KENAPA PENGAMBILAN ASID FOLIK SANGAT BAGUS UNTUK MERANCANG KEHAMILAN?

Assalammualaikum....

Ramai yang mungkin dah tahu dan ramai juga yang masih belum tahu sebenarnya pengambilan asid folik sangat bagus untuk pasangan suami isteri yang merancang untuk mendapatkan anak. Di mana peluang untuk korang hamil akan lebih cerah.



Asid folik juga dikenali dengan vitamin B9 di mana ia akan membantu membina sel-sel baru di dalam tubuh. Setiap hari sel dalam badan kita akan musnah maka asid folik ini akan membina DNA yang baru dan memperbaiki DNA yang telah rosak di dalam sel.



Kajian telah menunjukkan kekurangan asid folik di dalam badan akan mendatangkan masalah kepada anak dalam kandungan seperti sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Bila asid folik perlu diambil?

Sebaiknya pengambilan asid folik diambil 3-6 bulan sebelum korang melangsungkan perkahwinan dan teruskan makan walaupun masih dalam belum mengandung. 


Selain itu korang juga boleh dapatkan kebaikan asid folik ini dari sumber makanan seperti hati ayam, daging ayam, telur, kekacang, beras perang, barli oat, sayuran hijau dan buah-buahan seperti pisang.



Asid folik juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.

sumber: http://drzubaidi.com.





Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS