4 KESAN PERANAKAN JATUH

Assalammualaikum...

Wanita sentiasa ingin menjaga kecantikan kulit mahupun kesihatan diri terutamya dalaman. Sistem peranakan merupakan organ yang amat penting untuk kaum wanita terutamanya yang dah berkahwin.


Selalunya masalah peranakan jatuh ni terjadi pada wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Tetapi wanita yang belum melahirkan anak pun berkemungkinan boleh ada masalah ni.


TAHAP PERANAKAN JATUH

Tahap 1
Rahim turun daripasa kedudukan asal(masih dalam lubang faraj).

Tahap 2
Sebahagian rahim sudah keluar dari lubang faraj

Tahap 3
Seluruh rahim di luar faraj (kronik)


4 KESAN PERANAKAN JATUH

1. Gangguan kencing
Ini menyebabkan kesukaran untuk kencing,kerap kencing atau sukar mengawal kencing contoh ketika batuk,bersin yang menyebabkan tekanan perut meningkat seperti ketawa.

2. Gangguan hubungan kelamin
Kelonggaran faraj atau kekuatan kemutan akan berkurangan dan ia menyebabkan kenikmatan seks terganggu

3. Sakit pinggang dan tak selesa
Berasa macam ada benda yang keluar dari faraj.Paling rasa bila banyak berjalan atau berdiri.Peranakan yang jatuh menarik otot-otot di kawasan pinggang.

4. Gangguan kesihatan
Apabila keseluruhan rahim keluarini menyebabkan pintu rahim bergesel dengan seluar dalam dan menyebabkan luka. Malah ia akan dijangkiti kuman yang menyebabkan keputihan atau lendiran yang banyak.

Salah satu cara untuk menjaga peranakan kita ialah dengan senaman kagel. Boleh klik di sini

4 comments:

  1. bahaya sebenarnya bila peranakan jatuh ni, tapi urutan nak naikkan peranakan tu... ya ampunnn... sakitttt.... nak tak nak kena buat jugalah, dah namanya perempuan kann???kenalah jaga...

    ReplyDelete
  2. Mmg takut... Kna jaga la masa muda ni..

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS