5 SEBAB IBU HAMIL TAK BOLEH PAKAI KASUT TINGGI

3:49:00 PM

Assalammualaikum...


Kaum wanita ni kalau bab kasut tinggi memang tak boleh nak dipisahkan. Sekalipun wanita hamil juga tak terlepas nak bergaya dengan kasut tinggi. Walaupun perut kian membesar masih lagi nak pakai kasut tinggi.


Terasa juga hati ini sebab Ida sendiri memang suka pakai kasut tinggi. Dulu pakai kasut tinggi yang tumit tu tapi sekali lebih selesa dengan kasut tinggi jenis wedges. Tapi masa mengandung dah nak masuk 5bulan macam tu Ida memang dah tak pakai kasut tinggi. Masa awal kehamilan je pakai.
Ini ada 5 sebab ibu hamil tak boleh pakai kasut tinggi.

5 SEBAB IBU HAMIL TAK BOLEH PAKAI KASUT TINGGI

1. Masalah kaki bengkak


Masa mengandung ni biasa kaki orang akan bengkak. Perut semakin besar dan berat korang pun semakin meningkat. Takkan la masa ni pun masih nak pakai kasut tinggi. Ini akan menyebabka kaki korang akan bertambah bengkak nanti.

2. Menyebabkan varicose vein


Semakin tinggi kasut yang anda pakai, semakin jelas kelihatan otot pada betis dan paha anda. Bila timbul masalah varicose vein ini menyebabkan kaki akan mudah penat walaupun berjalan sekejap.

3. Mengganggu keseimbangan badan


Semakin lama perut semakin membesar sekali denga usia kandungan korang. Jadi ini menyebabkan berat badan korang juga akan berubah. Bila badan semakin berat, korang nak pakai kasut tumit tinggi lagi boleh menyebabkan ibu hamil akan jatuh. Ini kan menbahayakan korang dan anak dalam kandungan. Fikir la nak bergaya atau nak anak selamat?

4. Sakit saraf sciatica


Ibu hamil berisiko merasa kesakitan dari bawah punggung hingga ke tapak kaki. Semakin membesar kandungan, rasa sakit ini menekan saraf sciatica. Ibu hamil akan mengalami kejang kaki atau tapak kaki seperti dicucuk.
5. Sakit punggung


Posisi kaki ketika berdiri membuatkan beban badan tertumpu kepada bahagian kaki hadapan. Lebihan beban pada kaki menyebabkan sumsum tulang belakang dan punggung berasa pedih kerana ibu hamil perlu menanggung berat badan sendiri dan berat bayi dalam kandungan. Kaki yang menampung bebanan tu membuatkan punggung korang terasa sakit.

rujukan: Pama

Jadi nasihat Ida masa mengandung ni elakkan dari memakai kasut tumit tinggi untuk keselamatan korang dan anak dalam kandungan.

SEMOGA INI MEMBERI MANFAAT!

You Might Also Like

3 comments

  1. teringat che ta masa dya ngandungkan aisyah dhia rana, masih maintain bersama kasut tumit tingginya.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. nice sharing ... tak ngandung pun tak sesuai juga kalau bertumit tinggi kan, especially yg montel ;)

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)