4 TANDA ANAK ALERGIK

Assalammualaikum...

Kalau diikutkan anak-anak ni jadi cepat alergik mungkin disebabkan faktor keturunan mahupun makanan. Ada sesetengah budak tak boleh minum susu lembu ada yang tak boleh makan telur..ada pula yang alergik dengan kekacang.


Pernah tengok dalam 1 filem tu..budak tu alergik dengan kulit kayu manis. Bila termakan sikit je..die punye la gatal sampai pengsan budaknya. Cepat-cepat la mak ayah die nawa pergi hospital nasib baik takda apa-apa.


4 TANDA ANAK ALERGIK

1. Ruam pada kulit. 

Bintik-bintik merah di kawasan pipi bayi menandakan petunjuk awal bayi mengalami alergi terutama jika belum hilang dalam jangka masa yang lama.

2. Selesema. 

Ia berbeza dengan selesema biasa. Bayi yang mengalami selesema akibat alergi akan mengeluarkan cairan yang cair dari hidungnya. Sementara bayi yang mengalami selesema biasa mengeluarkan cecair kental dan kadang kala berwarna hijau dari hidung.

3. Buang air besar berdarah. 

Apabila alergi sudah mengganggu saluran pencernaan, bayi akan membuang air besar berdarah. Ia biasa berlaku dalam kalangan bayi berusia dua hingga enam minggu.

4. Cirit dan muntah. 

Sekiranya masalah alergi tidak dikenal pasti puncanya dan ibu tidak sedar anak sedang mengalami alergi, bayi cenderung mengalami cirit birit dan muntah

rujukan:Pama


Kalau ikutkan family mertua ada masalah alergik ni, adik ipar Ida la. Dari sekolah rendah..memang takleh makan daging,udang,sotong,ketam..benda-benda semua ni buatkan kulit die jadi gatal,biji-biji kemerahan. Tapi dia makan juga sebab teringin kan..lepas makan cepat-cepat la die makan ubat. Kesian tengok...

Moga memberi manfaat.

Post a Comment

3 Comments

  1. kesian bila tngk baby kena ruam. habis badan merah2 :(

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas info. btw done follow u, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
  3. alahai kesiannya kalo tengok baby yg kulit merah2 sebab gatai..
    lepas tu nangis je keje sbb x reti nak cakap tengh gatai..

    ReplyDelete