4:07:00 PM

8 TIPS DIDIK ANAK BIJAK SEJAK DALAM KANDUNGAN

by , in
Assalammualaikum...

Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.




Apa sahaja amalan atau kerja yang dilakukan seharian itu akan berhubung dengan anak kita. Bagaikan satu doa apa yang kita katakan itu la akan jadi pada anak kita. Ini ada 8 tips didik anak bijak sejak dalam kandungan.


8 TIPS DIDIK ANAK BIJAK SEJAK DALAM KANDUNGAN

1. Pemakanan Sihat



Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Pastikan setiap hari mendapat nutrisi yang mencukupi.

2. Banyakkan Ibadat




Kita sebagai orang Islam digalakkan menjaga adab dengan-Nya semasa mengandung. Banyak dekatkan diri dengan-Nya. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

3. Amalan Bacaan Al-Quran




Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, kerapkan membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut.

4. Sentuhan Kasih




Usap perut dan cakap perkara yang baik-baik dengan anak. Katakan perasan rindu untuk tengok mukanya nanti, masa tu mesti akan mengalir. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

5. Emosi Terkawal




Masa mengandung kena kawal skit emosi tu. Kalau masa mengandung suka sangat menangis, anak pun akan jadi suka menangis. Paatikan emosi tenang supaya anak yang dilahirkan riang dan tak mudah meragam.Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, korang harus bersabar dan berfikiran positif.

6. Muzik Klasik




Anak dalam kandungan yang didendangkan muzik atau alunan suara dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh itu dengarkan muzik yang harmoni atau alunan surah-surah yang mampu memberikan ketenangan anak.

7. Pengetahuan Asas




Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.

Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.

8. Latihan Matematik dan Membaca




Dipercayai amalan wanita hamil yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, rajin-rajin lah membuat latihan matematik atau soalan-soalan IQ yang menguji minda untuk merangsang perkembangan otak bayi.

Membaca juga boleh meransang kecerdasan anak. Sama seperti membaca al-Quran, membaca bahan2 yang ilmiah membantu melahirkan bayi yang bijak dan pandai.






Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
9:17:00 AM

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER

by , in
4:16:00 PM

5 TIPS ATASI IBU HAMIL SEMBELIT ELAK TERPAKSA SUMBAT UBAT

by , in
Assalammualaikum...

Antara masalah popular yang selalu berlaku dalam kalangan ibu mengandung adalah sembelit. Sebelum mengandung takde masalah sembelit ini tapi bila mengandung mesti ada masalah ni atau mungkin memang korang ada masalah sembelit.




Masalah sembelit disebabkan oleh tekanan oleh uterus ibu yang semakin membesar ke atas rektum. Malah ia disebabkan peningkatan hormon progesteron yang berfungsi untuk kuatkan dinding rahim. Selain itu pengambilan zat besi yang kurang juga boleh menyebabkan sembelit yang teruk. Ini ada 5 tips atasi ibu hamil sembelit.



5 TIPS ATASI IBU HAMIL SEMBELIT


1. Jangan tangguhkan



Disiplinkan diri untuk membuang air besar seawal pagi. Bila dah terbiasa membuang setiap pagi ia akan jadi lebih mudah. Dan kalau memang terasa nak membuang tu terus ke bilik air, jangan nak tangguhkan.

2.  Banyakkan minum air



Minum segelas air suam sebaik bangun dari tidur. Ia memudahkan untuk proses pembuangan najis.Pastikan minum 8 gelas setiap hari untuk pastikan sistem pembuangan korang akan lebih lancar. 

3. Makanan seimbang



Makan makanan yang tinggi kandungan serat, buah-buahan dan sayur-sayuran.Amalkan minum jus prun kerana ia dipercayai memudahkan pengeluaran najis.

4. Bersenam




Rajin bersenam seperti berjalan, berenang, menunggang basikal senaman dan yoga kerana ia membantu mengurangkan sembelit Kalau tak boleh buat setiap hari pun sekurang-kurangnya seminggu sekali pun ok. Selain itu badan korang pun akan jadi lebih sihat dan bertenaga. 

5. Pengambilan supplement kalsium




Supplement kalsium seperti Ostematrix Shaklee sangat membantu ibu hamil yang ada masalah sembelit. Ia akan menjadikan proses pembuangan lebih lancar.





Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.
3:44:00 PM

5 TANDA ANAK SIHAT DAN CERGAS,AKTIFNYA!

by , in
Assalammualaikum...

Anak-anak sentiasa memerlukan tenaga yang lebih untuk aktiviti harian.Kita sendiri perlukan badan yang sihat dan cergas begitu juga anak-anak. Setiap hari mereka akan belajar benda yang baru dan memerlukan daya ingatan yang sangat baik.



Kita mesti taknak anak-anak kita kelihatan penat dan tak bermaya. Diam, tak aktif, mudah jatuh sakit. Susah hati kan kalau anak jadi macam ni? Ini ada 5 tanda anak sihat dan cergas


5 TANDA ANAK SIHAT DAN CERGAS

1. Aktif dan sihat



Anak-anak sentiasa sihat dan bergerak aktif. Mereka memang tak mudah rasa letih sampaikan kita yang letih melayan diorang kan? Ini sebabnya masa tahap ni mereka suka belajar, ingin tahu apa yang ada disekeliling diorang. Jadi mereka memerlukan segala khasiat yang diperlukan oleh badan.

2. Berselera makan



                  
Tengok selera anak-anak semasa makan. Masak makanan kegemaran die dan perhatikan. Jika die tak sihat mesti die kurang makan. Selalunya anak yang sihat tidak akan menolak makanan yang diberikan. Hidangan makanan yang mengandungi terlalu banyak gula tambahan akan membuatkan kanak-kanak ketagih kepada gula selain mengurangkan selera makan mereka.

3. Mempunyai berat badan ideal




Kanak-kanak yang sihat bermakna mereka mempunyai berat badan yang bersesuaian dengan usia dan ketinggian mereka. Berat badan yang ideal dapat diperoleh daripada tabiat pemakanan yang sihat. Jangan beri anak-anak makanan atau minuman yang manis dengan kerap. Makanan dan minuman yang mengandungi gula tambahan yang tinggi boleh menjadi punca kanak-kanak mudah obesiti. 


4. Tidur lena




Anak yang kurang tidur atau tidurnya tidak lena akan terganggu pertumbuhan yang sihat. Ini kerana kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama daripada orang dewasa. Ini kerana masa pertumbuhan anak dan perkembangan otak mereka berlaku dengan drastik ketika anak sedang tidur. 


Para pengkaji di University of Colorado Boulder, mendapati semasa pertumbuhan ini, tidur membolehkan otak memperkuatkan hubungan terhadap sel-sel yang terdapat pada bahagian kiri dan kanan otak si kecil. Kajian lain dari jurnal Brain Sciences di tahun 2013 juga menemui fakta bahawa perkembangan hubungan antara otak bahagian kanan dan kiri meningkat sehingga 20 peratus pada waktu tidur malam.

5. Lancar buang air besar




Kalau anak-anak menalami masalah sembelit atau cirit birti yang teruk ini menunjukkan sistem pencernaannya dalam keadaan tidak sihat.





Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
3:08:00 PM

" Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa "

by , in
1:20:00 PM

4 TIPS LIPSTIK TAHAN LEBIH LAMA,PUCATNYA!

by , in
Assalammualaikum...

Wanita ni kalau bab mekap memang jadi gila lebih-lebh lagi bila ada sale. Habis semua benda nak diborongnye kadang kala benda yang jarang nak pakai pun mesti nak beli kan.



Peminat barang mekap ni mesti tak boleh dipisahkan dengan lipstik. Dalam beg mesti ada walaupun satu je. Ini ada 4 tips lipstik tahan lebih lama.


4 TIPS LIPSTIK TAHAN LEBIH LAMA

1. Hindari lipstik jika bibir pecah



Kalau bibir korang memang jenis  kering sebaiknya rawat bibir agar tidak pecah dan luka. Caranya setiap kali mandi (terutama pagi), basahkan bibir dan wajah dulu, kemudian mandi seperti biasa. Gosok bibir yang sudah lembab dengan jari. Sel kulit mati di bibir akan hilang dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan luka.

2. Pilih lipstik matte




Lipstik matte lebih tahan lama berbanding lipstik satin atau glossy. Jika suka lipstik matte, lipstik korang tidak akan melekat di gelas atau baju.

3. Sapu dengan berus khas




Untuk hasil terbaik, pakai gincu guna berus khas untuk bibir. Cara ini akan buat warna lipstik lebih sekata dan tidak comot. Paling penting, jangan guna jari ketika sapu lipstik di bibir.

4. Bawa Lipstik




Jangan main campur-campur pakai lipstik. Kena yang tak sesuai, ini boleh buat bibir anda alergi dengan lipstik. Korang perlu tahu tekstur lipstik sebab ada lipstik yang tidak sesuai untuk bibir. Jadi sentiasa bawa tisu basah dan lipstik.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!
3:02:00 PM

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA, SUSAH KE SENANG?

by , in
Assalammualaikum...

Anak-anak semakin lama semakin membesar. Macam-macam perangai dan kerenah kena layan setiap hari. Dari tak pandai berjalan sekarang dah pandai berjalan. Dari tak pandai cakap selarang dah petah bercakap sampai tak terlayan nak jawab soalan die.



Entry kali ni saja Ida nak ceritakan pengalaman bersalin anak pertama dulu. Muhamad Asyraf Hafizi. Sekarang dah 4tahun, tahun depan dah nak masuk sekolah. Kejap je rasa anak mummy membesar. Rindu plak saat die masih kecik dulu, saat Ida belajar segala-galanya menjadi seorang ibu.

Pengalaman Ida masa bersalinkan Asyraf dulu nak kata tak susah, tak la senang sangat tapi alhamdullilah takde masalah. Ida bersalin kan die dalam 39minggu, masa tu langsung takde tanda-tanda yang ketara sangat.


Pagi tu Ida kena checkup dekat klinik macam biasa la, kebetulan bila check air kencing. Air kencing Ida kotor so nurse suruh bagi sampel air kencing dan hantar pagi esok. Balik je dari klinik Ida buat kerja macam biasa. Dah petang tu selepas Zohor keluar la darah setitik je tak banyak pun. Rasa sakit pun tak. So anggap biasa jelah.

Ida dan suami makan nasi semua solat Asar, baru ke hospital nak check la. Rupanya dah buka pun dalam 2cm macam tu. Die bagi ubat berak lepas tu terus pecahkan air ketuban. Masa tu dah rasa sakit skit dan terus masuk dalam wad ibu-ibu.

Selepas tu baru la bertarung rasa sakit konstrasi, tak boleh la nak rehat la. Nak tidur pun tak, yelah mana la nak selesa dengan orang asyik ulang-alik je jalan kat tepi katil. Sampai ke tengah malam sakit kontrasi semakin kuat. Dan Ida pun tak boleh nak baring, bangun berjalan-jalan sekeliling wad untuk hilangkan rasa sakit.


Agaknya dah berapa kali dah masuk bilik air nak kencing pun tak tahu. Masa tu la mesej ibu ayah minta maaf minta ampun kalau buat salah silap. En suami telefon pun takleh nak cakap sangat sebab tahan sakit.

Akhirnya dah tak tahan sangat bagithu nurse dan diorang pun check bukaan, alhamdullilah dah 8cm dah terus diorang bawa masuk ke labour room.

Masa kat labour room nurse cakap jangan teran lagi. Tapi Ida ni tak tahan, teran juga la skit. Dah akhirnya dah buka 9cm, so nurse kata teruskan jelah teran untuk bersalin. Masa tu la paling seksa, dalam hati dan mulut ni tak henti-henti selawat nabi Yunus. Sebut Allahuakhbar...Mata dok tengok jam, tangan pegang buku lali kaki.

Akhirnya nurse terpaksa juga gunting skit dan perut Ida ada sorang nurse tekan untuk keluarkan anak. Yelah Ida takleh nak nafas panjang, terpaksa la takut anak lemas.

Alhamdullilah akhirnya selamat juga bersalin pada pukul 1.38 pagi seberat 3.18kg pada 21hb september. Masa tu rasa happy sangat dan paling kelakar bila Asyraf la antara budak yang kuat nangis masa tu. Sampaikan mak mertua kat luar pun dengar.hehehe

Selepas bersalin terpaksa la pula tahan sakit skit untuk jahit balik yang dah gunting tadi, xpelah semua dah selamat. Selepas die cucikan Asyraf skit, die bagi untuk disusukan. Alhamdullilah...

Ini la pengalaman bersalin anak pertama dulu...

Korang pula macam mana?





Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

2:43:00 PM

Postcards Giveaway by Doodles of Life

by , in
10:09:00 AM

7 KHASIAT YOGURT YANG MUNGKIN KORANG TAK TAHU!

by , in
Assalammualaikum...

Tak ramai yang suka makan yogurt kerana rasanya yang masam. Kebanyakkan suka beli yang jenis berperisa apa kata sekali sekala beli yogurt kosong dan makan dengan buah memang sedap.



Yogurt ni sebenarnya dari susu sahaja. Jadi di sini Ida nak kongsikan 7 khasiat yogurt yang mungkin korang tak tahu.

7 KHASIAT YOGURT

1. Kulit lebih halus


Dalam masa 2 atau 3 kali seminggu korang cuba buat spa muka dengan yogurt. Gunakan yogurt kosong dan sapukan pada muka.Biarkan selama 10 hingga 15 minit, bilas dengan air suam. Hasilnya wajah akan lebih cerah, lembut dan berseri.

2. Atasi kulit terbakar


Bagi masalah kulit yang rosak, campurkan yogurt dan minyak pati Bunga Chamomile. Gaul sebati dan sapukan di bahagian yang bermasalah. Insya-Allah kulit akan pulih seperti sedia kala.

3. Bantu mengecutkan jerawat


Masalah jerawat selalu menjadi punca kita jadi malu nak berjumpa dengan orang ramai.Bersihkan muka dan sapukan yogurt secara nipis di bahagian jerawat.Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas. Jerawat akan kecut dan muka takkan berparut lagi.

4. Lebih cerah sekata



Campurkan yogurt dengan air lemon. Gaul sebati, kemudian sapukan pada seluruh muka dan leher. Lakukan 3kali seminggu dan hasilnya kulit korang akan lebih cerah dan berseri.

5. Rahsia awet muda


Tak payah nak pergi cucuk sana sini, cukup sekadar mencampurkan minyak zaitun dan yogurt. Gaul sebati dan jadikan ramuan ini masker. Lakukan 3kali seminggu, kulit muka akan jadi lebih halus dan lembut. Malah garis halus dan kedutan juga akan berkurangan.

6. Buang sel kulit mati



Caranya, parut timun kemudian campurkan dengan yogurt. Sapu pada seluruh tubuh serta muka, biarkan selama 15-20 minit, gosok perlahan untuk tanggalkan sisa ramuan. Ini akan membuang sel kulit mati dan kulit jadi semakin lembap.

7. Rambut lebih sihat, bersinar



Yogurt muka je untuk muka tau! Rambut pun boleh terutamanya rambut yang kering,kasar dan bercabang. Sapukan yogurt pada rambut. Kemudian bungkus atau balut kepala dengan tuala. Perap selama 10 hingga 15 minit, bilas bersih.

SELAMAT MENCUBA!

Followers