5 TIPS ATASI MORNING SICKNESS, ADUH TAK SELESANYA!

7:59:00 PM

Assalammualaikum...


Kegembiraan bila tahu diri tu mengandung memang seronok sangat tapi yang menjadi tak seronok bila mula ada alahan atau lebih senang dipanggil morning sickness. Memang rasa tak selesa langsung.


Sesetengah ibu hamil memang takde masalah alahan ni. Macam Ida la, alhamdullilah takde masalah alahan sangat kecuali masa mengandung kan Aqil dulu di awal kehamilan. Tak boleh nak bau ikan. So memang ikan tak siang la, en suami yang tolong siangkan. Nak makan pun kurang, kalau jenis berjuah boleh tahan la.Kalau goreng memang tak la. Ini ada 5 tips atasi morning sickness buat ibu-ibu hamil.

5 TIPS ATASI MORNING SICKNESS

1. Jangan minum terlalu banyak


Minum banyak air masak dengan banyak memang bagus untuk ibu-ibu hamil. Tapi bila ada masalah alahan ni keinginan nak minum jadi kurang malah ada yang akan termuntah setiap kali minum air. Ini bahaya kerana boleh menyebabkan ibu hidrat. Jadi langkah yang sebaiknya minum air dalam kuantiti yang sedikit dengan kerap. Jangan sampai yak minum langsung tau!

2. Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak


Ibu hamil ni selera makan memang lain skit. Nak makan untuk 2 orang katanya. Bila ada masalah morning sickness ni selalunya selera makan akan menjadi bekurangan sampaila setiap kali makan nasi akan termuntah balik. Apa-apa pun ibu hamil tetap kena makan. Kalau tak boleh makan nasi gantikan dengan benda lain seperti mee atau sebagainya. 
Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi dengan kerap. Jangan biarkan perut kosong Jangan la asyik makan makanan tak berkhasiat seperti junk food atau fast food. Sebaiknya kurangkan.

3.Amalkan minum teh halia


Rasa halia yang pedas dan hangat dapat mengurangkan rasa mual dan loya yang dialami oleh ibu hamil. Korang boleh minum teh yang dicampur hirisan halia atau air suam dicampur halia bagi melegakan rasa loya.

4. Elakkan pergerakan mengejut


Setiap kali bangun dari tidur elakkan dari bangun terlalu mengejut. Bila terjaga tu, baring sebentar untuk hilangkan rasa pening. Sebaiknya duduk dahulu atau longgarkan urat-urat badan seperti mengeliat dengan panjang.

5. Rajin berjalan kaki


Jangan jadikan alasan loya dan mual di awal mengandung untuk malas berjalan kaki. Sebenarnya berjalan kaki ini membantu ibu-ibu hamil untuk kurangkan rasa loya dan mual.Bahkan senaman berjalan kaki juga bagus untuk melancarkan peredaran darah dalam badan. Malah ibu-ibu hamil akan menghirup udara yang lebih segar.



Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)