10 CARA MEMBANTU ANAK BELAJAR SAMBIL BERMAIN

Assalammualaikum...

Kanak-kanak memang suka bermain. Walaupun semasa makan atau pun sedang belajar mereka suka bermain terutamanya pada usia 6 tahun ke bawah. Masa ni otak pemikiran mereka suka terokai dan ingin tahu semua perkara.


Sebenarnya masa ni la paling sesuai nak ajar benda dan perkara yang baik. Sebab itu la ibu bapa kena tunjukkan teladan yang baik. Tapi bagaimana nak ajar jika mereka suka bermain? Mesti la ada caranya. Ini ada 10 cara membantu anak belajar sambil bermain.

10 CARA MEMBANTU ANAK BELAJAR SAMBIL BERMAIN

1. Mewarna


Warna dan kanak-kanak memang sangat sinonim. Anak-anak boleh duduk berjam lamanya hanya fokus pada mewarna. Mereka suka warna warni macam ni. Walaupun bersepah atau kotor, jangan la marah. Aktiviti sebenarnya membantu dan merangsang anak-anak untuk mengenal pelbagai warna. Gunakan segala peralatan mewarna seperti pensel warna, krayon, warna air dan sebagainya. Boleh juga buat warna sendiri seperti ini.

2. Berimaginasi dengan kadbod


Hampir semua kanak-kanak gemar bermain dengan kertas kotak atau kadbod. Mereka boleh berimaginasi menjadikan kotak sebagai kereta, kapal terbang, rumah anak patung dan sebagainya. Kalau korang lebih kreatif boleh tambah aksesori tambahan pada kadbod tu. Contoh seperti kereta, letakkan lampu dan nombor plat.

3. Doh mainan


Kanak-kanak kan suka benda warna warni. Permainan doh membantu untuk merangsang daya kreaktiviti mereka untuk membentuk objek ikut pada imaginasi diorang. Doh mainan ini boleh juga dibuat sendiri menggunakan tepung. Boleh klik di sini

4. Menggunting dan melekat


Jika diperhatikan setip kali kita menggunakan pisau atau gunting, anak-anak mesti nak ambil untuk mencuba. Sekali sekala berikan peluang untuk mereka untuk mencuba. Belikan gunting plastik yang dijual di kedai buku. Masa diorang menggunting ni ibu bapa kena la berada di sisi bersama, pantau benda-benda macam ni. Mereka tak tahu benda ni berbahaya. Berikan gunting dan kertas. Biarkan mereka gunting dan lekatkan. Ini merangsang kemahiran motor halus mereka.

5. Memasak bersama


Tak salah kalau sekali sekala ajak anak memasak bersama di dapur tak kira lelaki atau perempuan. Contohnya buat kek atau muffin bersama-sama. Biar dia pelajari proses memasak macam mana. 

Asyraf memang suka tolong Ida kalau Ida ada kat dapur.Ada je die minta lobak merah la,sayur la nak potong.

6. Kraf daun kering


Keluar dari rumah dan kutiplah beberapa helai daun kering yang gugur. Kumpulkan pelbagai bentuk dan jenis. Kemudian tampal pada buku. Berikan pada anak-anak pen penanda dan lakarkan mata, mulut dan telinga pada kertas bagi membentuk satu karektor seperti ular, kucing dan sebagainya.

7. Bermain blok kayu


Aktiviti ini bagus untuk merangsang kreativiti dan daya imaginasi anak. Permainan blok kayu boleh dikatakan antara mainan asas mesti ada dalam koleksi alat permainan anak. Walaupun ramai yang tak suka sebab bersepah tapi sebenarnya ia bagus untuk anak-anak untuk membantu membina keyakinan diri.

8. Origami


Ini salah satu aktiviti yang paling digemari kanak-kanak. Ibu bapa perlu menunjukkan cara dan anak akan mengikut langkah-langkah tersebut. Ia membantu anak meningkatkan kemahiran otot tangannya ketika belajar membuat lipatan itu.

9. Dress up atau fesyen


Permaianan ini sesuai untuk kanak-kanak perempuan. Ibu boleh letakkan satu tempat khas yang penuh dengan aksesori, skaf dan sebagainya untuk anak-anak berlain. Ini akan membantu mereka berimaginasi dengan gaya yang disukainya sekaligus membantu tingkatkan keyakinan diri. 

10. Tiru lakonan watak


Kanak-kanak sangat suka bermain meniru watak atau peranan seseorang. Mudah dilihat jika mereka menonton kartun di tv. Mesti ada sesuatu gaya yang mereka suka ikut nanti. Sebab itu la ibu bapa kena pantau apa yang dilihat oleh anak-anak supaya tak menjadi tabiat atau perlakuan yang tak baik masa akan datang. Cara ni akan membantu anak-anak untuk bercakap dengan lebih lancar dan baik. 

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

0 Comments