7 TIPS HEBAT DIET UNTUK IBU MENYUSU,ELAK SUSU MERUNDUM

3:23:00 PM

Assalammualaikum...

Tahniah buat ibu-ibu yang telah selamat melahirkan anak baru-baru ni.Ramai juga dikalangan kawan-kawan Ida yang baru lepas bersalin dan juga rakan blogger.



Dah selamat sudah melihat cahaya mata depan mata. Masa ni tiba masa untuk menempuhi tempoh berpantang dan lebih jelas masa nak kuruskan badan. Oh masa mengandung berat badan mesti naik mendadak kan.Ini ada 7 tips hebat diet untuk ibu menyusu.


7 TIPS HEBAT DIET IBU MENYUSU

1. Tunggulah bayi umur dua bulan



Memang la masa berpantang korang rasa tak sabar nak kurangkan berat badan, nak kurus macam sebelum mengandung. Tapi sebaiknya bersabarla sebentar.Tunggu anak tu dah berumur 2bulan sebelum melakukan diet. Ini supaya untuk memberi masa kepada badan untuk menstabilkan penghasilan susu agar tidak mudah terjejas. Waktu menyusukan bayi, korang akan kehilangan 200-500 kalori sehari (tanpa sebarang diet).

2. Kerapkan susu anak




Lagi kerap menyusukan anak lagi cepat lemak korang akan disingkirkan. Perubahan akan nampak jika korang susukan anak sekurang-kurangnya 6bulan ke atas. Cuba la!Patut la badan Ida tak naik-naik.Mantain macam tu je.hehehe 


3. Kalori kena jaga, bukan main hentam




Ibu perlu ambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari. Tapi bukan semua sama, ada juga wanita memerlukan lebih daripada itu. Kalau pengambilan kurang daripada jumlah yang disyorkan, susu pun cepatlah kurang. Kesian pula anak jadi mangsa kurang susu hanya sebab ibu nak kurus.
4. Jangan abaikan cara berat turun




Kehilangan berat badan sebanyak 0.7kg seminggu atau 2.7kg sebulan selepas bayi berumur dua bulan tidak akan menjejaskan penghasilan susu atau memudaratkan bayi.

5. Minum air walau diet




Bila kita kehilangan kalori secara mendadak ini akan menjejaskan penghasilan susu. Paling ketara kalau korang jatuh sakit ini akan menyebabkan korang kekurangan air. Air juga merupakan keperluan utama untuk penghasilan susu. Jadi pastikan ibu-ibu minum air 2-3liter setiap hari.

6. Senanam kena teruskan




Diet macam mana pun, jangan sampai tak senaman langsung. Langkah ini memastikan korang membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat. Tidaklah kulit nampak menggelebeh walau kurus.

7. Pilih makanan sihat




Gandakan pengambilan sayur-sayuran hijau. Makanan yang kaya dengan protein pula adalah seperti tauhu, tempe, kekacang atau bijirin dan soya. Elakkan makanan yang mengandungi gula dan garam yang tinggi seperti fast food. Ingat apa yang kita makan akan memberi kesan juga kepada anak dan penghasilan susu.



Testimoni set kurus menyusu Shaklee







Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

You Might Also Like

1 comments

  1. Tips yang menarik dan sempoi. Ibu-ibu yang menyusu patut baca entry ni.

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)