PROJEK BEG SEKOLAH DI ASTRO AWANI

Assalammualaikum...

Kami bukan la tahap artis atau selebriti yang popular dan dikenali ramai. Hanya sekadar golongan yang ingin membantu antara satu sama lain. Ingin meringankan beban yang memerlukan terutamanya anak-anak golongan miskin yang perlukan bantuan seperti beg sekolah untuk sesi persekolahan tahun depan.



Pada entry yang lepas Ida ada kongsikan yang kami sedang jalankan Projek Beg Sekolah bagi membantu anak-anak golongan miskin atau fakir untuk sesi persekolahan tahun depan.

Alhamdullilah projek kami sekarang masih menggumpul sebanyak mungkin sumbangan samada dalam bentuk barang atau wang. Buat masa ni alhamdullilah semakin ramai yang membantu dan masih ramai yang prihatin pada mereka yang memerlukan.


Alhamdullilah arini dengan kerjasama pihak Astro Awani, projek kami berjaya masuk ke dalam media. Ini lebih memberikan kepercayaan pada mereka yang masih ragu-ragu dengan projek kami ni.

Bangga juga dengan Kak Salwa aka peneraju projek ni. Kalau Ida mungkin agak susah sebab tak pernah ada pengalaman nak anjurkan projek macam ni.

Apa-apa pun Ida mintak kerjasama rakan-rakan untuk viralkan lagi untuk kami menerima lebih banyak lagi sumbangan sebab memang ramai yang memerlukan bantuan.

Terima Kasih


senarai focal person yang bertuga di setiap kawasan

Untuk ikuti setiap aktiviti kami boleh ke https://www.facebook.com/ProjekBegSekolah/

Post a Comment

0 Comments