PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA, SUSAH KE SENANG?

Assalammualaikum...

Anak-anak semakin lama semakin membesar. Macam-macam perangai dan kerenah kena layan setiap hari. Dari tak pandai berjalan sekarang dah pandai berjalan. Dari tak pandai cakap selarang dah petah bercakap sampai tak terlayan nak jawab soalan die.



Entry kali ni saja Ida nak ceritakan pengalaman bersalin anak pertama dulu. Muhamad Asyraf Hafizi. Sekarang dah 4tahun, tahun depan dah nak masuk sekolah. Kejap je rasa anak mummy membesar. Rindu plak saat die masih kecik dulu, saat Ida belajar segala-galanya menjadi seorang ibu.

Pengalaman Ida masa bersalinkan Asyraf dulu nak kata tak susah, tak la senang sangat tapi alhamdullilah takde masalah. Ida bersalin kan die dalam 39minggu, masa tu langsung takde tanda-tanda yang ketara sangat.


Pagi tu Ida kena checkup dekat klinik macam biasa la, kebetulan bila check air kencing. Air kencing Ida kotor so nurse suruh bagi sampel air kencing dan hantar pagi esok. Balik je dari klinik Ida buat kerja macam biasa. Dah petang tu selepas Zohor keluar la darah setitik je tak banyak pun. Rasa sakit pun tak. So anggap biasa jelah.

Ida dan suami makan nasi semua solat Asar, baru ke hospital nak check la. Rupanya dah buka pun dalam 2cm macam tu. Die bagi ubat berak lepas tu terus pecahkan air ketuban. Masa tu dah rasa sakit skit dan terus masuk dalam wad ibu-ibu.

Selepas tu baru la bertarung rasa sakit konstrasi, tak boleh la nak rehat la. Nak tidur pun tak, yelah mana la nak selesa dengan orang asyik ulang-alik je jalan kat tepi katil. Sampai ke tengah malam sakit kontrasi semakin kuat. Dan Ida pun tak boleh nak baring, bangun berjalan-jalan sekeliling wad untuk hilangkan rasa sakit.


Agaknya dah berapa kali dah masuk bilik air nak kencing pun tak tahu. Masa tu la mesej ibu ayah minta maaf minta ampun kalau buat salah silap. En suami telefon pun takleh nak cakap sangat sebab tahan sakit.

Akhirnya dah tak tahan sangat bagithu nurse dan diorang pun check bukaan, alhamdullilah dah 8cm dah terus diorang bawa masuk ke labour room.

Masa kat labour room nurse cakap jangan teran lagi. Tapi Ida ni tak tahan, teran juga la skit. Dah akhirnya dah buka 9cm, so nurse kata teruskan jelah teran untuk bersalin. Masa tu la paling seksa, dalam hati dan mulut ni tak henti-henti selawat nabi Yunus. Sebut Allahuakhbar...Mata dok tengok jam, tangan pegang buku lali kaki.

Akhirnya nurse terpaksa juga gunting skit dan perut Ida ada sorang nurse tekan untuk keluarkan anak. Yelah Ida takleh nak nafas panjang, terpaksa la takut anak lemas.

Alhamdullilah akhirnya selamat juga bersalin pada pukul 1.38 pagi seberat 3.18kg pada 21hb september. Masa tu rasa happy sangat dan paling kelakar bila Asyraf la antara budak yang kuat nangis masa tu. Sampaikan mak mertua kat luar pun dengar.hehehe

Selepas bersalin terpaksa la pula tahan sakit skit untuk jahit balik yang dah gunting tadi, xpelah semua dah selamat. Selepas die cucikan Asyraf skit, die bagi untuk disusukan. Alhamdullilah...

Ini la pengalaman bersalin anak pertama dulu...

Korang pula macam mana?





Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

4 Comments

  1. Pengalaman yang tak akan dapat dilupakan oleh setiap ibu

    ReplyDelete
  2. Hehe.. Pengalaman bersalin itu indah dan tersimpan rapi di memori...

    ReplyDelete