SELAMAT HARI MALAYSIA

Assalammualaikum..

Alhamdullillah..bangun awal pagi lagi arini dan syukur masih diberikan nikmat untuk bernafas di muka bumi ni. Ada juga yang kena kerja arini agaknya tapi dengar kata keadaan jerebu semakin teruk.



Ida pun jarang keluar rumah. Anak-anak pun tak bagi main dekat luar. Risau nanti jatuh sakit. Apa-apa pu mudah-mudahan semua nya sihat belaka.

Arini buat apa? Dok umah jelah sambil packing barang order baju budak, mengadap blog, nak kena update hari-hari walaupun sekali. Alhamdullilah blog pun dah semakin meningkat so nak kena lawan otai-otai yang lain.hehehehe.

Semalam handset buat hal plak. Habis kena format semua nasib la mesej customer dan group tak hilang dalam whatsapp. Tapi ni takleh download pula instagram,facebook dan lain-lain. Aduh adakah petanda nak kena tukar handphone baru..huuuhu..belum ada bajet lagi ni. Nak banyak pakai duit sekarang ni.

Apa-apa pun Ida ucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA semua. Mudah-mudahan hubungan antara sesama kaum dapat diperbaiki. Yelah nak parti itu ini. Kan lebih baik bergabung kukuhkan ekonomi negara. Tak perlu sangat la nak berebut kawasan, tanah ni hak milik Allah s.w.t kita ni menumpang je.

Ok ni sedikit tips untuk keadaan jerebu sekarang ni. So kalau nak keluar rumah jangan lupa pakai mask k....


6 comments:

Followers

social network

APDM SAPS