6 PERKARA MENARIK BILA SI IBU DISAHKAN MENGANDUNG

Assalammualaikum...

Dah menjadi kebiasaan bila disahkan hamil ada ibu-ibu yang akan mengalami alahan selalunya pada awal kehamilan. Malah bukan itu sahaja, berlaku juga perubahan emosi dan fizikal kepada ibu-ibu.


Tapi sebenarnya semua tu tak jadi masalah pun kan. Kita rasa lebih seronok dan tak sabar nak tunggu kelahiran die. Ini ada 6 perkara menarik bila si ibu disahkan mengandung.


6 PERKARA MENARIK BILA MENGANDUNG

1. Boleh beribadat kepada Allah SWT


Masa ni adalah peluang yang sangat baik untuk ibu-ibu melebihkan amal ibadat kepada Allah S.W.T kerana sepanjang masa kehamilan ni korang takkan datang haid. Malah masa mengandung ni ibu-ibu digalakkan banyak berzikir, membaca AL-Quran dan puasa sunat. Ini la masaya kita akan lebih dekat dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan.

2. Selamat tinggal senggugut


Selalunya korang akan jadi lebih beremosi bila datang bulan. Ada je benda tak kena dan mudah rasa marah sebabnya korang akan mengalami masalah sengugut. Tapi bila mengandung dah takde lagi sengugut.

3. Layanan istimewa


Ibu mengandung ni selalunya akan diberikan keutamaan oleh ornag ramai. Tapi ada juga segelintir masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan langsung tak kesian pada ibu-ibu mengandung yang berdiri dalam LRT.

4. Shopping keperluan baru


Masa mengandung memang semua baju dan seluar dah takkan muat jadi boleh la beli baju dan seluar baru. Yeay shopping!

5. Dapat perhatian lebih


Inilah peluang korang nak dapatkan perhatian dari en suami. Mintak tolong urutkan kaki dan sebagainya.Lagi best bila dapat makan macam-macam. Mintak je mesti en suami akan belikan. Ye tak?Sebenarnya kalau dalam Islam pun memang suami digalakkan beri perhatian dan menjaga kebajikan isteri yang sedang mengandung.

6. Keyakinan diri bertambah





Secara automatik bila disahkan hamil, wanita akan berasa gembira dan bahagia. Kegembiraan yang dialami itu secara tidak langsung akan meningkatkan hormon gembira dalam badan dan ia meningkatkan keyakinan diri.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

1 Comments

  1. One of the best moment in our life is pregnant...rindunnya...

    ReplyDelete