6 RAHSIA PENYUSUAN SUSU IBU SUPAYA LEBIH BERJAYA!

Assalammualaikum..

Tak semua ibu-ibu berjaya menyusukan anak sepenuhnya secara eksklusif. Bagi yang berjaya tahniah Ida ucapkan. Syukur kerana masih dimurahkan rezeki untuk anak-anak mendapat khasiat terbaik dari susu ibu.




Bagi ibu-ibu yang tidak berjaya jangan bersedih mungkin korang masih belum cukup ilmu atau keyakinan masa menyusukan anak dulu. Jadi sebelum rancang untuk anak akan datang apa kata kita baca 6 rahsia penyusuan susu ibu supaya lebih berjaya.


6 RAHSIA PENYUSUAN SUSU IBU SUPAYA LEBIH BERJAYA

1. Timba ilmu pengetahuan

Bagi ibu -ibu yang masih baru tentang dunia penyusuan susu ibu ni digalakkan untuk ikuti mana-mana kelas penyusuan sebagai persediaan. Di sana nanti para perunding akan ajar dan berikan teknik yang betul tentang penyusuan.

Kalau ada yang tidak berkesempatan pergi mana-mana kelas penyusuan boleh je tambah ilmu melalui buku-buku,artikel atau website.

Contoh:

website 

Buku-buku:
- The Companion:Revised of Breastfeeding:Seventh Revised Edition
- The Nursing Mother' Answers: The Most Comprehensive Problem-Solving Guide to Breastfeeding from the Formest Expert in North America,Revised&updated edition
- Hebatnya Susu Ibu

buku penyusuan yang paling best Ida baca

2. Sokongan menyeluruh



Sapa yang paling penting untuk berikan sokongan pada ibu-ibu? Tentu lah dari orang yang paling dekat dengan kita iaitu suami sendiri. Kemudian baru la keluarga dan kawan-kawan. Jika bukan mereka siapa lagi kan. Si suami pun berikan sokongan pada isteri, jangan la bagi rasa isteri tu kurang keyakinan nak menyusukan anak.

Jangan la bila anak merengek nangis,terus cakap " Bagi jelah minum susu botol". Plez...No..No...No...

3. Perancangan dan persediaan awal



Jika korang adalah seorang ibu yang bekerja semestinya memerlukan persediaan untuk menyimpan stok susu ibu untuk anak-anak. Korang mungkin perlukan pam susu,bekas simpanan susu,beg pendingin untuk menyimpan stok susu perahan di tempat kerja dan sebagainya. Dan mungkin korang memerlukan supplement tambahan untuk itu.

4. Simpan nombor telefon

Dapatkan nombot telefon kauselor penyusuan supaya lebih mudah nak rujuk. Malah simpan nombor kawan-kawan yang telah berjaya menyusukan anak sepenuhnya. Nak lebih elok simpan nombor Ida,insyaallah Ida boleh bantu.

5. Berbincang dan bertindak



Ni masa selepas korang bersalin. Dapatkan perbincangan dengan doktor dan jururawat yang korang nak menyusukan anak dengan susu ibu. Ini sebabnya kebanyakkan ibu-ibu muda pada awalnya susu mereka taknak keluar. 

Nasihat Ida,masa mengandung kerapkan cuci puting susu dan urut supaya tak tersumbat. Kalau yang pernah cuci mesti akan perasan ada kotoran pada puting korang.

6. Percaya dan yakin pada diri sendiri



Keyakinan pada diri sendiri merupakan faktor yang paling penting untuk penyusuan yang berjaya. Janagn mudah rasa goyah dan kecewa. Yakin bahawa sentiasa ada rezeki untuk anak-anak dengan susu kita. Insyaallah..bila otak dan setting maka sistem hormon badan juga akan bertindak. Ini menyebabkan pengeluaran susu akan lebih lancar.

Dia ibu bekerja tapi berjanji & berazam nak menyusukan bayinya sekurang-kurangnya hingga 2 tahun. Saksikan apa yg dia sanggup buat...


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Nak baca tips penyusuan dari pengalaman Ida sendiri boleh klik di sini



Nak order? sila klik




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


Post a Comment

1 Comments

  1. Ya setuju tu sis, bagi saya, nak lebih jimat masa, jimat tenaga, pergi je seminar @ class menyusu oleh pakar-pakar laktasi, buat la research sikit berkenaan seminar tu, tengok testimoninya, tengok berapa ramai yg dah berjaya, kemudian invest la sket duit demi untuk anak-anak.. bukan apa, kalau kita blajar sendiri tanpa guru, takut tak jadi nanti sediri fade up, so better kena ada mentor, boleh tanye2.. insyallah berjaya, kalau saya, saya cadangkan seminar Pn. Asiah, dia ajar berdasarkan pengalaman die.. huhu..Kelengkapan untuk menyusu pun kena ready dah, mcm breastpump, Baju Khas untuk Menyusu, semua ni penting untuk menjadikan kita lebih semangat untuk menyusukan bayi dan takde la nanti nak jadikan alasan malas sbb susah nak pump dekat office etc.

    ReplyDelete