4 TIPS MEMILIH PENGASUH ANAK DENGAN LEBIH BAIK DAN SELAMAT

Assalammualaikum..

Bagi ibu bapa yang bekerja mesti pening kan nak cari pengasuh atau tempat asuhan yang terbaik untuk anak-anak. Yelah dah banyak kes sekarang ni,zaman sekarang dah tak sama macam zaman dulu. Semuanya kena berhati-hati dan ambil perhatian.


Semestinya kita nak cari orang yang boleh dipercayai untuk menjaga anak kita sebagaimana dia boleh menjaga anak sendiri dengan baik. Ini ada 4 tips memilih pengasuh anak dengan lebih baik dan selamat.


4 TIPS MEMILIH PENGASUH ANAK

1. Memeriksa latar belakang


Sebelum nak hantar anak kat mana-mana pengasuh atau pusat asuhan,selidik dulu latar belakang semua. Tanya sesiapa yang pernah hantar anak kat sana,nak senang masa nak pergi tu,tanya ibu bapa yang dok hantar anak diorang kat sana.

2. Saranan daripada orang yang dipercayai


Kalau dah kenal pengasuh dalam pusat asuhan tu lagi senang. So kita pun akan lebih selamat rasa nak hantar anak kita kat sana.

3. Kualiti vs harga


Kalau harga yang ditawarkan oleh pengasuh atau pusat asuhan tu mahal tak salah rasanya jika khidmat penjagaan yang diberikan tahap tip top bak raja. Paling penting korang berasa senang hati dan gembira bila anak-anak dibawah jagaan mereka.

4. Kebersihan


Bab kebersihan ni paling penting. Perhatikan semasa memilih pengasuh ni. Sebab apa Ida kata macam tu, adik ipar ada cerita pusat asuhan X ni budak pejabat die memang dok hantar anak kat sana la. Paling mengelikan Ida,anak-anak budak pejabat die tu habis ada kutu kat rambut. Berjangkit dengan budak-budak lain.Ini dah menunjukkan gambaran tahap kebersihan mereka tak jaga. Kalau ye pun buatla sesuatu kat budak lain yang ada kutu tu. Tak pasal semua pun kena.


SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

0 Comments