5 CARA DISPLINKAN ANAK-ANAK DENGAN LEBIH BAIK DAN BERKESAN

Assalammualaikum...

Membesarkan anak-anak memang sangat mencabar. Semakin lama semakin sukar tambah bila anak semakin membesar. Tapi ibu bapa janganlah cepat mengalah dan mestilah sentiasa bersabar. Hasilnya pasti akan menggembirakan hati kita nanti.


Anak-anak sekarang semakin bijak jadi ibu bapa mesti banyak berfikir dan mengajar mendisplinkan anak dengan lebih mudah diterima. Ini ada 5 cara displinkan anak-anak.

5 CARA DISPLINKAN ANAK-ANAK

1. Jangan pukul anak


Ramai ibu bapa akan memukul anak untuk mendisplinkan mereka. Mungkin mereka akan dengar sekejap sahaja selepas itu akan buat lagi dan makin teruk kan. Ye Ida mengaku tak semua ibu bapa mempunyai kesabaran tahap maksimum. Seba Ida sendiri kadang-kala memang akan terlepas akan pukul anak. Kita manusia biasa dan boleh melakukan banyak kesilapan. Dan Ida yakin selepas korang pukul anak mesti korang akan berasa sedih kan. Itu la naluri seorang ibu.

Dalam Islam sendiri, hanya membenarkan ibu ayah memukul anak dengan perlahan apabila dia sudah berusia 10 tahun dan tidak mendirikan solat.

2. Mesti bertegas



Disiplin jadi lebih mudah jika bermula dari kecil dan mereka dah fahan dengan jelas tentang perturan yang korang tetapkan. Dan bila ia konsisten anak-anak akan mula terbiasa. Contoh mesti tidur tepat pukul 10 malam. Bila dah terbiasa insyaallah mereka akan buat dengan sendirinya bila dah besar nanti.

3. Lakukan denda time-out


Kalau ibu bapa diiluar negara mereka melakukan denda time out untuk mendispinkan anak-anak. Ini supaya mereka dapat menyedari dan merenung kesalahan mereka sendiri. Ida sendiri ada buat pada anak-anak terutamanya bila mereka bergaduh. Walaupun diorang mengamuk menangis. Ida biarkan sahaja. Percayalah anak-anak takkan menangis seharian. Ini juga salah satu untuk kurangkan rasa marah kita dan elak dari memukul. 

4. Jangan malukan anak di khalayak


Kalau perhatikan ramai ibu bapa yang suka memarahi anak-anak depan prang ramai. Ada yang sampai mencubit. Jangan la buat macam tu. Cuba bayangkan kalau korang sendiri dimarahi depan orang ramai, apa yang korang rasa. Malu kan, begitu juga dengan anak-anak. Perasaan anak-anak ni lebih sensitif dari kita tau.Nasihat mereka dan bercakap dengan perlahan.Insyaallah diorang akan dengar.

5. Leraikan pergaduhan adik beradik


Nama pun adik beradik kalau tak gaduh memang tak sah. Perkara biasa akan berlaku bila berebutkan barang mainan dan sebagainya. Jangan biarkan pergaduhan anal-anak berlarutan. Leraikan dan nasihatkan sorang-sorang dengan perlahan. Minta diorang berdamai dan terangkan apa kesalahan diorang dengan baik. Insyaallah anak-anak akan lebih faham.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

2 Comments

  1. saya tengok sendiri kawan saya mak dia memang garang.. garang2 mak saya garang lagi mak dia.. Tapi sebab garang sangat la semua anak anak dia bila besar dah jadi tak takut dengan kegarangan mak dia.. setakat kena pukul dah tak heran. Apa dorang nak buat.. dorang buat je. Pukul boleh tapi berpada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...garang pun ada gaya dan cara nya..kalau 24 hours garang tak hennti..ank pun dah jadi lali wat tak heran jee

      Delete