5 TIPS ELAK HIDUNG BERDARAH SEBELUM KENA MASUK DALAM WAD

Assalammualaikum...

Pernah tak korang alami masalah hidung berdarah secara tiba-tiba? Kadang-kala berlaku sehari sekali tapi ada juga sampai berkali-kali. Sampaikan kita jadi tak bertenaga.


Masalah hidung berdarah ni akan menganggu aktiviti seharian kita malah lebih membahayakan bila darah ni mengalir tak berhenti-henti. Ini akan mengancam nyawa kita sendiri. Ini ada 5 tips elak hidung berdarah sebelum kena masuk dalam wad.

5 TIPS ELAK HIDUNG BERDARAH

1. SUHU BADAN TERLALU TINGGI


Suhu yang terlalu panas atau sejuk boleh menyebabkan hidung berdarah. Ini kerana badan kita tak mampu nak sesuaikan diri dengan suhu yang naik atau turun.

Rawatan pencegahan yang boleh dilakukan adalah dengan memperbanyakkan mengambil air kosong atau air suam bagi memastikan badan sentiasa sejuk dan tidak terhidrat. Jangan biarkan hidung anda kering. Semasa cuaca sejuk dan kering, sapukan gel petroleum pada bahagian hujung hidung seperti vaseline. Selain itu, boleh juga badahkan hidung supaya dalam keadaan lembap.

2. PERSEKITARAN


Masalah pencemaran juga boleh menyebabkan hidung kita berdarah. Udara yang kotor dan tercemar akan mengganggu selaput lendir pada hidung. 

Akibatnya, hidung mengeluarkan darah. Keadaan tempat yang penuh dengan asap rokok, asap kenderaan boleh juga menjadi puncanya, jadi elakkannya. Keradangan seperti masalah alahan hidung yang tidak terkawal atau selalu bersin boleh menyebabkan hidung berdarah. 

Jadi korang kena pastikan kebersihan persekitaran rumah. Pastikan tak ada habuk yang melekat pada sudut-sudut rumah yang boleh menyebabkan alahan korang lebih teruk.

3. PENGGUNAAN UBAT


Ubat jenis steroid yang kerap diambil untuk melegakan hidung tersumbat mungkin boleh menimbulkan pendarahan hidung ini. 

Jadi kalau seseorang tu tak sesuai dia akan mengalami benda yang sama. Minta la nasihat doktor denga segera.

4. RESDUNG ATAU JANGKITAN


Pendarahan hidung boleh dicegah dengan mengubati penyakit sinusitis atau resdung. Resdung akan menyebabkan hidung korang kerap berair, gatal dan berbau yang boleh mengundang kegatalan pada hidung. 

Masalah ini akan menyebabkan korang akan menghembus hidung dengan kuat dan mudah berlaku kalau korang mengalami masalah resdung akan bersin dengan terlalu kuat. Hembus dengan perlahan jika korang betul-betul rasa nak menghembus, jangan nak hembus setiap masa plak. Hembusan yang kuat boleh menyebabkan hidung berdarah. 

Oleh itu, anda harus merawat masalah resdung dengan segera kerana masalah resdung yang teruk bukan sahaja akan menyebabkan hidung berdarah tetapi juga boleh mengundang penyakit lain.

5. TABIAT



Tabiat seperti mengorek hidung adalah kebiasaan dilakukan dalam seharian. Tipula kalau tak pernah korek hidung kan?hehehehe. Kalau hidung kering jangan korek dengan kuku yang tajam atau terlalu dalam.Mengorek hidung dengan terlalu kuat boleh mencederakan dinding selaput lendir. Darah akan keluar menyusuri lubang hidung. 

SEMOGA INI MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

8 Comments

  1. wahh nice entry. hehee.
    jmput baca yg ni pulakkk yaa http://bajuwarnacoklat.blogspot.com/2015/08/product-review-vietnam-mask-berkesan.html

    ReplyDelete
  2. Pernah juga saya mengalami hidung berdarah ni...masa tu doktor kata kerana badan terlalu panas. Memang merisaukan mendapat tahu hidung tiba-tiba berdarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul bdn terlalu pns..silap hari bulan boleh pengsan

      Delete
  3. setahu cik en.. 28 thn cik en hidup belum lagi terkena hidung berdarah

    ReplyDelete