7 CARA KAWALAN GOUT,ELAK JADI BATU KARANG

Assalammualaikum..

Penyakit gout ni disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam tubuh badan seseorang. Bagi manusia normalnya,bila bahan kumuh dikeluarkan akan keluar melalui air kencing tapi tidak pada pesakit gout



Asid urik yang berlebihan tidak dapat dikeluarkan dan akan terkumpul di bahagian sendi. Kaum lelaki yang paling banyak ada sakit gout diantara umur 30-40tahun dan malah juga pada golongan remaja.


Jika asid urik terkumpul dalam masa yang lama ia akan menyebabkan batu karang. Malah gout juga disebabkan oleh gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang, penghasilan terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit penyingkiran asid urik, kesan sampingan ubat diuretik dan akibat penyakit lain seperti tekanan darah tinggi serta kebuluran.

7 CARA KAWALAN GOUT

1. Kawal pemakanan


Hadkan pengambilan protein. Jangan anggap bila ada ubat korang pun nak makan je semua ikut suka hati. Cara terbaik adalah melalui kawalan makanan. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi asid urik seperti ikan bilis,organ dalaman,daging angsa,sardin,ikan kembung dan makanan bercangkerang. Diet bebas purin membantu mengurangkan sehingga 15-20% asid urik.

2. Kawal berat badan


Diet yang keterlaluan dan terlalu mendadak pun tak boleh kerana ia akan menyebabkan serangan gout. Biar berat badan turun secara perlahan.

3. Kurangkan pengambilan alkohol


Ini bagi golongan non-muslim ye. Pengambilan alkohol akan meningkatkan lagi kadar asid urik dalam badan dan meningkatkan serangan gout.

4. Minum banyak air


Mana-mana penyakit sekalipun pengambilan air yang banyak sangat penting. Sekalipun orang yang takde apa-apa penyakit pun kena minum banyak air apatah lagi yang ada penyakit kan? Minum sekurang-kurangnya 3liter setiap hari. Lagi kerap korang ke tandas untuk buang air kecil lagi banyak asid urik dalam badan akan dikeluarkan.

5. Pilih produk tenusu


Kajian menunjukkan pengambilan produk tenusu boleh mengurangkan risiko gout. Sebaiknya ambil yang kurang lemak atau bebas lemak.

6. Pengambilan karbohidrat kompleks


Lebihkan bijiran,buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan pengambilan karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.

7. Kurangkan pengambilan gula


Bila kita makan gula yang berlebihan menyebabkan kita akan kurang ambil makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah makanan yang mengandungi banyak gula dan kalori akan menyebabkan peningkatan berat badan dan mengundang risiko gout.

rujukan:hmetro.com.my

Vivix Shaklee merupakan antikiller,anti radang semualajadi yang membantu pesakit gout. Kandungan antioksidaan yang tinggi membantu atau mengawal serangan penyakit gout.


Testimoni Vivix Shaklee



Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

2 comments:

  1. Perkongsian yang baik mengenai ghaut dan cara mengurangkan.

    Air kosong memang kena amalkan setiap hari

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS