5 PERKARA SUAMI JANGAN BUAT SEMASA ISTERI BERPANTANG

10:00:00 AM

Assalammualaikum...

Setelah isteri berjuang nyawa untuk melahirkan anak mesti badan akan rasa sangat penat dan tidak bertenaga. Isteri kehilangan banyak darah semasa bersalin. Masa berpantang adalah saat yang amat diperlukan oleh isteri untuk berehat. Ini la masanya suami mesti ambil peranan untuk menjaga isteri sebaiknya.



Sekurang-kurangnya ambil la masa cuti seminggu untuk menjaga isteri sebaik-baiknya. Dah la selama 9bulan isteri mengandungkan anak korang,berjuang nyawa nak lahirkan anak korang.Takkan dalam masa seminggu ni tak boleh nak jaga isteri. Ini 5 perkara suami jangan buat semasa isteri berpantang.

5 PERKARA SUAMI JANGAN BUAT SEMASA ISTERI BERPANTANG

1. Jangan rehat berlebihan


Isteri yang kepenatan selepas melahirkan anak perlukan rehat yang banyak. Jangan pula suami yang rehat berlebihan. Tidur kemain lagi nyenyak sampai ke tengahari. Malam satu hal dah isteri bangun nak susukan anak takut kang jaundis pula. Waktu pagi pun tak boleh ke suami bangun awal skit siapkan sarapan isteri,buat mandian panas isteri dan uruskan anak-anak bagi yang dah ada anak. 

Ini tidak isteri juga yang kena bangun layan anak-anak,masak,dan sediakan air untuk diri sendiri. Si suami boleh tidur sampai tengahari,pastu bangun tidur mintak nasi.

2. Jangan keluar melepak


Masa isteri berpantang takkan la masih nak keluar dengan kawan melepak kat kedai. Patutnya masa ni la nak uruskan semua kerja-kerja rumah. Basuh baju,masak,jaga anak-anak. Ni tidak mentang-mentang la dapat cuti, boleh plak keluar melepak dengan kawan kat luar. Kalau setakat 15 minit boleh la tahan, ni tidak keluar selepas Magrib tengah malam baru nak balik. Si isteri kat rumah pula tunggang langgang uruskan bayi yang baru lahir dengan anak-anak yang lain. Dah la tengah pantang,takkan takde rasa kesian kat isteri..

3. Jangan leka menghadap gadjet


Isteri tengah sibuk susukan anak,uruskan berak anak. Jangan la pula suami ni boleh baring atas sofa,melepak depan tv baring main game dalam handphone. Anak menangis,isteri minta tolong pun buat tak tahu je. Jangan la sampai isteri terjerit-jerit panggil korang nak minta tolong.

4. Jangan malas nak belajar uruskan anak


Belajar la walaupun skit nak mandikan anak dan uruskan anak. Bagi suami isteri yang baru timbang cahaya mata pertama patutnya sama-sama belajar nak mandikan anak. Jangan nak harapkan mak dengan mak mertua. Mana pasangan yang dah ada anak,suami pun takkan nak biarkan isteri uruskan juga. Kalau isteri mandikan anak yang kecil,apa salahnya korang uruskan si abang dan kakak yang nak mandi dan menangis nak susu. Ntah-ntah susu anak pun tak tahu nak buat macam mana.

5. Jangan pentingkan diri sendiri


Si suami pun jangan la pentingkan diri sendiri je. Masa isteri berpantang ni boleh pula mintak nak 'bersama'. Tak kesian ke kat isteri yang kepenatan lahirkan anak korang. Patutla ada artikel suami curang masa isteri berpantang,semuanya sebab takde rasa belas kasihan kat isteri. Pentingkan diri sendiri je.


Bagi kaum suami di luar sana. Hargai la pergorbanan si isteri. Isteri la yang mengandungkan anak,lahirkan anak dan jaga anak korang masa korang berkerja.Takkan la masa isteri berpantang taknak jaga isteri sebaik-baiknya. 

You Might Also Like

1 comments

  1. Terbaik infonya. Terima kasih admin share info yang bagus sekali. Salam dari blogger blogwalking ya.

    Salam admin. Tumpang Iklan:-

    Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
    Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
    Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
    Wanita cantik bermula dari diri :)

    [BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA]

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)