5 CARA MUDAH MEMBANTU KEMPISKAN PERUT DALAM MASA 15 HARI SAHAJA

3:36:00 PM

Assalammualaikum...


Perempuan atau lelaki semua orang ada yang mengalami masalah perut buncit kan. Rasa malu kadang kala ditegur rakan-rakan sepejabat atau serumah selepas lihat perut korang.


Kalau nak pakai baju semuanya nak bersaiz besar untuk tutup perut yang membuncit tu. Baju-baju lama dah tak boleh pakai sebab dah menampakkan perut korang berlapis-lapis tu. Ini ada 5 cara mudah yang membantu kempiskan perut korang kembali seperti dulu.


5 CARA MUDAH MEMBANTU KEMPISKAN PERUT

1. Tembikai



Ini salah satu buah yang Ida suka makan terutamanya pada musim panas macam sekarang ni. Buah kaya air ini sebenarnya akan membuatkan korang rasa lebih kerap nak buang air kecil. Sekaligus ia akan membantu mengeluarkan garam di dalam badan yang menyebabkan perut korang jadi kembung.

2. Pisang



Pisang yang kaya kalium/potasium boleh mencegah terbentuk gas di dalam perut atau membantu mengeluarkan angin. Pisang juga salah satu cara korang nak kawal makan dari makan berlebihan. Ini salah satu cara untuk membantu korang kurangkan berat badan. .

3. Avokado




Avokado ini sebenarnya kaya denga enzim lipase yang bagus untuk pencernaan. Di mana ia akan membantu memecah lemak dan membantu memindahkan makanan dari perut ke usus sehingga mencegah angin di dalam perut.

4. Nenas




Buah nenas kaya enzim bromelain yang dapat membantu mencegah terbentuknya angin ketika proses pencernaan sehingga membuat perut kempis. Buah nenas juga mampu membersihkan usus dari lemak yang berkumpul dan sisa lain di dalam pencernaan kerana jenis berserat. Malah nenas juga kaya kalium yang membantu membuang air yang ada di dalam perut.

5. Betik




Bila sistem percernaan korang baik makan perut juga tak mudah rasa kembung dan buncit. Amalkan memakan buah betik bagus untuk sistem percernaan korang.Buah betik muda lebih banyak enzim sehingga mampu membersihkan sistem pencernaan. 

rujukan:Pama

Nasihat Ida pelbagaikan pemakanan buah-buahan setiap hari untuk sistem percernaan yang lebih baik so dah takde lagi perut buncit. Perut dah kembali slim macam dulu..yeay...



SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

You Might Also Like

2 comments

  1. betik papaya dgn pisang tu feveret! :)

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang lepas bersalin, perut taknak kempis dah.

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)