tersebut.


Bahaya stress yang melampau boleh memberikan kesan negatif pada seseorang. Contoh seperti panas baran, memukul dan lebih teruk ada sampai membunuh. Nauzubillah. Ada banyak cara untuk menangani masalah stress ni selain dari amalan rohani iaitu dengan pemakanan. Ini ada 8 jenis makanan untuk tangani stress yang melampau.

8 JENIS MAKANAN UNTUK TANGANI STRESS

1. Oatmil bersama serbuk kayu manis dan madu


Ramai yang tak suka makan oatmil ni tapi sebenarnya lagi ramai tak tahu. Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Jadi ia tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat. Sebab itu ia sesuai untuk pesakit diabetes. Tambahkan serbuk kayu manis untuk menghilangkan stress dan madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.

2. Coklat gelap bersama kacang badam


Cakap pasal coklat siapa yang tak suka makan kan. Coklat memang terkenal untuk kurangkan stress. Tapi makan coklat gelap bersama kacang badam yang kaya dengan protein. Gabungan kedua-dua makanan ini dapat membantu korang lebih tenang dan takkan menggemukkan k...

3. Smoothies


Kalau nak buat smoothies ni senang je asalkan ada bahan.hehehe. Kisar apa saja bersama susu dengan buah-buahan kegemaran korang. Nak lagi sedap campur dengan serbuk coklat atau vanilla.Yummy!

4. Kekacang dan biji-bijian


Haaa... Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci sekali gus! Amik sekaligus kombo set taknyah beli satu-satu.hehehe. Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kacang walnut dan kuaci dapat menurunkan paras stress dan menggalakkan hormon-hormon sihat. Ini akan mengurangkan stress.

5. Keledek


Keledek memang sedap kalau direbus ke digoreng. Dah la manis, kaya dengn nutrien plak tu. Kalau nak makan manisan tanpa gula, makan je keledek. Ia juga mengenyangkan bagus untuk diet korang.

6. Yogurt dengan buah beri


Kalau rasa malas boleh je beli yogurt buah-buahan yang dah terjual. Kalau lebih rajin dan nak jimat. Beli yogurt kosong tu dan buah-buahan kegemaran korang. Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Ia sumber protein yang memberi tenaga dan mewujudkan hormon anti stres. Tambahkan buah untuk rasa manis dan mencetus sistem imuniti tubuh.

7. Kari sayur-sayuran



Tahu tak bila korang makan cili ini akan merembeskan hormon endorfin yang dapat menggalakkan rasa tenang? Kari sayur antara makanan yang bagus kerana ia menyumbang sumber protein dan tenaga.
8. Teh hijau


Asid amino dalam teh hijau sesuai diambil ketika berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu korang kekal fokus untuk bertenang.


Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

0 Comments