11 TIPS JAGA LUKA CESAREAN SUPAYA CEPAT SEMBUH

Assalammualaikum...

Tak semua ibu-ibu yang dapat bersalin secara semulajadi. Ada juga yang terpaksa bersalin secara cesarean disebabkan masalah-masalah tertentu. Dan yang paling penting anak dan ibu semuanya sihat dan selamat. Tahniah pada ibu-ibu.


Pembedahan cesarean adalah prosedur biasa tetapi mempunyai risiko sendiri. Di mana ia melibatkan pembedahan yang besar bahagian perut dan pelvis ibu-ibu. Ida tak tahu tapi orang kata ibu yang bersalin cesarean ni lagi banyak kena jaga pantangnya. Ini ada 11 tips jaga luka cesarean supaya cepat sembuh.

11 TIPS JAGA LUKA CESAREAN SUPAYA CEPAT SEMBUH

1. Kerap bergerak


Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Jangan difikirkan sangat tentang benag jahitan terbuka sebab ia jarang berlaku. Pastikan korang dapatkan bantuan suami atau ahli keluarga lebih-lebih lagi selepas keluar dari hospital. Jangan la terlalu lasak,bergerak secara perlahan.

2. Makan makanan berzat dan seimbang


Masa bersalin korang kehilangan banyak bendalir,mineral dan protein dalam badan. Jadi ia perlu digantikan dengan segera jika korang nak cepat sembuh. Makan makanan yang mengandungi banyak protein seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Kalau ikut orang tua mesti akan cakap tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. 

Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin korang.

3. Minum air secukupnya




Air adalah agen pembuang toksin dalam badan tapi orang tua akan katakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan korang akan menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4. Elak daripada mengambil ubat tradisional


Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang. Sebelum ambil apa-apa jenis ubat pastikan korang akan tanya doktor terlebih dahulu.

5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin



Semasa pembedahan, ibu-ibu telah kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan ibu bersalin.

6. Makan pil penahan sakit

Sakit keterlaluan menyebabkan korang akan rasa tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan korang rasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

7. Menyusu badan secara eksklusif


Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Korang boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

8. Pastikan luka kering dan bersih

Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung


Ibu-ibu boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut korang juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. 

Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan

Menaiki tangga atau membongkok akan buatkan korang rasa lebih sakit. Elakkan buat semua ni sekurang-kurangnya seminggu selepas pembedahan.

11. Dapatkan bantuan ahli keluarga



Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Korang mungkin tidak dapat melakukan sendirian.




Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Set Bersalin Shaklee boleh diambil oleh ibu-ibu yang bersalin normal mahupun secara cesarean. Yang pasti sebaik sahaja ibu-ibu keluar dari wad bersalin dah boleh makan untuk kembalikan tenaga dan luka cepat sembuh.

Nak order? sila klik




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

0 Comments