3 TIPS PACKING BEG SEMASA BERCUTI DENGAN MUDAH DAN KEMAS

Assalammualaikum...

Bila nak pergi bercuti saat yang paling malas nak buat adalah nak packing baju ke dalam beg. Kalau masih bujang senang la hanya baju kita sendiri je, Ni kalau dah berkahwin, dah ada anak lagi. Kalau seorang je anak boleh la tahan. Ni kalau anak dah sampai 4-5 orang. Takkan la setiap sorang anak nak bawa 1 beg. Mana la nak muat dalam kereta.




Kebetulan tadi Ida ada tengok rancangan korea dalam tv cara nak packing baju ke dalam beg dengan kemas. Yelah kalau bercuti sehari dua mungkin boleh la tahan. Kalau balik kampung sampai seminggu, berapa banyak baju kan nak bawa melainkan kita rajin pergi cuci baju dekat laundry cucian kering..kan dah ada guna mesin tu dalam masa sejam dah siap. 





Ida pun bukanla pandai sangat nak packing barang, sebelum ni berterabur jugak. Bising en suami bawa banyak sangat beg. Sekarang dah ada suitcase so memang baju Ida,suami dan anak-anak letak dalam tu je. Ini ada 3 tips packing beg semasa bercuti dengan mudah dan kemas.


3 TIPS PACKING BEG DENGAN MUDAH DAN KEMAS

1. Senaraikan barang



Sebelum nak kemaskan baju, senaraikan barang yang mesti korang bawa masa nak oergi bercuti. Berapa hari korang nak bercuti, dan fikirkan baju apa korang nak pakai. Barang-barang penting mesti ingat supaya nanti tak tertinggal.

2. Asingkan baju

Asingkan baju korang nak pakai setiap hari. Contoh baju blouse,skirt,tudung termasuk pakaian private. Gulungkan dalam 1 baju dan ikat.







3. Letakkan barang makeup, barang mandi atau gadjet dalam satu beg kecil.

Alat-alat makeup korang letakkan dalam 1 beg sahaja termasuk la barang mandi. Contoh macam krim muka bukannya korang pakai sampai 1 botol besar tu kan. Beli bekas kecil yang ada di jual di Watson atau kedai aksesori dan letak krim muka dalam tu, temasuk la toner dan sebagainya. 

Tips taknak bagi bedak atau pemerah pipi korang pecah.Letakkan satu keping kapas muka pada atas bahagian bedak.






Ini sedikit tips yang Ida nak kongsikan supaya memudahkan kerja korang nak kemaskan baju dan barang semasa pergi bercuti. Extra beg pun mungkin korang akan bawa beg susu anak. Semoga ini dapat membantu. 

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

8 Comments

  1. selalu jugak gulung baju sebelum masukkan dalam beg.. pernah pergi kursus, member tengok kecik ja beg yang bawak.. save ruang jugak bila gulung baju..

    ReplyDelete
  2. hihi, kalu dah bekeluarga, memang banyak yang nak kena fikir.
    yang penting, kita rancang dulu segalanya sebelum membuat sesuatu, kemudian, try search kat web trick-trick yang menarik...
    contohnya macam blog akak ni.
    macam saya, bujang, senang ja la...da siapkan pakaian siap2 kat kampung...haha...semua yang ada di rumah sini, ada juga di rumah kampung. memang beli 2 semuanya.
    apa-apa hal pun, tips ni memang berguna untuk saya bila dah ada keluarga besar suatu hari nanti, insya-Allah.
    *****************************************
    [ Qurban + Aqiqah + Waqaf untuk Maahad Tahfiz ]
    Tarikh tutup : 14/09/2015
    mari sertai kami untuk program 'Qurban dan Aqiqah Amal bersama Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah'.
    program ini bertujuan untuk mengumpul dana pembinaan Maahad Tahfiz kami.
    sebahagian dari duit 'Qurban dan Aqiqah Amal' akan disumbang kepada Maahad Tahfiz yang berkaitan.
    maklumat lanjut di blog MTSFAZ :- goo.gl/ixmeBH

    ReplyDelete
  3. hu hu hu aida perlu kat tips ni.
    nak travel pasti aida buat list what to bring.
    if not, jadi kelam kabut what to bring :)
    anak ramai ler katakan hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tu la ank 2 org dh 2 brg..kalau 6 org xkn sorang 1 beg..huhuuh

      Delete
  4. Terima kasih share tips ni. Sy pun slalu pening nk kemas beg..hehe

    ReplyDelete
  5. Terima kasih share tips ni. Sy pun slalu pening nk kemas beg..hehe

    ReplyDelete
  6. HAI SIS NK MNTK CDGN BRG PE YG PERLU DIBAWA UNTUK ANAK KECIL BERUMUR 2TAHUN PERLU KE BWA TERMOS PANAS SEMASA TRAVEL.TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. cdangan saya. boleh bawa termos kecil utk travel.xde mslh pun sbb tkut kecemasan ank nk susu. dan takde mslh juga xnpyh bw, just pergi mna2 kedai dh mntk sedikit air pnas.

      Delete