BERCUTI DI CAMERON HIGHLANDS LAGI

Assalammualaikum...

Minggu lepas en suami bawa kami anak beranak pergi bercuti ke Cameron Highlands. Yelah musim panas sekarang ni saja je en suami nak bawa sedangkan sebenarnya malas nak bersesak sebab musim cuti sekolah. Alhamdullilah segalanya dipermudahkan. Kebetulan family sepupu suami pun nak ke sana.

Kami bertolak pada pagi Khamis tu so sampailan petang skit dan chek in kat Hotel YTS berdekatan dengan Hotel Jasmine. Harga pun boleh la tahan RM150 semalam tapi sebab kami sampai hari Khamis tu kena RM100 je. Hari Jumaat esoknya baru kenakan RM150. Bilik pun bagi Ida puas hati la. Tak la luas mana tapi ok la..


 tak nak tunjuk biliknya sebab anak-anak dah bagi selerak.hehehhe


Malam tu kami makan di restoran berdekatan. Restoran Idaman Masakan Thai sebelahan dengan Hotel Jasmine. Ok la makan kat situ sedap jugak la tomyam campur die.



Keesokkan harinya kami sarapan di food court yang berdekatan dan kami sambung percutian kami di Taman Rama-rama. Asyraf memang suka tengok binatang ni...ada je benda die nak tanya.Mummy la yang penat nak menjawabnya.




rama-rama ni taknak terbang dari kepala Aqil



Kemudian kami ke Cameron Lavender . Kat sini masuk kena caj RM6 untuk dewasa. Tapi tempat die memang cantik








sapa nak beli fresh jam strawberry beli kat sini.Memang sedap sambil tu beli snow ice strawberry kat Asyraf. Siap bagi strawberry berketul2 dalam tu.





Balik tu kami makan tengahari bungkus je malas nak keluar.Petang tu kami ke Pasar malam Brinchang beli makan malam bungkus kat sana je pastu makan dalam hotel. Anak-anak pun dah penat seharian. 

Keesokkan harinya kami pun dah nak balik. Berkemas barang sebelum check out kami sarapan dulu. Dah habis sarapan baru check out dan kami pun ke Pasar Kea Farm. Ala tempat sayur-sayur murah kat sini la. Kalau ke Cameron Highlands tak singgah sini tak sah la. Sayur 10 bungkus,12 bungkus rm10 je. Stawberry pun murah. Ida pun memang akan beli sayur,jagung,ubi jepun,strawberry dan teh.

Balik dari Kea Farm kami ke Cactus Point,kebetulan nak balik lalu singgah la kejap. Beli jugakla kaktus,hehehhe.










 Ikutkan nak singgah ke ladang teh nak tangkap gambar tapi keadaan tak mengizinkan sebabnya jammed teruk sepanjang jalan nak balik tu. Yang orang lain baru nak naik ke Cameron Highlands pun sesak jammed sampai tak bergerak. Perut pun dah lapar kitorang makan kat Belentong je.





Ok la tu anak-anak pun happy je tengok. Asyraf pun kata die seronok sangat.hheheh.Budak-budak kalau bawa pergi jalan-jalan memang la seronok kan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Pernah pergi sekali je thun lpas... Cukuplah sekali kot... Hehe..

    ReplyDelete