5 TIPS ANAK MUDAH MAKAN TANPA DIPAKSA

Assalammualaikum...

Bila si kecil dah masuk usia 6 bulan kita sudah boleh memperkenalkan makanan pejal seperti bubur nasi untuk mereka. Dan semestinya si ibu akan mula mencari-cari resepi yang berlainan dan berkhasiat untuk si kecil yang tersayang.


Tapi jadi satu masalah bila anak susah nak makan dan cerewet dengan makanan yang diberikan. Di sini Ida nak kongsikan 5 tips untuk anak mudah makan tanpa dipaksa.


5 TIPS ANAK MUDAH MAKAN

1. Kenalkan makanan sihat


Pengenalan makanan pejal pada usia 6 bulan sangat penting. Sebaiknya biarla anak-anak kenal sayur-sayuran terlebih dulu, elakan dari terbiasa memberikan buah yang manis kerana ini akan membuatkan mereka mudah nak menolak dari memakan sayur-sayuran.

2. Ibu dulu kena mula


Kanak-kanak adalah pemerhati terbaik. Mereka sangat cenderung mengikut apa yang ibu bapa lakukan. Jika ibu bapa sendiri cerewet maka anak-anak juga cenderung untuk cerewet. Jadi jangan nak salahkan anak-anak kalau menolak makanan yang diberikan.

3. Ubah gaya hias makanan


Sekarang ni macam-macam peralatan yang boleh membuatkan makanan itu nampak lebih menastik dan sedap dimakan. Buat menu yang berwarna warni. Contoh dalam bubur nasi letak lobak merah brokoli dan ikan. Kan nampak skit warna warninya. Kalau anak dah besar kita boleh buatkan bentuk seperti bento untuk mereka. Mesti nampak lagi menarik kan?

4. Kawal pengambilan cecair


Tak kira sama ada susu atau minuman. Elakkan sebelum korang berikan mereka makan. Ini akan membuang mereka kenyang dan menolak untuk makan. Jika perlu hanya berikan sedikit sahaja.

5. Pantau khasiat pemakanan


Sumber dari karbohidrat, protein dan juga lemak perlu seimbang. Elakkan memberikan pada anak-anak dari satu sumber sahaja. 

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

0 Comments