5 JENIS VITAMIN PENTING UNTUK KECANTIKAN KULIT

Assalammualaikum...

Walau semakin banyak jenama krim kecantikan yang dikeluarkan sekarang ni tak semua yang bersesuian dengan kulit kita. Kadang kala orang tu pakai ok tapi bila kita pakai jadi sebaliknya. 



Selain krim kecantikan di pasaran sekarang, kita sendiri perlu jaga perkara lain seperti gaya hidup sihat seperti senaman, tidur yang mencukupi dan tabiat pemakanan berkhasiat termasuklah makanan tambahan seperti vitamin. Jangan kata vitamin ni hanya untuk orang sakit. Dah nama pun vitamin ia bertindak sebagai makanan tambahan sebabnya kita setiap hari bukan la makan makanan yang seimbang. Vitamin ni bukan sahaja untuk kesihatan juga untuk kecantikan. Ini ada 5 jenis vitamin penting untuk kecantikan kulit.


5 JENIS VITAMIN PENTING UNTUK KECANTIKAN KULIT

1. Vitamin C

Kandungan Vitamin C kebiasaanya boleh didapati di dalam produk pelembab. Ianya berkesan untuk melawan noda di wajah seperti jeragat, kedutan serta bertindak sebagai ejen anti penuaan. Kulit juga ternyata lebih licin dan lembut. Melalui pemakanan pula, buah betik, strawberi, nenas dan brokoli adalah pilihan yang sarat Vitamin C selain dari oren. 




Pengambilan vitamin ni secara berterusan akan memberikan kesan sebagai pelindung dari kerosakan sel akibat cahaya matahari (sunburn) dan membantu merawat luka badan.

2. Vitamin E


Vitamin ini berkesan dalam membekalkan kelembapan pada kulit dan juga bertindak dalam melawan sinaran UV. Ianya boleh didapati dalam produk pelindung sinar. Sebuah kajian yang dijalankan mengatakan Vitamin E yang disapu pada kulit membantu mengurangkan kekeringan, kemerahan serta bengkak akibat pendedahan sinaran UV. Ianya turut menghalang proses penuaan kulit pra-matang. Kekacang, avokado dan sayur bayam adalah antara makanan yang penuh dengan Vitamin E.

3. Vitamin A




Jika korang nak muka nampak awet muda dan remaja, Vitamin A berkesan dalam melawan kedutan dan melicinkan noda kasar di muka melalui teknik pengelupasan. Ianya boleh didapati dalam krim malam dan losen. Ubi kayu, lobak dan ikan tuna merupakan pilihan makanan yang kaya Vitamin A.

4. Vitamin B3

Vitamin jenis ini telah terbukti berkesan dalam mengurangkan kemerahan kulit serta pigmentasi dan mengurangkan bintik hitam. Vitamin B3 yang kebiasaanya boleh didapati dalam produk seperti krim atau losen wajah dan serum meningkatkan pengeluaran sel ceramide dan asid lemak yang merupakan komponen utama dalam melindungi kulit secara luaran. 




Menurut kajian yang dijalankan di Australia, pengambilan vitamin ini secara berterusan sehingga setahun mampu mengurangkan risiko kanser kulit. Mana nak dapat vitamin ni? Senang je daging ayam ada penuh dengan vitamin B3.

5. Vitamin K




Masalah lingkaran hitam di bawah mata boleh dirawat dengan pengambilan vitamin ini melalui sapuan krim mata yang kebiasaannya terkandung Vitamin K. Ianya turut berkesan dalam menghilangkan parut malahan digunakan secara meluas oleh pakar perubatan untuk merawat pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan. Sapuan krim yang mengandungi Vitamin B3 juga boleh merawat kulit kusam tidak sekata. Sayur kale, daun basil dan asparagus punya manfaat tinggi Vitamin K.


Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


Post a Comment

1 Comments

  1. Bila dah masuk 30 an ni memang perlu konsisten ambil vitamin untuk pastikan kecantikan kulit dan kesihatan badan kan =)

    ReplyDelete