RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE YANG MUDAH

2:20:00 PM

Assalammualaikum...


Beberapa hari yang lepas kakak sepupu suami ada buat roti canai sendiri. Saja la Ida pun nak cuba buat memandangkan si Asyraf pun memang suka makan roti canai. So mula la operasi menguli tepung seberat 1kg ni...huhu.

Ida mula buat petang tapi sebaiknya kalau korang rajin buat malam dalam pukul10 malan bangun esok pagi pukul 6 pagi korang uli la tepung. Ida perap sekejap je. Ini Ida kongsikan resepi roti canai homemade yang mudah.

RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE YANG MUDAH

Bahan-bahan:

- tepun gandum 1kg
- susu pekat 2 sudu besar
- garam 1 sudu kecil
- telur 1biji
- 2 cawan air


Cara-caranya:

1. Gaulkan bahan-bahan kat atas. Uli la sampai doh tak melekit dan sebati dengan baik. Kalau doh masih keras korang tambah skit air.
2. Lagi bagus kalau uli lagi lama jadi doh akan jadi lagi lembut (tangan Ida dah lenguh so uli tak lama mana la)
3. Dah siap uli, pecahkan bulat-bulat kecil dengan menggunakan minyak. Sekurangnya-kurangnya dapat dalam 20doh kecil.( Ida tak dapat sampai 20 sebab buat terlalu besar)
4. Perap selama 2jam (paling minimum nak lagi bagus perap semalam)
5. Canai doh korang dengan minyak. Tebar la kalau pandai tebar. Pastu masak atas pan kuali.
6. Yang selebihnya buat separa masak dan simpan dalam peti ais. Dah jadi frozen, nanti boleh la makan pula.
7. Dah siap. Sedap makan macam tu je dengan kari atau sambal.

siap roti canai frozen



SELAMAT MENCUBA!

You Might Also Like

1 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)