6 TIPS ELAK ANAK CEPAT RABUN JAUH

Assalammualaikum..

Jika diperhatikan anak-anak yang masih kecil dah mula memakai cermin mata. Ada tu seawal sekolah tadika pun dah mula rabun jauh. Sebaiknya ibu bapa kita perhatin masalah begini. Kesian pada anak-anak,baru nak masuk sekolah rendah. 


Usia muda tapi power kemain tinggi mengalahkan orang tua. Jika dibiarkan dari sekarang,akan datang kan dah susah jadinya. Ini ada 6 tips elak anak cepat rabun jauh yang boleh dicuba.

6 TIPS ELAK ANAK CEPAT RABUN JAUH

1. Hadkan masa dengan gadjet


Pastikan anak aktif melakukan aktiviti. Ni tidak mak ayah penat bekerja,balik dah penat dan buat urusan masing-masing. Anak-anak dibiarkan sendirian tengok tv lama-lama, leka main tablet dan video game. Ajar had kan masa untuk semua tu sekurang-kurangnya 30minit. 

2. Merasai keindahan alam


Bawa anak bersiar-siar ke taman permainan atau ke taman bunga untuk melihat keindahan alam semualajadi. Biar diorang kenal tumbuhan atau binatang secara realiti bukan di atas buku dan sahaja.

3. Bersukan


Galakkan diorang bersukan. Berbasikal,jogging dan sebagainya. Kalau rasa susah sangat, sekurang-kurangnya buat je sukaneka sendiri dekat rumah. Apa susah,takkan nak tunggu hari sukan je kan.heheheh

4. Makanan yang seimbang


Berikan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak. Dari segi zat besi,kalsium dan sebagainya. Karoten seperti lobak merah sangat bagus untuk mata. Jangan galakkan sangat bagi makanan yang tiada khasiat seperti junk food.

5. Postur badan


Kalau anak membaca atau menulis,pastikan postur badan die tegak. Jangan galakkan diorang berbaring atau meniarap.

6. Jarak mata


Kalau anak-anak suka membaca buku. Jarakkan pandangan mata die lebih kurang 30cm. Ini membantu agar mata mereka tak fokus objek secara dekat yang mendorong masalah rabun jauh.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS