8 TIPS DIDIK ANAK BIJAK SEJAK DALAM KANDUNGAN

4:07:00 PM

Assalammualaikum...

Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.




Apa sahaja amalan atau kerja yang dilakukan seharian itu akan berhubung dengan anak kita. Bagaikan satu doa apa yang kita katakan itu la akan jadi pada anak kita. Ini ada 8 tips didik anak bijak sejak dalam kandungan.


8 TIPS DIDIK ANAK BIJAK SEJAK DALAM KANDUNGAN

1. Pemakanan Sihat



Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Pastikan setiap hari mendapat nutrisi yang mencukupi.

2. Banyakkan Ibadat




Kita sebagai orang Islam digalakkan menjaga adab dengan-Nya semasa mengandung. Banyak dekatkan diri dengan-Nya. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

3. Amalan Bacaan Al-Quran




Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, kerapkan membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut.

4. Sentuhan Kasih




Usap perut dan cakap perkara yang baik-baik dengan anak. Katakan perasan rindu untuk tengok mukanya nanti, masa tu mesti akan mengalir. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

5. Emosi Terkawal




Masa mengandung kena kawal skit emosi tu. Kalau masa mengandung suka sangat menangis, anak pun akan jadi suka menangis. Paatikan emosi tenang supaya anak yang dilahirkan riang dan tak mudah meragam.Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, korang harus bersabar dan berfikiran positif.

6. Muzik Klasik




Anak dalam kandungan yang didendangkan muzik atau alunan suara dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh itu dengarkan muzik yang harmoni atau alunan surah-surah yang mampu memberikan ketenangan anak.

7. Pengetahuan Asas




Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.

Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.

8. Latihan Matematik dan Membaca




Dipercayai amalan wanita hamil yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, rajin-rajin lah membuat latihan matematik atau soalan-soalan IQ yang menguji minda untuk merangsang perkembangan otak bayi.

Membaca juga boleh meransang kecerdasan anak. Sama seperti membaca al-Quran, membaca bahan2 yang ilmiah membantu melahirkan bayi yang bijak dan pandai.






Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

You Might Also Like

3 comments

  1. bagus perkongsian ni.. semoga memberi manafaat kepada semua ibu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good sharing Admin. Mmg bermanfaat. Semoga kita dapat mendidik anak kita menjadi insan yg soleh. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)