BOLEHKAH IBU HAMIL DAN MENYUSU BERPUASA?

Assalammualaikum...

Soalan ni selalu Ida nampak akan ditanya oleh kaum-kaum ibu muda ni. Bolehkan ibu hamil dan menyusu berpuasa?




Ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (2408) Tirmizi (715) nasa’i (2315) dan Ibnu Majah (1667), Nabi sallallahu’alaihi wasallam bersabda:

"Sesungguhnya Allah menggugurkan setengah shalat dan puasa bagi musafir, dan juga wanita hamil atau menyusui."




Secara ringkasanya

1)Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan sakit ataupun bermusafir hendaklah menggantikan bilangan hari yang ditinggalkan pada bulan-bulan lain.

2)Orang tua dan uzur yang menghadapi kesusahan untuk menunaikan puasa Ramadhan boleh menggantikan puasa mereka dengan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan.

Tapi bagaimana dengan ibu hamil dan ibu menyusu?

1)Imam al-Syafi’i dan Ahmad berpandangan bahawa orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan mengandung ataupun sedang menyusukan anak hendaklah menggantikan bilangan puasa yang ditinggalkan disamping memberi makan orang miskin sebanyak hari yang ditinggalkan.Ini adalah jalan selamat dan keluar dari dengan menggabungkan kedua-dua keadaan(orang sakit dan musafir serta orang tua dan uzur)

2)Imam Ibn Hazm berpandangn bahawa perempuan yang meninggakan puasa disebabkan mengandung ataupun menyusukan anak tidak perlu menggantikan bilangan hari yang ditinggalkan dan tidak perlu juga memberi makan orang miskin kerana mereka tidak termasuk dalam ketegori yang diperintahkan untuk menggantikan puasa ataupun memberi makan orang miskin.(Al-Muhalla)

rujukan:islamqa.info 


TANDA YANG MEMBOLEHKAN IBU HAMIL BERBUKA

- Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selama 30 minit hingga sejam.

- Rasa loya dan mula muntah sehinggakan tiada cara lain selain memakan ubat menahan muntah.

- Rasa sangat haus, warna air kencing sangat keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidrasi. Bila dehidrasi berlaku wanita hamil akan berasa amat lemah dan membahayakan diri dan bayinya. Beliau haruslah berbuka jika perlu meminum air atau dimasukkan air saline ke dalam saluran darahnya secara intravenous.

- Jika umur kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahim menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan. Kebiasaannya bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana pada masa itu bayi dalam rahim mendapat nutrisi yang dibekalkan. Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi itu memerlukan nutrien dan berada dalam keadaan yang bahaya. Adakalanya wanita itu berbuka puasa, pergerakan bayi dapat dirasakan semula.

- Rasa sakit perut memulas-mulas seperti mahu melahirkan. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat diberikan kepada bayi dan proses kelahiran pramatang dapat dielakkan.

- Wanita hamil tidak mengalami pertambahan berat badan atau mengalami kekurangan berat badan. Ini bermakna tenaga dan nutrien yang disimpan semakin berkurangan yang sepatutnya disimpan secukupnya untuk proses kelahiran nanti.

- Mengalami sakit kepala, atau demam yang mana harus memakan ubat bagi menyembuhkan kesakitan dan demamnya.

Secara ringkasnya Ida boleh ulaskan..

Sama ada ibu hamil atau menyusu sekiranya ia memudaratkan diri dan anak diharuskan berbuka nanti dah habis Ramadhan,gantikan je hari puasa yang tinggal tu. 



Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.

5 tips ibu hamil berpuasa di bulan Ramadhan

Tips #1:
Usah tinggal sahur. Sahur penting supaya mommies ada tenaga untuk buat kerja nanti.

Tips #2:
Makan 7 biji kurma semasa berbuka dan sahur. Kurma dapat beri tenaga segera.

Tips #3:
Minum banyak air. Jus pun boleh. Tapi air masak mesti minum lebih daripada 2 liter.

Tips #4:
Berehat sebentar di waktu siang. Kalau rasa letih sangat, mommies boleh tidur sebentar

Tips #5:
Elakkan berada di luar. Cuaca panas boleh menyebabkan mommies terhidrat.


Moga memberi manfaat..

Post a Comment

1 Comments