Masalah keletihan kaum ibu bukan sahaja masa mengandung malah berlarutan sehingga melahirkan anak, masa saat menyusukan anak. Keletihan adalah keadaan lemah dari segi mental atau fizikal yang mungkin disebabkan stress, ubat,lebih kerja dari orang lain atau penyakit.
Para suami mungkin tak tahu bagaimana rasanya menjadi seorang ibu. Tugas ibu ni bukan terhenti saat korang balik dari kerja. Malah tugas ibu akan terus berterusan sehingga ke lewat malam malah ada yang sampai ke pagi. Ada juga ibu yang sampai tak tidur melayankan anak-anak. Ini ada 6 tips mengatasi keletihan ibu menyusu.
6 TIPS MENGATASI KELETIHAN IBU MENYUSU
1. Curi masa tidur
Saat anak tidur itu la masa korang perlu rehat sebentar. Tidur sekejap walaupun dalam masa 15minit. Kalau masih tak boleh asalkan baring sambil pejam mata. Curi masa untuk korang dapatkan rehat sebelum melakukan kerja seterusnya.
2. Banyakkan minum air
Minum air sebanyak 12 gelas setiap hari. Masalah dehidrasi boleh mengurangkan jumlah darah dalam badan yang menyebabkan keletihan yang melampau.
3. Pengambilan zat besi
Pastikan ibu-ibu banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi seperti kismis,bayam,aprikot dan banyak lagi. Zat besi ini membantu mengalirkan oksigen ke seluruh tisu,organ dan otot.
4. Elakkan makanan berlemak
Makanan berlemak akan mengambil masa yang lama untuk dihadamkan dan akan mengurangkan aliran darah ke otak,hati dan bahagia tubuh yang lain. Ini kerana aliran darah akan meningkat di bahagian perut.
5. Pengambilan protein
Makanan yang berunsurkan protein juga amat penting untuk ibu-ibu menyusu supaya kekal bertenaga. Hadkan pengambilan protein antara 15g hingga 20g setiap kali makan.
6. Kawal pemakanan
Korang mestilah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Itu kan sunnah Rasullullah. Bila perut terlalu penuh akan menyebabkan keletihan jangka pendek malah korang juga akan mengalami berat badan berlebihan yang akan membuatkan rasa lebih letih
rujukan: Susu ibu
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:
NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com
*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
3 Comments
BAGUSNYAA...TIPS BERGUNA :)
ReplyDeletenice entry.. blh jadi panduan ni
ReplyDeletesilakan...
Delete