KEBAIKAN BABY CARRIER,BAIK KE BURUK?

Assalammualaikum..

Kalau pergi mana-mana tempat kadang kala penuh sesak dengan orang seperti pasar atau mana-mana karnival. Mungkin juga ada sesetengah ibu bapa yang suka aktiviti mencabar seperti mendaki gunung dan sebagainya tapi bila ada anak kecik. Alahai dah berhenti buat semua tu sebab mana lagi nak dukung anak. Kalau anak yang bambam tu...tak larat ooo..mau gilir-gilir korang suami isteri.



Kali ini Ida nak kongsikan kebaikan baby carrier. Baik ke buruk sebenarnya?

KEBAIKAN BABY CARRIER

1. Kebebasan

Bukannya maksud ibu bapa bebas taknyah jaga anak k..maksudnya mudah ibu bapa nak bebas dukung anak bergilir-gilir atau lebih mudah hands free. Ok contohnya kalau korang pergi shopping baju raya dengan sesak orang ramai dengan anak-anak lagi. Kesian tak kat anak? Kalau ada baby carrier kan senang kalau korang nak shopping,taknyah bawa stroller. Anak korang leh gendong pada badan,tangan boleh bawa beg shopping. Tak perlu risau anak bersesak dengan orang lain.


2. Penyusuan

Salah satu kebaikan baby carrier ni untuk menyusukan anak even masa korang tengah berdiri sekalipun takde orang pun perasaan korang tengah menyusukan anak. Mesti diorang ingat anak tengah tidur.

3. Keselamatan

Bila anak ada dekat dengan kita dia akan rasa lebih selamat. Anak-anak kecik ni kalau bersesak dengan orang ramai die akan jadi tak selesa dan jadi moody la skit. Nak menangis nak mengamuk.


4. Melihat dunia.

Ada yang cakap bila baby carrier ni penglihatan anak terbatas. Sebenarnya tidak kedudukan anak yang duduk dalam baby carrier duduk lebih kurang aras penglihatan kita. Berada dekat bawah. Dan of couse penglihatan die juga boleh lihat benda disekeliling untuk merangsang otaknya.


5. Selesa

Sama juga dengan keselamatan tadi tapi ini lebih pada keselesaan. Contohnya bila anak dah penat dan nak tidur. Kalau ada kat tempat bising atau panas memang anak tak boleh tidur kan. Tapi bila baby carrier ni anak lebih selesa nak tidur sebabnya kedudukan kepala die berada di dada kita. So die akan dengar denyutan jantung kita. Keadaan yang sangat selesa dan sama masa die berada dalam kandungan dulu.


Kalau Aqil nak tidur tempat sesak camni memang Ida akan gendung je die dengan baby carrier. Die boleh tidur dengan selesa lebih dari sejam lebih. Sampaikan habis berjalan la..

Ni antara kebaikan baby carrier yang Ida nak kongsikan tapi ingat bagi yang masih nak mencuba baby carrier ni kena beli baby carrier yang betul. Ida pernah kongsikan dulu,boleh klik di sini

Semoga apa yang Ida kongsikan diberi manfaat bersama.

HAPPY BABYWEARING!

Post a Comment

9 Comments

  1. memg lagi selesa dukung anak pakai SSC .. lg2 irine sangat laa aktif.. kalau lepas, laju je dia jalan x tengok kiri kanan.. lantak laa org kata x kasi anak bebas, keselamatan dia lg penting.. happy babywearing too..

    ReplyDelete
  2. Kalau guna baby carrier lagi senang nak monitor anak ...rasa lebih selamat dan terjamin kerana anak lebih dekat dgn kita

    ReplyDelete
  3. nampak selesa, lelaki perempuan boleh guna .

    ReplyDelete
  4. xkisah sebenarnye..yg penting keselesaan baby kan :)

    ReplyDelete