2:23:00 PM

MINI GIVEAWAY BY SYIRA LOKMAN

by , in
10:17:00 AM

8 TIPS PENJAGAAN MATA,ELAK DAPAT MASALAH RABUN MATA

by , in
Assalammualaikum

Mata adalah salah satu daya penarik kaum wanita mahupun lelaki. Kalau perempuan mau kena pakai spek hitam sepanjang masa bila mata dah jadi macam mata panda. Malah majoriti orang sekarang dah ramai pakai cermin mata sebab ada masalah rabun mata.


Kalau tengok mata artis Malaysia atau Korea cantik bersinar je kan. Malah kurang antara merekan yang pakai cermin mata. Di sini Ida kongsikan 8 tips penjagaan mata untuk korang.

8 TIPS PENJAGAAN MATA


1. Tidur yang secukupnya
Semestinya kita ni memang tak cukup tidur kan. Lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu surirumah sepenuh masa yang bekerjaya ni. (WAHM). Sebaiknya tidur 6-8jam sehari untuk elakkan dari mata lesu.tidak bermaya dan menyebabkan eyebag.


2. Minum air secukupnya
Disamping untuk kesihatan dan kecantikan.Minum air secukupnya sebanyak 8 gelas sehari atau 1 liter juga bagus untuk penjagaan mata. Ini kerana air berfungsi sebagai pelarut,penyejuk,pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan. Malah ia elakkan kulit berkedut dan kering.

3. Bersihkan mata dari solekan
Selain kulit membersihkan solekan pada mata juga penting. Takkan tidur pun nak pakai makeup kan. Bersihkan betul-betul dan elakkan ada bahan kimia meresap dalam mata.


4. Jaga pemakanan.
Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Sayur hijau seperti bayam dan cekur manis mengandungi lutein yang baik untuk mata. Sayuran kuning kemerahan seperti lobak,keledek dan tomato mengandungi Vitamin A yang tinggi yang dikenali sebagai retinol yang membantu membina pigmen untuk penglihatan waktu malam. Dan Vitamin C pula untuk pembentukan kolagen bagi menganjalkan kulit di sekeliling mata.

5. Lindungi mata dari sinaran matahari
Sinaran matahari yang berlebihan akan menyebabakan katarak dalam amaun yang tinggi dan merosakkan kornea,kanta,dan selaput retina mata. Elakkan membeli cermin mata hitam yang murah di pasar malam kerana tidak dilapisi lapisan untuk lindungi dari sinaran UV.


6. Senaman
Sebenarnya senaman juga sangat bagus untuk mata. Ini kerana mata kita akan bergerak ke kanan dn ke kiri,atas dan bawah dalam 5 kitaran dalam masa 1 minit. Bagus terutama yang menghadap komputer seharian macam blogger seperti kita ni.heheheh

7. Cara tradisional
Kita juga boleh je try cara tradisional dengan menggunakan timun..uncang teh dan ais.

8. Surah amalan
Selain semua di atas kita boleh jadikan surah di dalam Al-Quran untuk penjagaan mata. Surah yang diamalkan surah Qaf ayat 22


rujukan: http://www.myhealth.gov.my/




Carotomax Shaklee adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.



Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan:

Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang
Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruit
Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi


Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
.
11:48:00 PM

SHAKLEE BUKAN SEKADAR MLM

by , in
Assalammualaikum..

Alhamdulillah.walaupun Ida sekarang ada bisnes baru jual baju kanak-kanak dan alhamdullilah semakin banyak permintaan. Dari tshirt sahaja ada tambah legging. Sekarang ni dah tambah amik pyjamas dan jubah untuk raya nanti. Alhamdullilah semuanya Ida hanya jual dalam group whatsapp sahaja mungkin sebab senang nak tengok.



Tapi jangan ingat Ida dah tak jual Shaklee. Ida masih jual thatway Ida masih menceritakan tentang kebaikan Shaklee di dalam blog dan wall fb. Tak boleh nak stop sebab Ida dah jatuh cinta dengan bisnes ni. Bisnes ni la yang dah membuka mata Ida,buka minda dengan lebih ke depan.


Ada yang kata Shaklee ni sama macam MLM kat luar-luar sana. Orang atas akan dapat untung. Anak bawahan kena usaha lebih. NO!!

Shaklee bukan konsep macam tu tapi konsep die ko usaha ko yang dapat. Ko usaha skit dapat skit,ko usaha lebih dapat lebih. Apa yang korang usaha. Upline korang takkan dapat apa2. Semuanya totally korang yang punye.

Ni bisnes korang sendiri. Korangla yang kena berfikir bagaimana nak kembangkan empayar korang. Upline hanya sekadar tutunkan ilmu sahaja kat korang,guide sampai korang dapat apa yang korang nak.



Itu yang Ida dapat sejak kali pertama Ida join Shaklee dulu. Memang lain dari bisnes MLM yang Ida pernah kenal walaupun tak join. Just ikut kawan-kawan je g masuk kelas die.

Bagi siapa yang buat bisnes Shaklee ni mesti faham apa yang Ida sampaikan dan Ida pun nak tolong korang ubah kehidupan korang. 

Satu je dalam pemikiran Ida. Sampai bila kita nak hidup dengan cukup-cukup makan sahaja? Kalau dulu kita study amik pinjaman PTPTN macam Ida ni. Pengajian perubatan bukan skit tau..hampir RM5ok..mana nak cari duit nak bayar semua tu. Nasib baik masih belum kena blacklist lagi. Takkan anak-anak kita pun nak buat pinjaman macam kita.

Pinjaman PTPTN paling lama kena bayar selama 20tahun!! Masa tu korang dah umur brape..contohnya dah 44tahun masih dalam status hutang. Anak lagi masa tu confirm dah study kat kolej. Takkan diorang pun nak kena beban dengan hutang.

 So Ida fikir Ida taknak anak-anak Ida tempuhi semua tu. Bukan nak doa tapi ni perkara betul. Nabi S.A.W pun ada cakap " Jika kita nak tinggalkan dunia,tinggalkan harta untuk anak-anak supaya mereka boleh hidup selesa". Bila Ida tengok anak-anak masa tidur,mengalir air mata ni memikirkan masa depan diorang. Insyallah doa seorang ibu sentiasa adalah yang terbaik!!

Bagi sesiapa yang nak ubah hidup korang. Tak perlu buat fulltime pun xpe,buat part time pun boleh asalkan ada usaha dan kesabaran.

Ida ada ceritakan betapa sukanya Ida kerja dari rumah,korang boleh klik baca di sini

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com



11:16:00 PM

KEBAIKAN EMAS 24K UNTUK KULIT

by , in
Assalammualaikum..

Tadi tengok citer Go Shop pasal 1 produk mask Aromame yang mengandungi Emas 24k. Rasa nak je beli sebenarnya ni tapi tahan nafsu membeli.hehehe. Kalau ada rezeki lebih insyallah mana tahu nak beli kan. So Ida cari skit psal kebaikan emas 24k ni.



Kebaikan Emas 24K 

1. 24 K emas tulen digunakan dalam serum ini untuk membantu membekalkan dan mengekalkan colagen ke dalam kulit.

2. Membantu melindungi kulit dari kesan pencemaran habuk, debu dan persekitaran yg tidak sihat.

3. Melindungi kulit dari dirosakkan oleh sinar uv

4. Membantu menghilangkan tompok-tompok hitam dan memberi kesan jangka panjang.

5. Membantu pengaliran darah

6. Membantu merawat kulit sensitif

7. Menghalang kedutan dan garis halus

8. Juga menegangkan kulit

9. Sesuai untuk mereka yang memasuki usia 30 tahun - 60 tahun kerana ia menolong melambatkan proses penuaan.

Menarik je kan? Tu la rasa cam nak beli je.Yang menariknye die ada tunjuk warna emas yang ada dalam mask tu dan akan diserap dalam kulit dan ia akan kering menjadi warna putih.Tapi kalau bagitahu kat ibu Ida ni mesti die cakap. Kulit muda lagi jangan nak pakai macam-macam.hehehe. Yelah semua orang takut muka ni semakin berkedut.huhuhu. 

Tanda-Tanda Penuaan Kulit

• Kulit Kering Dan Kelihatan Gelap

• Garisan Halus di Wajah

• Nampak Tua sebelum usia

• Kulit Kusam dan Tidak Bermaya

• Hilang Keanjalan dan Ketegangan

• Kulit Yang kendur dan Menggeleber

• Pigmentasi dan Bintik-bintik hitam

• Kulit rosak akibat pancaran matahari

• Kedutan yang ketara di sekeliling mata

• Kulit Pudar atau tona kulit tidak sekata

• Kelemahan proses memperbaharui sel kulit.


So camner? Korang nak try boleh la beli kat Go Shop harga die rm159 dapat 3 tiub dan free 1 cream Aromame
2:20:00 PM

CARA TAMBAH DARAH DENGAN CEPAT,TAKNAK TELAN UBAT BANYAK,ELAK KENA WARDED

by , in
Assalammualaikum..

Bila cakap tentang masalah HB rendah setiap kali pergi checkup dekat klinik. Mula la ibu-ibu kena membebel dengan cik nurse kan. Sebenarnya banyak cara nak tambah darah dengan cepat tapi tak semua orang sesuai. Ada yang makan jambu batu,HB normal..ada yang tak.




Cara nak tambah darah ada juga dari segi pemakanan ataupun supplement. Tapi sebelum tu Ida nak kongsikan 10 makanan yang membantu untuk tambah darah.



10 MAKANAN TAMBAH DARAH




1. Daging merah - mempunyai zat besi yang sangat tinggi dan dikatakan juga zat besi dari haiwan lagi mudah diserap dengan cepat dan berkesan.

2. Brokoli - sayuran hijau sememangnya penuh dengan vitamin,zat besi dan folat. Malah ia mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.

3. Pisang - pengambilan 2 biji pisang untuk ibu hami sangat bagus. Ia membantu meningkatkan pertumbuhan janin dan membina sel-sel baru.

4. Kekacang - sememangnya ia bagus untuk cegah anemia. Sedap kalau dijadikan snek ringan masa bekerja atau berehat.

5. Hati - selalu orang tua kata makan hati kalau nak tambah darah. Sememangnya ia memang bagus untuk kepekatan darah. Tapi kalau Ida tak dapat la nak makan. Ida memang tak makan organ-organ ni.huhuhuh

6. Bayam - bagus dimakan untuk ibu hamil malah ia merupakan makanan yang terbaik sepanjang tempoh kehamilan. 

7. Kerang - ni my favaorite. Kalau bagi makan hari-hari pun tak kisah. Sedap ni wat bakar,rebus ke..wat sambal. Yummy...sok nak cari kerangla..hehehe.

8. Telur - bahagian kuning nye saja yang mengandungi zat besi untuk tambah darah. Habis putih telur nak watper? Apa la...wat mask la..tegang kulit u olls...

9. Oat - tak ramai yang suka oat sebab rasa die tawar. Oat juga bagus untuk pencernaan selain untuk tambah darah. 

10. Delima - sememangnya bagus diamalkan untuk ibu hamil untuk otak janin. Rasa tak jumpa buah delima. Beli je yang pati delima Gulsan dalam botol tu..

11. Madu,kurma,kismis - makanan sunnah sememangnya bagus untuk ibu hamil dan anak-anak.



Tapi ada cara yang mudah dan cepat untuk tambah darah. Jangan jadi macam si ibu Aya ni. Sampai nak kena tahan wad pun masih degil taknak makan ubat. Nasib ada akak yang garang paksa die makan.


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.




Ini sudah cukup untuk ibu-ibu yang takleh nak telan ubat banyak-banyak. Vitalea Shaklee mengandungi zat besi yang membantu untuk tambah darah dan hasilkan sel darah merah yang sihat.

Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.
11:19:00 PM

"1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88 "

by , in
11:44:00 PM

4 CARA KURANGKAN PENGAMBILAN KOPI SEMASA HAMIL

by , in
Assalammualaikum..

Ramai juga dikalangan masyrakat ni yang suka minum kopi lebih-lebih lagi orang yang berusia la. Kalau Ida masa sekolah rendah tak berapa suka minum kopi. Masa tu fikir air kopi minuman orang-orang tua tapi sekarang. Sedap je minum.heheheh



Tapi persoalannya boleh ke wanita megandung ni minum kopi. Sepertimana yang kita tahu kafein ini bersifat diuretik yang menganggu penyerapan zat besi dalam tubuh yang amat diperlukan oleh ibu hamil.


Bukan bermakna tidak boleh minum langsung tapi kurangkan dalam 1 hari itu dalam 2kali je minum. Dan paling penting jarakkan pengambilan vitamin zat besi selepas minum kopi selama 30minit-1jam. Jangan salahkan ubat pulak kalau hb korang tak naik semasa mengandung ye..

4 CARA KURANGKAN PENGAMBILAN KOPI SEMASA HAMIL


1. Kawal pengambilan

Cukuplah sekadar 2 cawan sehari lebih kurang 200mg masih dalam selamat untuk ibu hamil. Semakin skit kafein semakin baik. Kalau boleh jangan la minum sampai 1 cawan penuh. Kurangkan lagi cukupla sekadar nak hilangkan rasa mengodam kopi tu kan.

2. Bertukar kepada teh

Teh juga mengandungi kafein namun jumlah kurang berbanding kopi. Sebaiknya minum teh hijau yang tinggi kandungan vitamin C dan antioksidan. Lebih elok jika anda buat minuman teh menggunakan daun teh sebenar. Caranya didihkan daun teh dalam air mendidih selama 30 saat dan terus tuang ke dalam cawan. Dengan cara ini, kandungan kefein dalam teh tidak terlalu banyak. Elakkan daripada minum teh herba yang boleh beri kesan pada kandungan.

3. Sentiasa ingat tujuan

Azam tu yang penting. Dalam otak tu dah setting..ok time pregnant aku nak stop minum kopi nak bagi baby ni sentiasa sihat. Insyaallah kita boleh.

4. Cara pengganti

Kenapa suka minum kopi? Adakah sebab rasanya atau beri tenaga? Kalau rasa beri tenaga apa kata tukar dengan snek yang kaya karbohidrat dan protein. Atau buat senaman skit dalam 10minit jalan kaki dan pastikan korang tidur mencukupi sepanjang kehamilan untuk elakkan badan terlalu letih.


3:39:00 PM

5 TIPS JAGA ALAT SOLEK

by , in
Assalammualaikum..

Kalau cakap psal barang makeup ni memang jadi kegilaan kaum wanita yang memang suka makeup kan. Mana boleh dipisahkan wanita dengan kecantikan ni.heheheh. Nasib la Ida ni bukan jenis yang suka makeup. 


Berapa lama korang amik masa untuk bersiap sekaligus dengan makeup la? Kalau ibu Ida..mau sejam tunggu die bersiap.heheheh.


5 TIPS JAGA ALAT SOLEK

1. Mesti dalam keadaan baik-kalau produk tu dah berbau atau berubah warna SILA BUANG DENGAN SEGERA.

2. Jangan kongsi span muka ke..span makeup ke..berus makeup dengan orang lain. 

3. Cuci set berus sekurang-kurangnya 1 kali seminggu. Senang je..rendam dalam air suam dengan sedikit syampoo dan bilas bersih. Biarkan sehingga betul-betul kering.


4. Asah pensel eyeliner atau lip liner korang setiap kali nak guna. Ni supaya untuk elakkan dari jangkitan bakteria pada lapisan lama.


5. Cuci beg makeup korang tu. Dah kalau lama atau buruk sangat buang je. Tukar je yang baru. Ni tak..habis sampai berkulat beg tu punyalah tak cuci.hehehe'


SEMOGA MEMBERI MANFAAT!
2:57:00 PM

6 TIPS TIDURKAN ANAK AWAL DENGAN MUDAH,TAKNYAH CELIK MATA SAMPAI PAGI

by , in
Assalammualaikum..

Ibu-ibu selalu pening dengan masalah anak yang suka tidur lambat ni. Bukan senang nak tidurkan anak yang kemain lagi aktif bermain macam siang hari padahal waktu dan hampir pukul 10malam. 


Dulu Asyraf pun suka tidur lambat tapi sekarang bila Aqil tidur awal die pun ikut sama tidur awal. Di sini Ida kongsikan 6 tips tidurkan anak awal dengan mudah.



6 TIPS TIDURKAN ANAK AWAL DENGAN MUDAH

1. Pastikan perut kenyang
Kalau anak-anak yang minum susu botol tu bagi diorang minum dengan kenyang. Kalau nak makan nasi,bagi makan nasi sebelum pukul 9malam. Kalau susu badan senang je,bagi susu sambil baring pastu tidurkan terus.



2. Mandi atau basahkan badan
Ida suka mandikan anak-anak sebelum tidur. Jangan lewat sangat. Selepas Isyak tu ok la. Bukan mandi betul-betul. Gosok gigi diorang dan basahkan badan skit je bagi diorang selesa skit badan nak tidur tu. Pakaikan baju tidur kan diorang.

3. Bacakan buku.
Selepas mandi tu,bacakan buku cerita kat diorang. Tak kisah buku apa-apa pun. Sebaiknya kisah-kisah Nabi la..



4. Jangan biarkan tidur petang yang lama
Ida ajar anak-anak tidur petang sebelum pukul1..So diorang tidur dalam 3jam. Tak lebih pukul4 mesti bangun.Time tu diorang main puas-puas sampai malam. Dekat2 pukul10 tu dah senang nak suruh diorang tidur.

5. Tutup semua lampu
Tepat pukul 9.30malam tu. Korang tutup semua lampu. Ni tak time ni mak-mak baru nak makan nasi ke pe. Ida makan memang awal. Sebelum Isyak dah makan malam. Sebelum pukul 10.30 memang Ida dah masuk bilik.Konon nak ajak tidurlah. Siap bagitahu "taknak tidur dok sorang-sorang kat luar".heheheh



6. Tegas displin kan anak
Ni korang kena tegas skit. Bagitahu ni masa tidur bukan masa main. Ida selalu akan cakap " Dah cukup jom tidur dah pukul 11 dah walaupun masa tu baru pukul 10. Kalau anak-anak yang dah pandai membaca takleh cakap camtu. Ni anak yang masih kecik. Ajar dari awal kan senang. Kadang Asyraf nak bawa ipad masuk dalam bilik. Tapi Ida dah tegaskan,nak tidur tak boleh main game. Game main esok. Die main kejap je terus tutup nak tidur. So sekarang bila nak tidur Asyraf siap cakap lagi "dah pukul 11 dah nak tido". Kan senang..yang penting tegas dan displin.

Ini antara tips tidurkan anak awal dengan mudah dari pengalaman Ida la. Lain orang lain cara nya. Bagi Ida nak ajar,ajar dari masa kecik ni. So nanti dah start sekolah takde la nak tidur lambat kan sebab nak bangun awal ke sekolah. Tidur anak setiap hari pun mencukupi.

Semoga apa yang Ida kongsikan ni memberi manfaat..

GOOD LUCK!
3:06:00 PM

6 KEBAIKAN CAMPURAN MADU DAN KULIT KAYU MANIS

by , in
Assalammualaikum..

Bila bercakap tentang kebaikan madu dan kulit kayu manis memang banyak khasiatnya kan. Mahupun dari segi kecantikan kulit ataupun kesihatan dalaman. Bagaimana pula jika dicampurkan kedua-duanya sekali?


6 KEBAIKAN CAMPURAN MADU DAN KULIT KAYU MANIS

1. Merawat jerawat di muka.

Ni korang buat sebelum tidur dengan campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis(serbuk la) dan tempek kat muka. Esok korang basuh dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 1 minggu.


2. Masalah keguguran rambut

Campurkan sesudu madu dan sesudu serbuk kayu manis. Sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sehingga bersih. Insyallah hasilnya rambut lebih kuat, bersinar dan berkilau.

3. Masalah penghadaman

Untuk melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh badan, ambil campuran dua sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

4. Sistem imunisasi


Ini kerana madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi. So amalkan pengambilan campuran ni setiap hari untuk tingkatkan daya imunisasi badan korang.

5. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan satu sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini setiap pagi. Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.


6. Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki, ambil dua sudu makan madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan sementara untuk wanita pula ambil ½ sudu makan serbuk kayu manis dicampurkan dalam satu sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

2:05:00 PM

MENANG PAPERBAG DARI SEGMEN BLOGWALKING DAYANG DENO

by , in
Assalammualaikum..

Alhamdullilah semalam Ida dah terima hadiah paperbag doodle zine dari Rizal Paperbag Head dalam Segmen Blogwalking Dayang Deno.


Sebenarnya agak terkesima tengok doodle yang dihasilkan. Sangat kreatif dan perlu ada daya imiganasi yang sangat tinggi. Respect la pada pelukis-pelukis ni. Ni semua sebab minat kan. Bila minat terhasil la seni yang begitu cantik.


Apa-apa pun Thankz.
10:39:00 PM

ABANG DENGAN ADIK SAMA JE

by , in
Assalammualaikum..

Alhamdullillah arini dah masuk 5 syaaban,dah tak lambat kita nak menyambut bulan Ramadhan pula. Kejap je masa berlalu. Dari menyambut Ramadhan dan Syawal sorangpastu berdua...dan sekarang berempat. Alhamdullilah..tahun depan berlima kot..hahahaha


Arini alhamdullilah semua kerja awal siap. Masak arini kul9.30pagi dah siap.heheheh. Siap boleh tido kejap sebelum si Aqil bangun.

Saja nak kongsikan si abang dengan adik ni. Sama je perangai. Si Aqil umur lum sampai 2tahun tapi dah ikut apa yang abang die buat. Sejak 2-3hari ni Asyraf selalu mengamuk bila tak dapat benda yang Ida tak bagi. Si adik tengok,die pun dah pandai buat bila tak dapat benda yang die nak. Aish risau dibuatnya..insyaallah takde pe2..

Apa yang abang die makan die pun nak makan. Comel je tengok dua-dua beradik ni dok diam-diam makan sambil tengok tv..hehehhe

beberapa hari lepas rebus jagung kat diorang. Si Asyraf memang suka jagung. Adik pun dah ikut.

gambar arini..makan tembikai dan cekodok pisang. Kemain berselera


Tengok anak-anak makan alhamdullilah syukur sangat dengan air tangan ni dapat masakkan untuk diorang. Sediakan makanan untuk diorang. Biasalah anak-anak nak membesar,banyaklah kerenah nye..banyakla cabarannye..kita kena sabar je..
3:05:00 PM

4 TIPS CANTIK SEPERTI ARTIS KOREA

by , in
Assalammualaikum...

Mungkin ramai di kalangan korang peminat citer korea kan dan juga peminat artis-artis korea ni. Pernah tak terfikir kenapa artis korea mempunyai kulit yang cantik? Contoh seperti Suzy,Song Ji Hyo,Ha Ji Won dan ramai lagi.



Ye ada kebanyakkan mereka memang melakukan pembedahan plastik. Mungkin ada part-part yang diorang tak suka. Tapi yang pasti apa yang mereka amalkan.


4 TIPS CANTIK SEPERTI ARTIS KOREA

1. Penggunaan produk kecantikan

Sememangnya produK diorang sangat popular di Korea mahupun di Malaysia kan. Semua orang nak cantik macam orang korea. Diorang amat mementingkan penggunaan BB Cream semasa keluar rumah untuk melindungi kulit mereka dari perubahan cuaca yang tak menentu. Penggunaan masker juga dilakukan setiap hari. Contoh produk Etude House,The Face Shop dab banyak lagi.

2. Air yang banyak
Salah satu tips untuk dapatkan kulit yang cantik ialah dengan minum air dengan banyak. Bukan air manis ye...air kosong atau air masak..Jarang kalau tengok citer korea diorang minum minuman karbonat atau manis ni.Paling tak pun kopi la kan.


3. Mata yang menawan.
Penggunaan eye liner juga amat penting untuk dapatkan mata yang menawan. Memandangkan mata diorang agak sepet macam Ida ni kan. So bila pakai eye liner nampak la besar skit kan..huhuhu. Diorang ni jarang pakai eyeshadow macam kita ni. Diorang nak nampakkan lebih natural beauty..perasan tak?


4. Rawatan wajah.
Kebanyakkan amalan yang diorang lakukan untuk kecantikan kulit semuanya dilakukan sendiri di rumah menggunakan bahan semulajadi. Diorang rajin nak buat masker atau skrub sendiri. Kalau kita ni senang je..beli je kat kedai yang tersedia ada yang semestinya ada sedikit bahan kimia.Malah mereka memakan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Juga melakukan pemeriksaan kulit pada setiap bulan. Korang ada ke buat?huhuhu

So kesimpulannya kan..

"Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat"
"Amalkan gaya hidup yang sihat"
9:19:00 AM

10 TIPS BERSIHKAN MUKA DENGAN BETUL,ELAK MUKA MACAM TANAH TERKUKUR

by , in
Assalammualaikum...

Penjagaan kulit muka yang sentiasa lembap dan segar semestinya sangat penting. Lebih-lebih bagi muka yang mempunyai masalah jerawat yang teruk. Bagi yang mempunyai masalah macamni sememang kena sentiasa berhati-hati terutama ketika membersihkan muka. Di sini Ida kongsikan 10 tips bersihkan muka dengan betul.



10 TIPS BERSIHKAN MUKA DENGAN BETUL

1. Pilih produk yang betul
Produk pastinya yang boleh menanggalkan kotoran dan memberikan kelembapan pada kulit bukannya memberikan rasa yang pedih pada kulit.


2. Jangan berlebih
Jangan terlalu kerap membersihkan muka. Cukup hanya 1-2 kali sehari sahaja. Ini kerana ia akan menganggu penghasilan minyak pada kulit yang sememangnya bagus untuk kulit. Terutamanya pembersihkan yang kerap pada waktu malam patut dielakkan.

3. Suhu air yang betul
Suhu air yang paling bagus adalah air suam. Ada orang cakap air panas untuk muka liang roma dan air sejuk untuk tutup semula. Tapi yang pasti air panas menyebabkan kulit lebih kering.

4. Skrub muka
Boleh nak skrub muka tapi janganlah terlalu kerap. Cukuplah 2-3 kali seminggu.

5. Bersihkan betul-betul
Pastikan korang bersihkan muka dengan bertul-betul bersih. Ada orang tu time bersihkan muka kemain cepat die tenyeh muka tu. Buatlan massage skit kat muka tu. Biar kena kat semua tempat termasuk bawah rahang,hidung dan garis rambut.


6. Jangan gosok dengan tuala.
Ni tidak selepas je cuci muka. Die gosok kemain muka tu dengan tuala. Sepatutunya lekapkan je kat muka tu. Jika tak ni memberikan kulit yang kurang elastik paling teruk kulit jadi kendur.

7. Pelembap
Jangan tangguhkan penggunaan pelembap selepas mencuci muka. Kalau boleh jangan lambatkan selepas membersihkan wajah.

8. Banyak produk
Elakkan menggunakan terlalu banyak produk. Pastikan ia selamat dan semualajadi yang memberikan kesan pada masa yang panjang seperti serum.

9. Elak takut minyak
Ramai yang tidak tahu produk yang berasakan minyak sangat bagus untuk kulit. Minyak dapat tanggalkan kotoran dengan berkesan Pilih produk yang ada campuran aprikot,bunga matahari dan biji anggur.

10. Produk semualajadi
Pastikan produk yang digunakan untuk bersihkan wajah adalah semualajadi. Elak dari yang ada bau pewarna atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Baca label dulu. Jangan main pilih je mentang-mentang murah kan.


PENCUCI MUKA SEMULAJADI DAN TAHAN LAMA



Ini salah satu produk pencuci muka yang berasaskan tumbuhan semulajadi dan tanpa bahan kimia dan pewangi/bau. Ia tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit. Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleaser

Kandungannya adalah :

- Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
- Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
- Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen

Tapi yang paling best ia sangat menjimatkan dan tahan lama. Letak skit je dah banyak buih dan tahan dalam masa 9 bulan-1 tahun. Berbaloi kan?



Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.
6:30:00 AM

GIRAFFE RACK UNTUK ANAK

by , in
Assalammualaikum...

Patutnya dah lama entry ni dipublish tapi asyik tertangguh je. Biasa la kadang-kadang datang la mood takde idea nak update blog. Aish...


Sebenarnya dah lama Ida nak belikan rak mainan untuk anak-anak. Memandangkan kemain bersepah mainan anak,bila nak buang yang rosak Asyraf siap cakap lagi..

" Mummy janganlan buang nanti mummy letak ubat k"

Aduh serba salah jadinya.


Ida ada masukkan list beli rak mainan anak dalam 1001 impian dalam buku. Dah lama Ida perhatikan rak mainan ni alhamdullilah minggu lepas akhirnya Ida berjaya membelinya..syukur sangat..



Asyraf pun suka sangat sebab memang dah lama tunjuk dekat die nak belikan. Lepas je pasang ni.Alhamdullilah die pandai simpan barang mainan die setiap kali selepas main.
Rak mainan Girrafe 12bin ni Ida beli dalam instagram @Mikababyshop dengan harga RM165 termasuk pos.

So apa yang Ida nak caka..apa yang korang impikan list kn tulis dalam buku. Insyaallah korang akan dapat nanti..

Followers