14 AMALAN SUNAT DAN KELEBIHAN DI AWAL MUHARAM (ASYURA)

Assalammualaikum...

Dah masuk awal muharam. Sekejap je masa berlalu dan pada awal muharam juga ikut pada kalendar Islan genaplah Muhamad Aqil Hafizi berusia 2 tahun.Kejap nye anak mummy dah besar.




Ini Ida hanya nak kongsikan 14 amalan sunat dan kebaikan di awal Muharam iaitu pada 10 Muharam(asyura)


14 AMALAN SUNAT DAN KEBAIKAN AWAL MUHARAM

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. 



Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. 

Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. 



Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. 

Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 

Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.

6. Bersedekah. 




Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. 

Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. 

Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."

9. Bercelak. 

Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. 




Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". 




Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. 




Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. 


Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 



Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

Post a Comment

2 Comments

  1. Thanks di atas perkongsian bermanfaat di atas :)


    Jom Terjah: ketahui sebab & kenapa trend Fesyen Lelaki semakin popular sekarang ni!

    ReplyDelete