5 TANDA AIR KETUBAN BOCOR, SILA AMBIL PERHATIAN!

Assalammualaikum...

Semua ibu-ibu mengandung mestilah sentiasa berhati-hati. Tak kira sama ada sedang buat kerja rumah atau apa-apa pun. Lebih lagi kerja berat elakkan la kalau kandungan memang ada masalah.


Ini hanya perkongsian 5 tanda air ketuban bocor. Bahaya ke? Yup bahaya air ketuban banyak atau kurang akan bahayakan nyawa bayi dalam kandungan.

5 TANDA AIR KETUBAN BOCOR 

1. Seluar dalam basah

Takde terkencing dalam seluar pun, tapi tengok-­tengok seluar dalam dah basah. Bila cium, takde bau hancing pun.


2. Air berwarna putih tanpa bau

Air yang terdapat pada seluar dalam kita adalah berwarna putih tanpa bau. Tapi adakalanya air ketuban boleh menjadi merah sedikit sebab kehadiran sedikit darah. Air ketuban & keputihan jauh berbeza.

3. Terasa air mengalir keluar

Apabila air ketuban bocor, kita akan terasa macam ada air mengalir keluar dari kemaluan. Dan bila cek, memang seluar dalam dah basah.


4. Air yang banyak sehingga basah peha

Biasanya apabila air ketuban bocor, air yang keluar adalah sangat banyak sehingga membasahkan peha. Tapi ada juga kes di mana air ketuban keluar sedikit sehingga kita tak perasan. Bila cek kat hospital, rupanya air ketuban dah tinggal separuh.

5. Tiada rasa sakit

Biasanya anda tak akan rasa sakit apabila air ketuban pecah. Tiba­-tiba je seluar dalam dah basah.

So ibu-ibu sila amik perhatian k..jangan amik hal ni remeh temeh.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

8 comments:

  1. tak merasa air ketuban pecah nih... hu hu hu, belum sempat air ketuban pecah, perut dah kena belah...he he he, anyway great piece of info and sharing...

    ReplyDelete
  2. Dua kali bersalin memang air ketupan pecah dulu...tak sakit tapi asik keluar je....sampai hispital terus masuk labour room....

    ReplyDelete
  3. Ank pertama kena camni.. Alhamdulillah... Selamat..

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS