7 DETIK YANG SANGAT DIBANGGAKAN OLEH SEORANG IBU

9:30:00 PM

Assalammualaikum...


Bagi yang belum berkahwin takkan merasai perasaan macamni. Korang takkan tahu rasanya menjadi seorang ibu.Ibu adalah segalanya. Kalau anak menangis nak susu atau makan, mesti cari ibu, nak tidur pun nak ibu, bila sakit ibu juga dicari. Ibulah tukang masak, doktor, tukang cuci, pakar kaunseling, cikgu, dan bermacam lagi pekerjaan di dunia ini sesuai untuk yang bergelar ibu.



Jangan risau akan datang korang sendiri akan merasai semua perkara begini. Bagaimana anak bergantung sepenuhnya dengan korang.

7 DETIK YANG SANGAT DIBANGGAKAN OLEH SEORANG IBU

1.Pengorbanan yang ibu terhadap anak


Dulu masa mak jaga kita,kena tak tahu bagaimana susahnya die nak menjaga dan mendidik korang supaya menjadi anak yang baik seperti sekarang. Sekarang korang dah ada anak sendiri baru tahu rasa apa yang mereka lalui dulu. Rasa sakit dan susah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak membuatkan kita tambah menghargai dan menyayangi ibu kita.

2. Kasih sayang tanpa syarat



Korang sanggup lakukana apa sahaja asalka anak kesayangan korang selamat,selesa dan gembira. Sanggup lompat seperti katak. Sanggup jadi badut untuk gembirakan anak. Pakaian yang lusuh pun kita dah tak kisah.

3.Betapa istimewa seorang ibu



Keibuan bukan sesuatu perkara yang boleh dijual beli. Bersyukurlah kerana diberi nikmat menjadi seorang ibu untuk membesarkan anak. Bila besarkan anak sendiri depan mata jadi sangat puas hati dan gembira kan?

4.Sikitnya yang kita tahu sebenarnya!




Anak-anak semakin membesar so memang banyakla soalannya. Macam Asyraf sekarang ni,selagi tak jawab soalan die selagi tu la die tanya. Kalau Ida buat tak dengar mesti die akan cakap " Mummy dengarla Asyraf cakap ni".

Anak-anak akan tanya tanpa henti. “Mama kenapa kucing suka makan ikan?”, “Mama kenapa langit warna biru?”, “Mama kenapa ..itu..kenapa ini...? dan banyak lagi soalan-soalan akan muncul. Bersedialah dan mula rajin cari info di Google ye...hehehe

5. Masa berseorangan itu sangat membahagiakan


Dulu masa bujang sentiasa ada masa untuk diri sendiri nak tenang dan selesa. Bila dah ada anak memang susah nak ada masa macam ni. Tapi bila ada masa untuk korang berseorangan rasa bahagia sangat. Rasa selesa sangat. 15 minit pun jadi la kan? Masa ni la korang nak tarik nafas dengan lega....

6.Pantasnya masa berlalu



Bila dah ada anak. Masa dan hari pun korang takkan sedar. Semalam tengok hari Ahad dalam tak sedar tengok-tengok dan hari Sabtu arini. Masa berlalu sampaikan anak pun dah umur 5 tahun tapi terasa baru semalam lahirkan diorang.

Tak sangka arini diorang dah mula bersekolah. Nak belajar,nak bermain dengan sendiri tanpa kita. Dalam hati masa tu mesti rasa nak menangis kan...

7. Ibu kuat seperti superwoman



Korang mungkin nampak lembut dan penakut tapi sebenarnya korang kuat dari luar dan dalam. Sebab apa walaupun korang demam,jatuh sakit sekali pun korang teta akan gigihkan badan korang bangun untuk melayan anak-anak.

Apa yang Ida nak cakap korang semua adalah IBU YANG TERHEBAT DAN TERBAIK!!

You Might Also Like

1 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)