RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Assalammualaikum...

Jumaat baru ni en suami ada beli 1 ekor ikan patin katanya nak buat masak tempoyak. Ida memang tak pernah la masak ikan patin tempoyak ni. Ni la kali pertama nak buat. Sepatutnya en suami janji nak masak, tengok-tengok Ida juga la kena buat..Menci tau!huhuhu




Ntah sedap ke tidak tak tahu la tunggu la die balik nanti makan. Ida ni tak cerewet sangat bab makan, en suami la cerewet..huhuhu

RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahan:

1 ekor ikan patin dipotong
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan
15 batang cili padi
1 batang cili merah
3 keping asam keping
3 sudu besar atau lebih tempoyak
daun kesum
garam
gula

CARA-CARA:

1. Tumbuk atau blend(separa hancur) bahan-bahan seperti cili padi,cili merah dan kunyit hidup.

2. Buka api dan masukkan dalam periuk dan gaulkan dengan tempoyak. Dan masukkan ikan

3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Tak nak kuah terlalu cair.

4. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupmya.

5. Dah mendidih, tutup api dan siap dihidang.



SELAMAT MENCUBA!

Post a Comment

0 Comments