8 PUNCA SUSAH HAMIL,KENALPASTI SEBELUM TERLAMBAT

Assalammualaikum..

Keinginan setiap pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak berasa meluap-luap lebih-lebih lagi yang dah lama berkahwin. Bila terlalu lama sangat penting untuk setiap pasangan melakukan pemeriksaan kesuburan masing-masing.



Si suami pun jangan la terlalu ego taknak buat ujian kesuburan. Takde masalah pun,,sekurangnya kita tahu tahap kesihatan kita. Jangan la pula sebab tak dapat anak lagi, si lelaki ni minta kebenaran nak kahwin lagi. Ajak pergi buat ujian taknak, ada hati nak kahwin lain. Ini ada 8 punca susah hamil.


8 PUNCA SUSAH HAMIL

1. Usia si isteri



Dalam zaman sekarang ni rata-rata akan berkahwin selepas dah capai kejayaan. Dalam tak sedar umur dah melepasi 30 tahun. Tahu tak bahawa peningkatan usia boleh mengurangkan kemampuan seseorang wanita itu untuk hamil. Setelah berusia 30 tahun, tahap kesuburan wanita semakin berkurangan dari setahun ke setahun. Jadi kalau nak kahwin kahwin la awal, masa kahwin pun boleh capai kejayaan korang.

2. Usia dan tahap kesihatan pasangan



Tahap kesuburan lelaki juga berkurangan apabila usia mereka meningkat. Walau bagaimanapun, penurunan tersebut tidaklah secepat wanita. Biasanya tahap kesuburan lelaki mula menurun selepas berusia 40 tahun.

3. Gaya hidup



Gaya hidup korang yang tak teratur dan sihat juga akan memberi kesan kesukaran untuk hamil. Antaranya ialah faktor pemakanan, senaman, tahap stress yang sedang dialami, tabiat tidur dan macam-macam lagi. Untuk memastikan berjaya hamil, mesti pastikan korang suami isteri betul-betul sihat. Berhenti la hisap rokok, tidur yang cukup,bersenam. Kalau berat badan berlebihan, mulakan diet dan operasi turunkan berat badan korang.


4. Stress yang melampau



Kalau korang terlalu stress memikirkan keinginan untuk mendaptkan anak pun boleh menutup peluang untuk hamil. Mungkin juga tekanan orang di sekeliling lebih-lebih lagi keluarga terdekat. Ataupun terlalu komited dengan kerja korang. Semakin tertekan semakin susah nak hamil. So stay chill je..pekak kan telinga semua suara-suara yang asyik bertanyakan soalan. Korang pun jangan la terlalu fikirkan sangat, yakin pada rezeki korang akan tiba nanti.

5. Pakaian




Bagi lelaki, pemakaian pakaian terutamanya seluar dan seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan sperma yang dihasilkan kurang berbanding dengan lelaki yang berpakaian longgar. Jadi, ini bermakna sekiranya masih belum ada anak dan suami gemar memakai seluar dalam, elokkan bertukar kepada memakai ‘boxer’ agar lebih longgar.

6. Masalah hormon




Sesetengah wanita tidak ada masalah untuk hamil tetapi tubuh mereka tidak mampu menghasilkan progesterone yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan. Jadi kalau korang rasa disebabkan masalah hormon korang tu, jumpa dengan doktor.

7. Bilangan sperma yang rendah




Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya isteri mereka sukar hamil. Oleh yang demikian, si suami kena la buat beberapa ujian untuk tahu punca sebenarnya. Jangan ego k...

8. Pengambilan kafein




Kalau korang ni memang penggemar tegar kopi atau kafein. Sila kurangkan. Kalau dulu minum 2 cawan kopi setiap hari, sekarang kurangkan ambil separuh cawan je. Taknyah minum pun takpe. Minum sekali seminggu je. Ada kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus.



 


Set Kesuburan Premium ni membantu mengatasi masalah kesuburan dari segi hormon suami isteri. Membantu meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti sperma dan ovum supaya tahan lebih lama.

Nak order? sila klik




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Post a Comment

2 Comments

  1. Hi awak.. baru buat giveaway khas untuk raya aidil adha.. jom la join kalau berminat.. tq =)

    http://minjee08.blogspot.com/2015/08/nak-menang-baju-raya-aidil-adha-cepat.html

    ReplyDelete
  2. terima kasih berkongsi maklumat mengenai punca susah hamil mummy. inshaAllah. moga artikel ini menjadi panduan untuk isteri-isteri diluar sana. :)

    ReplyDelete