UJIAN PAP SMEAR,CEGAH SEBELUM MENJADI KANSER,SAKIT KE?

8:22:00 PM

Assalammualaikum..

Mesti ramai ibu-ibu yang tahu tentang ujian pap smear ni. Selalunya akan dilakukan selepas 6 minggu melahirkan anak. Ada juga ibu-ibu yang sengaja lupa tarikh ujian pap smear ni sebab takut kan. Ada yang cakap sakit la apa la tapi kebanyakkan yang lupa temujanji ni sebab dah masuk bekerja atau terlalu sibuk uruskan anak.




Pap Smear adalah suatu ujian untuk memeriksa kesihatan serviks. Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.



Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

SIAPA YANG DIGALAKKAN JALANI UJIAN PAP SMEAR?



1. Mereka yang telah melakukan seks awal dari 18 tahun
2. Mereka yang ada pasangan seks yang ramai (non muslim)
3. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks)
4. Perokok
5. Dijangkiti kuma HPV (agen penyebab kanser)
6. Wanita berusia 26tahun-70tahun

APA YANG DILAKUKAN SEMASA UJIAN PAP SMEAR?




1. Korang akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.

2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.

3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.

4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.

Keputusan selalunya akan dapat dalam masa 1 minggu bergantung pad pihak hospital la. Kalau takda apa-apa masalah diorang takkan telefon. Kalau ada masalah tu yang perlu dirisaukan. 





Ada yang cakap sakit, mula-mula Ida pun fikir macam tu jugak sebab Ida ada belajar tentang prosedur dia tapi sebenarnya tak pun jika kita tenang. Untuk kesihatan kita kan, apa salahnya bukan kita buat selalu pun. 

JOM SAMA-SAMA KITA JALANI UJIAN PAP SMEAR UNTUK KESIHATAN YANG LEBIH BAIK

SEMOGA INI MEMBERI MANFAAT!

You Might Also Like

8 comments

  1. apa pakaian pakai masa buat pap smear?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai baju biasa je.better pakai kain la..senang nak selak..

      Delete
  2. aida x pernah buat !!!
    seram ha ha ha :)
    will one day... in shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu takut jugak..tp dh buat takde la sakit mana pun kejap je

      Delete
  3. memang takut sebab orang kata sakit.. tapi tak pernah lalui sendiri.. apapun nice sharing...!! :)

    seeloknya kita dapatkan maklumat macam ni dulu sebelum pergi buat check up tu.. bila baca ni baru lah tak rasa takut sangat dan rasa lebih bersedia... kan... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)