6 TANDA DIET BERJAYA,RASA KEMBANG SEMANGKUK

Assalammualaikum...

Setelah berbulan-bulan amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Tiba saat yang dinantikan untuk lihat perbezaan pada diri sama ada diet yang korang lakukan selama ini menjadi atau tak.


Tahniah pada mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan dan ada juga masih berusaha untuk berjaya. Jangan berputus asa. Teruskan usaha korang. Kesabaran pasti memberikan kepuasan yang amat membanggakan. Ini ada 6 tanda diet yang berjaya

6 TANDA DIET BERJAYA

1. Lingkaran Pinggang


Korang akan rasa perubahan pada lingkaran pinggang semakin mengecil. Tetapi korang kena teruskan usahakan untuk dapatkan berat badan yang ideal. Kadang kala walaupun berat korang dah turun tapi lingkaran pinggang masih sama terutamanya yang hanya turun 1-2kg sahaja.

2. Semangat Untuk Bersenam


Dalam masa tempoh diet, korang selalu bersenam di gim atau tempat riadah dan mula rasa seronok. Malah semasa bersenam tahap pernafasan korang pun bertambah baik. Dan korang masih teruskan bersenam walaupun berat sudah mula turun. Ini antara tanda diet korang berhasil.

3. Badan Lebih Segar


Setiap kali bangun pagi, badan korang akan rasa lebih segar dan ringan dari sebelum ni. Malah korang juga rasa dapat rehat yang secukupnya da lebih bersemangat nak lakukana kerja-kerja seharian. Ini tanda nya bukan diet je yang menjadi malah mendapat nutrisi yang secukupnya.

4. Tidak Mudah Sakit


Bila badan sentiasa dalam keadaan cergas, fit dan tidak mudah jatuh sakit itu menunjukkan korang berada dalam situasi, metabolisme dan penghadaman yang baik.

5. Lihat diri sendiri depan cermin


Bila berada depan cermin korang akan rasakan penampilan korang lebih langsing dan berbeza sebelum ni. Mesti korang akan posing depan cermin je hari-hari kan?hehehe

MENURUT BRAD J BUSHMAN DALAM JOURNAL OF APPLIED PSYCHOLOGY, MELIHAT BAYANGAN SENDIRI DI CERMIN AKAN MEMBUATKAN ANDA LEBIH SEDAR TERHADAP APA YANG ANDA AMBIL DAN BERAPA BANYAK YANG ANDA MAKAN.

6. Diakui Oleh Kawan-kawan


Bukan korang je rasa perubahan pada diri korang. Malah orang sekeliling, keluarga dan rakan-rakan. Masing-masing mula puji korang dah semakin kurus. Lebih-lebih en suami. Masa ni mula la rasa kembang semangkuk. Bangga dan berpuas hati kan.

rujukan:majalah sihat

Post a Comment

4 Comments