7:59:00 AM

KEBAIKAN BABY CARRIER,BAIK KE BURUK?

by , in
Assalammualaikum..

Kalau pergi mana-mana tempat kadang kala penuh sesak dengan orang seperti pasar atau mana-mana karnival. Mungkin juga ada sesetengah ibu bapa yang suka aktiviti mencabar seperti mendaki gunung dan sebagainya tapi bila ada anak kecik. Alahai dah berhenti buat semua tu sebab mana lagi nak dukung anak. Kalau anak yang bambam tu...tak larat ooo..mau gilir-gilir korang suami isteri.



Kali ini Ida nak kongsikan kebaikan baby carrier. Baik ke buruk sebenarnya?

KEBAIKAN BABY CARRIER

1. Kebebasan

Bukannya maksud ibu bapa bebas taknyah jaga anak k..maksudnya mudah ibu bapa nak bebas dukung anak bergilir-gilir atau lebih mudah hands free. Ok contohnya kalau korang pergi shopping baju raya dengan sesak orang ramai dengan anak-anak lagi. Kesian tak kat anak? Kalau ada baby carrier kan senang kalau korang nak shopping,taknyah bawa stroller. Anak korang leh gendong pada badan,tangan boleh bawa beg shopping. Tak perlu risau anak bersesak dengan orang lain.


2. Penyusuan

Salah satu kebaikan baby carrier ni untuk menyusukan anak even masa korang tengah berdiri sekalipun takde orang pun perasaan korang tengah menyusukan anak. Mesti diorang ingat anak tengah tidur.

3. Keselamatan

Bila anak ada dekat dengan kita dia akan rasa lebih selamat. Anak-anak kecik ni kalau bersesak dengan orang ramai die akan jadi tak selesa dan jadi moody la skit. Nak menangis nak mengamuk.


4. Melihat dunia.

Ada yang cakap bila baby carrier ni penglihatan anak terbatas. Sebenarnya tidak kedudukan anak yang duduk dalam baby carrier duduk lebih kurang aras penglihatan kita. Berada dekat bawah. Dan of couse penglihatan die juga boleh lihat benda disekeliling untuk merangsang otaknya.


5. Selesa

Sama juga dengan keselamatan tadi tapi ini lebih pada keselesaan. Contohnya bila anak dah penat dan nak tidur. Kalau ada kat tempat bising atau panas memang anak tak boleh tidur kan. Tapi bila baby carrier ni anak lebih selesa nak tidur sebabnya kedudukan kepala die berada di dada kita. So die akan dengar denyutan jantung kita. Keadaan yang sangat selesa dan sama masa die berada dalam kandungan dulu.


Kalau Aqil nak tidur tempat sesak camni memang Ida akan gendung je die dengan baby carrier. Die boleh tidur dengan selesa lebih dari sejam lebih. Sampaikan habis berjalan la..

Ni antara kebaikan baby carrier yang Ida nak kongsikan tapi ingat bagi yang masih nak mencuba baby carrier ni kena beli baby carrier yang betul. Ida pernah kongsikan dulu,boleh klik di sini

Semoga apa yang Ida kongsikan diberi manfaat bersama.

HAPPY BABYWEARING!
2:47:00 PM

TESTIMONI SET CANTIK SHAKLEE,RUGI KALAU TAK CUBA SEKARANG

by , in
Assalammualaikum....

Alhamdullillah masih dapat menaip entry arini walaupun keadaan yang tak mengizinkan. Apa-apa perjuangan mesti diteruskan.Kali ni Ida hanya nak kongsikan beberapa testimoni set cantik Shaklee yang sudah ramai dah mencubanya.

Serius memang akan rasa berbaloi dan tahan lama walaupun masih ramai lagi yang masih tak percaya. Belum cuba belum tahu kan. Try and error..

TESTIMONI SET CANTIK SHAKLEE







Hah nampak tak? Masih tak percaya ke?
Bila dah cuba pasti berpuas hati..
If masih tak percaya boleh tengok video akak ni yang merana disebabkan jerawat yang sangat teruk


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

Dah dengar apa yang die cakap?




Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.
2:22:00 PM

“Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015"

by , in
Assalammualaikum..

Tahun lepas join giveaway raya dari Nile.com.my ni tak menang. So tahun ni nak cuba lagi. 


klik pada banner

Antara 5 barang yang menarik perhatian Ida ialah:


Product: Crocodile Design 3-in-1 Woman Bag
Price Meletop: RM28.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Quantity: 200 pieces


Product: Travel Durable Backpack Malaysia
Price Meletop: RM19.90
Date: 10/07/2015
Time start: 4.00pm 
Quantity: 60 units


Product: Cardigan/Sweater
Price Meletop: RM9.90
Date: 29/06/2015
Time: start 4.00pm 
Quantity: 200 pieces


Product: Haniya Mixed Color Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Quantity: 200 pieces


Product: Hit Color Woman Bag
Price Meletop: RM7.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 2.00pm 
Quantity: 300 pieces

Ni je yang Ida berminat. Suka tengok tshirt lelaki tapi en suami ni cerewet skit bab baju-baju ni.hehehhe

Sapa yang berminat boleh klik pada banner dan buat entry: emailkan URL Penyertaan beserta butir-butir diri seperti Nama dan No.Telefon kepada: give_away@nile.com.my
2:01:00 PM

KANTUNG KOSONG,DUGAAN RAMADHAN

by , in
Assalammualaikum...

Dugaan bulan Ramadhan. Sepatutnya kandungan Ida dah masuk 11 minggu arini. Tapi 3-4 hari lepas keluar wana coklat Ida anggap memang normal spotting biasa je..

Semalam pergi scan dekat klinik doktor bagitahu kantung kosong,janin takde..Die bagi masa 1 minggu biar kantung turun sendiri pastu datang scan. Kalau ada lagi kena amik surat pergi cuci kat hospital.


Tapi ada kawan-kawan mintak pergi dengar denyutan jantung sebab ada kawan ni. Dah masuk wad nak cuci sebab kantung kosong tapi dengan kuasaNya..alhamdullilah ada denyutan jantung dan anak selamat.

Ida belum lagi pergi scan buat kali ke-2 sebab pagi tdi dah start keluar darah merah skit-skit. Sebelum ni warna coklat hitam. So Ida dalam hati ni tawakkal dan berdoa je. Kalau ada rezeki syukur alhamdullillah..kalau memang takde Ida redha je. Mungkin belum lagi rezeki anak no-3..

Tapi ntah la maybe nak sedapkan hati...dalam hati ni rasa anak masih ada..Asyraf dan Aqil pula asyik main perut panggil baby..rasa pelik jugak..yelah naluri budak ni lain skit. Apa2 pun Ida berserah je...


7:35:00 AM

KAD RAYA DARI KAK KATHY R'BAIN

by , in
Assalammualaikum...

Baru berkesempatan nak update terima kad raya dari blogger kak Kathy R'bain selaku juga sebagai pengasas Grup Mama Blogger Malaysia (GMBM).

Kad nya dah sampai 3 hari lepas bersama-sama dengan sijil dan badge lagi..suka nye.hehehe...Oh ya grup ni hanya untuk mama-mama je ye..papa-papa takleh nak request grup ni..heheheh


Apa-apa thnkz Kak Kathy...insyallah tahun akan datang Ida pun nak bagi kad raya pada rakan-rakan blogger.Tahun ni belum berkesempatan lagi.


3:36:00 PM

Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com

by , in

Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
3:27:00 PM

8 TIPS ELAK ANAK GIGIT KETIKA MENYUSU

by , in
Assalammualaikum..

Pengalaman ni bagi ibu-ibu menyusu je yang tahu bagaimana rasa anak suka gigit semasa menyusu ni. Sakit ooo..

Kalau ibu-ibu menyusu yang bawah 1 tahun ni maybe hanya sakit anak mengigit guna gusi je. Ni kalau 1 tahun ke atas yang dah ada banyak gigi. Terasa sakit,pedih ada tu sampai melecet. Ni Ida kongsikan 8 tips elak anak gigit ketika menyusu.


TIPS ELAK ANAK GIGIT KETIKA MENYUSU



1) Ketahui punca
Mengenal pasti punca sebenar bayi menggigit. Antara kemungkinan sebab bayi menggigit ialah pengeluaran susu yang tidak lancar atau bayi anda sedang tumbuh gigi.

2) Beralih payudara
Mengalihkan bayi daripada payudara yang sedang digigitnya kepada payudara yang lainnya. Sambil melalukan proses pengalihan ini, anda digalakkan untuk menegurnya secara berhemah.

"Antara yang boleh anda luahkan ialah "Mama sakit bila sayang gigit mama" ataupun "Adik tak sayang mama ke? Kesian mama kena gigit"."

Dalam keadaan tertentu , anda boleh membiarkan bayi seketika sebelum menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara sebegini, diharap bayi akan bertolak ansur dan memahami bahawa jika dia menggigit anda, balasannya dia tidak dapat meneruskan penyusuan.

3) Menekap muka bayi
Setiap kali melihat bayi mula mahu menggigit, rapatkan mukanya ke arah payudara anda. Cara ini secara tidak langsung akan membuatkan anak anda sesak nafas. Jadi, akan mendorongnya untuk melepaskan gigitannya agar dapat bernafas semula.

4) Selesakan posisi
Sepanjang sesi penyusuan berlangsung, adalah sangat penting untuk anda memastikan posisi penyusuan yang anda gunakan benar2 memberikan keselesaan kepada bayi dan diri anda juga.

5) Leraikan dengan jari


Apabila bayi seakan2 mahu menggigit, segera masukkan jari kelinking di bahagian tepi mulutnya bagi membolehkan anda meleraikan mulutnya daripada payudara. Jangan meleraikan sesi penyusuan secara tiba2 tanpa memasukkan jari kelinking terlebih dahulu. Dengan cara ini anda dapat mengelakkan diri daripada mencederakan puting dan mengurangkan sakit puting yang melecet.

6) Gigit sesuatu


Berikan bayi alat2 menggigit yg lain spt teether atau tuala kecil yg telah disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk beku. Alat2 ini sedikit sebanyak membantu bayi anda yang suka menggigit tambahan pula yg sedang mengalami masalah gatal gusi.

7) Jangan jerit
anda dinasihatkan agar tidak meninggikan suara dan menjerit kepada bayi. Malah, anda juga diingatkan agar tidak memukul atau menampar bayi anda. Ini akan mengakibatkan bayi terkejut dan mengalami rasa takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih teruk lagi takut2 bayi anda enggan meneruskan sesi penyusuan yang seterusnya. Parah tu, jenuh pula anda menanggung sakit bengkak susu.

8) Teliti gaya penyusuan
Mengetahui samada dia suka menggigit apabila mula mengantuk kerana kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk anda sentiasa peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda2 mahu menggigit apabila sesi penyusuan bakal berakhir. Tempoh penyusuan selama 2 tahun itu adalah tidak lama. Bersabar dan layanlah anak anda sebaiknya. Ganjaran pahala Allah janjikan pada ibu2 yang menyusukan anaknya.

rujukan:group ibu hamil

Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak sehingga 2tahun tahniah...dan good luck pada ibu-ibu yang lain.

HAPPY BREASTFEEDING !!
2:38:00 PM

"RAYA GIVEAWAY BY ERZA"

by , in

CLICK BANNER TO JOIN


1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower


2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet

3. Buat satu entri bertajuk "Raya Giveaway by Erza"


4. Tinggalkan URL entri korang di SINI

5. Siap dan good luck friends!!!




5 langkah mudah sahaja !!!


Hadiah - hadiah yang bakal dimenangi:-
1 x dress raya
2 x RM10 duit raya
10 x voucher Magic Art Museum 3D

Jom Laaaa Join...ajak kengkawan ramai2!!!

3:14:00 PM

8 TEKNIK MENYUSU BAYI DENGAN BETUL

by , in
Assalammualaikum..

Ramai ibu-ibu yang tidak berjaya menyusukan anak sepenuhnya sekarang ni. Selain ada yang kata masalah susu tak cukup dan sebagainya. Teknik menyusu yang salah juga salah satu sebab kegagalan dalam penyusuan susu ibu. 


Ibu-ibu muda yang baru belajar tentang kebaikan susu ibu mesti belajar teknik menyusu bayi dengan betul supaya penyusuan susu ibu boleh berjaya sepenuhnya.



8 TEKNIK MENYUSU BAYI DENGAN BETUL

1. Anda boleh melihat sedikit bahagian dalam mulut bayi Lekapan bibir bayi terkeluar sedikit bukan terpekap masuk 



2. Mulut bayi dan areola melekap kuat Keseluruhan puting payudara berada dalam mulut bayi 

3. Sebahagian besar areola berada dalam mulut bayi Ketika menyusukan bayi, anda akan lihat sedikit sahaja bahagian areola. Pangkal puting tidak kelihatan kerana berada dalam mulut bayi 


4. Lidah bayi berada antara gusi bawahnya dan payudara Sekiranya bayi melekapkan mulutnya dengan betul, lidah bayi akan terkeluar sedikit dari gusi bawahnya dan mengalas puting payudara daripada rahangnya. 

5. Anda boleh mendengar bunyi bayi menelan Beberapa hari selepas dilahirkan mungkin setelah 5 hingga 10 kali menghisap baru anda mendengar bunyi bayi menelan. Ketika ini susu ibu adalah susu kolostrum, pekat dan sedikit. Apabila bekalan susu mulai banyak, anda akan mendengar bunyi bayi menelan yang jelas. Aktiviti menyusukan bayi setiap payudara mengambil masa 5 hingga 10 minit. 

6. Tidak banyak susu meleleh dari hujung mulut bayi Bayi menelan susu 

7. Tiada bunyi klik atau Chupp kedengaran Bunyi ini akan kedengaran sekiranya, kedudukan lidah bayi tidak betul dan cara bayi menyusu tidak betul 

8. Tiada bentuk melengkung pada pipi bayi ketika menyusu Bentuk melengkung (seakan lesung pipit) menandakan bayi tidak melekap dengan betul pada payudara dan cara menghisapnya terhenti ketika dia menggerakkan gusi dan lidahnya. Jika berlaku sedemikian, biarkan bayi melepaskan puting anda dan perbetulkan kembali cara menyusukan bayi.




Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.
2:19:00 PM

JOM BUAT TEMPAHAN SERUNDING MURAH

by , in
Assalammualaikum...

Alhamdullilah di bulan yang mulia ni kita sentiasa ingin membuat kebajikan yang lebih banyak dari sebelum-sebelumnya. Entry kali ni nak membantu ibu tunggal ni untuk mempromosikan serunding tempatan yang beliau jual. Dalam masa yang sama untuk membantu beliau menyara kehidupan yang serba kekurangan dengan kesihatan yang tak mengizinkan.









Antara produk makanan tempatan yang dijual ialah:
  1. serunding daging tempatan 250 gram rm 18
  2. serunding ayam 250 gram rm 18
  3. serunding ikan 250 gram rm 12
  4. mini karipap rm 32 sekilo
  5. mini popia rm 32 sekilo
Bila masuk Ramadhan memang ni semua akan dicari-cari kan? Ada yang suka sahur dan berbuka dengan serunding dan pada hari raya semua makanan mesti ada dalam setiap rumah.

Ada yang makan dengan ketupat,lemang,buat soto..Kalau Ida suka makan time sahur bagaikan penambah selera dengan nasi panas. 

Bagi yang berminat nak buat tempahan boleh terus direct dengan Kak Alia ni ye. Mari sama-sama kita membeli dan membantu pada bulan yang mulia ni.


FB: Alia Haryani

No tel : 012 921 8016.(Puan Alia)
2:16:00 PM

Riang Raya Aidilfitri 2015 by Yaya Cendana

by , in
7:04:00 AM

DOA MENGAMBIL WUDUK

by , in
Assalammualaikum...

Hanya sedikit perkongsian untuk peringatan sahaja. Entry kali ni hanya nak berkongsi doa mengambil wuduk. Mungkin ada sesetengah orang yang baru nak belajar solat dan sebagainya. Alhamdullilah dibukakan pintu taubat di kalangan mereka ni. Syukur masih ada yang ingin dekat dengan-Nya. Masih belum terlambat untuk belajar semua tu.

DOA MENGAMBIL WUDUK


Kalau masih tak tahu membaca dalam bahasa Arab. Boleh niatkan dengan bahasa melayu sahaja. Islam itu mudah.

DOA SELEPAS BERWUDUK




Bagi anak-anak cikgu akan ajar tentang berwuduk ni dan mungkin kita juga boleh ingatkan seandainya cikgu terlupa

Apakah yang patut kita doakan di dalam hati semasa membasuh setiap anggota wuduk kita?

1-Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.

2-Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

3-Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini”.

4-Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.

5-Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu”.

6-Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.

7-Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.

8-Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”

SEMOGA MEMBERI MANFAAT..

SALAM RAMADHAN SEMUA..
6:40:00 AM

"Giveaway Duit Raya Dari BBL"

by , in

< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Siapa cakap bila dah besar mesti tak dapat duit raya? Sempena bulan Syawal bakal datang BBL dengan rasa gembira nak bagi duit raya kepada blogger bertuah. Cepat beratur submit entri ya. Boleh belanja diri sendiri makan aiskrim pasu.

Hadiah duit raya

Duit raya RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10 
untuk 3 orang pemenang

Duit raya RM5 
untuk 5 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway  Duit Raya Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 Julai 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 Julai 2015 nanti

BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

2:36:00 PM

BOLEHKAH IBU HAMIL DAN MENYUSU BERPUASA?

by , in
Assalammualaikum...

Soalan ni selalu Ida nampak akan ditanya oleh kaum-kaum ibu muda ni. Bolehkan ibu hamil dan menyusu berpuasa?




Ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (2408) Tirmizi (715) nasa’i (2315) dan Ibnu Majah (1667), Nabi sallallahu’alaihi wasallam bersabda:

"Sesungguhnya Allah menggugurkan setengah shalat dan puasa bagi musafir, dan juga wanita hamil atau menyusui."




Secara ringkasanya

1)Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan sakit ataupun bermusafir hendaklah menggantikan bilangan hari yang ditinggalkan pada bulan-bulan lain.

2)Orang tua dan uzur yang menghadapi kesusahan untuk menunaikan puasa Ramadhan boleh menggantikan puasa mereka dengan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan.

Tapi bagaimana dengan ibu hamil dan ibu menyusu?

1)Imam al-Syafi’i dan Ahmad berpandangan bahawa orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan mengandung ataupun sedang menyusukan anak hendaklah menggantikan bilangan puasa yang ditinggalkan disamping memberi makan orang miskin sebanyak hari yang ditinggalkan.Ini adalah jalan selamat dan keluar dari dengan menggabungkan kedua-dua keadaan(orang sakit dan musafir serta orang tua dan uzur)

2)Imam Ibn Hazm berpandangn bahawa perempuan yang meninggakan puasa disebabkan mengandung ataupun menyusukan anak tidak perlu menggantikan bilangan hari yang ditinggalkan dan tidak perlu juga memberi makan orang miskin kerana mereka tidak termasuk dalam ketegori yang diperintahkan untuk menggantikan puasa ataupun memberi makan orang miskin.(Al-Muhalla)

rujukan:islamqa.info 


TANDA YANG MEMBOLEHKAN IBU HAMIL BERBUKA

- Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selama 30 minit hingga sejam.

- Rasa loya dan mula muntah sehinggakan tiada cara lain selain memakan ubat menahan muntah.

- Rasa sangat haus, warna air kencing sangat keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidrasi. Bila dehidrasi berlaku wanita hamil akan berasa amat lemah dan membahayakan diri dan bayinya. Beliau haruslah berbuka jika perlu meminum air atau dimasukkan air saline ke dalam saluran darahnya secara intravenous.

- Jika umur kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahim menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan. Kebiasaannya bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana pada masa itu bayi dalam rahim mendapat nutrisi yang dibekalkan. Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi itu memerlukan nutrien dan berada dalam keadaan yang bahaya. Adakalanya wanita itu berbuka puasa, pergerakan bayi dapat dirasakan semula.

- Rasa sakit perut memulas-mulas seperti mahu melahirkan. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat diberikan kepada bayi dan proses kelahiran pramatang dapat dielakkan.

- Wanita hamil tidak mengalami pertambahan berat badan atau mengalami kekurangan berat badan. Ini bermakna tenaga dan nutrien yang disimpan semakin berkurangan yang sepatutnya disimpan secukupnya untuk proses kelahiran nanti.

- Mengalami sakit kepala, atau demam yang mana harus memakan ubat bagi menyembuhkan kesakitan dan demamnya.

Secara ringkasnya Ida boleh ulaskan..

Sama ada ibu hamil atau menyusu sekiranya ia memudaratkan diri dan anak diharuskan berbuka nanti dah habis Ramadhan,gantikan je hari puasa yang tinggal tu. 



Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.

5 tips ibu hamil berpuasa di bulan Ramadhan

Tips #1:
Usah tinggal sahur. Sahur penting supaya mommies ada tenaga untuk buat kerja nanti.

Tips #2:
Makan 7 biji kurma semasa berbuka dan sahur. Kurma dapat beri tenaga segera.

Tips #3:
Minum banyak air. Jus pun boleh. Tapi air masak mesti minum lebih daripada 2 liter.

Tips #4:
Berehat sebentar di waktu siang. Kalau rasa letih sangat, mommies boleh tidur sebentar

Tips #5:
Elakkan berada di luar. Cuaca panas boleh menyebabkan mommies terhidrat.


Moga memberi manfaat..

Followers