2:35:00 PM

UBAT SAKIT LUTUT,AYAH TAK LARAT NAIK TANGGA,MAK MENGADU LENGUH KAKI

by , in
Assalammualaikum...

Bukan sahaja anak-anak dan diri sendiri.Kita juga nak jaga kesihatan keluarga tersayang kan? Orang-orang tua selalunya akan sakit lutut,sakit sendi,kebas tangan dan banyak lagi. Mak ayah selalu merungut. "Tak larat la nak jalan jauh lama-lama. Kaki mak ni dah tak kuat". "Kaki mak ni asyik lenguh-lenguh je".




Minggu lepas ayah ada bagitahu yang die sakit lutut dan tanya supplement yang sesuai. So Ida pun poskan 1 Set Sendi Tulang untuk ayah.


Biasa la bila dah masuk umur 40-an ni mula badan-badan nak rasa sakit. Kalau mak mertua Ida sampaikan kebas tangan-tangan. Nak pegang cucu lama-lama pun dah tak boleh takut jatuh.

Selalunya bila sakit-sakit badan dan lutut ni akan ambil minyak panas dan sapu. Tapi sebenarnya minyak panas ni pun tak elok sebenarnya. Bila dah sapu,hilangla sekejap. Nanti sakitya datang balik.



Di mana kandunagn Advanced Joint Health Tablet ni membantu untuk keselesaan sendi dan Ostematix untuk tulang yang sihat dan kuat.


Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja from iReach HD on Vimeo.

So apa kata kita hadiahkan 1 Set Sendi Tulang ni untuk diorang. Ni sampaikan ada yang kena solat duduk atas kerusi. Mana tahu dengan pengambilan yang konsisten insyaallah dah boleh berdiri solat macam biasa.

Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.
11:24:00 PM

TIPS PEMILIHAN MAINAN ANAK-ANAK

by , in
Assalammualaikum..

Lepas dari mandi pantai semalam. Badan ni rasa penat dan mengantuk sangat. Asyraf pula demam dan batuk. Sampai muntah. So malam ni kena standby mata la nak tuam kepala Asyraf..padahal memang Ida selalu tidur lambat pun.hehehe. Jap lagi nak kena sapu garlic oil skit.



Entry ni saja nak kongsikan tips pemilihan mainan anak-anak. Kita nak bagi anak-anak bermain pun kena tengok jenis mainan samada sesuai atau tak dengan umur die. Takkan la nak bagi anak-anak kita yang umur 1 tahun tu maian benda-benda kecik kan. Dah la umur ni diorang memang jenis suka bawa masuk dalam mulut.

TIPS PEMILIHAN MAINAN ANAK-ANAK

Antara contoh mainan anak-anak untuk usia 6-12bulan 

1. Stacking rings



Mainan jenis ni akan menyusun dari saiz kecil hingga besar dengan warna yang berbeza. Mesti ada kan beli untuk anak? Ni untuk anak belajar memegang dengan betulmengenal warna dan saiz yang berbeza.

2. Shape sorting bus


Mainan jenis ni mempunyai pelbagai bentuk seperti bulat,bulan,bintang dan dimasukkan ke dalam objek untuk bentuk tersebut. 

3. Light and sound walker


Ada pelbagai bentuk alat permainan yang boleh membantu bayi belajar berjalan. Penggunaan baby walker adalah tidak disarankan oleh kebanyakan pakar pediatrik kerana sebenarnya ia langsung tidak membantu anak belajar berjalan.Dengan alat permainan ini, anak bukan hanya belajar berjalan tetapi juga menolak, duduk, membongkok dan melatih jari tangan untuk memutar dan memasukkan objek.

rujukan: Pama
2:24:00 PM

TESTIMONI GLA COMPLEX SHAKLEE,RAHSIA PARA WANITA SIHAT DAN CANTIK

by , in
Assalammualaikum...

Kecantikan seorang wanita bukan sahaja pada paras mukanya malah pada kesihatan dalaman die juga. Bila kesihatan seseorang itu sangat baik ni menunjukkan kecantikan wanita itu juga terserlah,betul tak?




Yelah kalau wanita itu jatuh sakit,badan penat,asyik nak marah je..mana la nak cantik kan?heheheh. Saja nak gurau..Entry kali ni Ida nak kongsikan beberapa testimoni GLA Complex yang menjadi rebutan para wanita.



Kebanyakkan orang tahu GLA Complex ni untuk masalah kesuburan atau period tak teratur kan. Selain itu ia juga membantu masalah kulit supaya lebih nampak glowing gitu.


KEBAIKAN GLA COMPLEX

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
  • Membantu menangani ekzema.
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkn immuniti badan.
  • Mempelahankn process penuaan.
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal kolesterol.
  • Bagus untuk saraf. 

TESTIMONI GLA COMPLEX SHAKLEE







Best kan? Bukan sahaja bagus untuk kesihatan dalaman seorang wanita malah membantu untuk mencantikkan kulit. So tak rugilah kalau kita membeli dan konsisten makan. Bagi yang dah berkahwin untuk suami juga kan?

Nak order? sila klik di sini


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.
11:35:00 PM

BERKELAH DI PANTAI CHENDOR

by , in
Assalammualaikum...

Harini en suami cuti sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Terengganu. So kawan-kawan suami ada plan nak buat bakar-bakar sambil berkelah di tepi pantai. Cadangnya nak ke Pantai Cherating tidur sana tapi semalama sampai hampir RM200 mcam tak berbaloi sebab kejap je. So kami berkelah di Pantai Chendor.



Dalam pukul8 pagi camtu kami bergerak ke Pantai Chendor,tak jauh pun dalam masa 15minit camtula kitorang dah sampai. Suami buat perapan ayam dari semalam.Ida pagi ni masah bihun goreng dan air kopi bawa untuk berkelah.


Asyraf la yang teruja dari semalam cakap nak mandi pantai. Kebetulan slah seorang budah keje suami tu sepupu kami sendiri. Die pun bawa anak-anak die.So Asyraf ada la kawan nak bermain. Tak ramai pun yang datang. Dalam 10 orang macam tu la. Yang lain kata nak join tapi tak datang pun.

makan aiskrim pun nak masuk dalam air. 

Sampai sana Asyraf dah terus main pantai dengan sepupu-sepupu die. Ida dengan Aqil dok atas tikar landing sambil makan sebab belum sempat sarapan.heheh. En suami dengan sepupu die siapkan arang nak bakar ayam.

Dalam 15minit camtu barula lagi 2 orang kawan die datang bawa juga beberapa makanan. Agak banyak juga la makanan untuk kami ni. Orang dewasa 6 orang je pun.hehehe. Tapi habis juga.

Kemain lagi suka Asyraf mandi sampai berbelang muka dengan badan die. Mana taknye main air sampai ke tenghari. Aqil mula-mula taknak tidur selepas menyusukan die. Last-last dah penat tidur juga la. Suami buatkan buai gantung kat pokok.


Habis mandi dah siap tukar-tukar baju,diorang makan lagi.hehehe. Sebelum mandi dah makan ni selepas mandi pula. Lapar la katakan. Rehat-rehat sekejap..santai-santai. Kami berkemas untuk balik.




si kecik baru bangun tidur dahaga sangat tu

Asyraf sampai selsema dan batuk mandi pantai arini. Tak boleh tahan berbelang badan die sebab mandi pakai singlet,nampak la bekas terbakarnye..huhuh. Takpelah..sekali sekala bukan selalupun. Lagipun air pantai ni bagus juga untuk kesihatan kan.

Balik rumah selepas mandi bilas badan tu. terus tidur kepenatan. Bangun tidur je Ida sakit kepala agaknya sebab musim panas ni.
2:47:00 PM

RESEPI AYAM MASAK MERAH

by , in
Assalammualaikum..

Kadang-kadang rasa penat jadi suriumah sepenuh masa ni. Ibaratkan kita ni kerja 24jam..mana seharian layan anak-anak..bisnes..dari pagi sampai malam tak henti-henti buat 
kerja..tapi semua tu jadi satu kepuasan sebabnya.....
  • Kita dapat jaga anak-anak depan mata sendiri
  • Kita dapat luangkan lebih banyak masa dengan anak-anak
  • Kita dapat masak hasil air tangan kita sendiri
  • Kita tahu jaga kesihatan keluarga kita sendiri
Membebel plak Ida ni..sebenarnya nak kongsikan resepi ayam masak merah yang Ida masak arini...heheheh


RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan :
  • bawang besar
  • bawang putih
  • halia
  • cili boh
  • air asam
  • gula
  • garam
Cara-cara

1. Masukkan ayam yang telah dibersihakan dalam kuali. Gaul dengan bahan-bahan kisar (bawang merah,bawang putih dan halia).

2. Buka api dan gaul hingga kering sedikit. Masukkan cili boh ikut citarasa kita nak pedas ke tak..

3. Masak sehingga garing. Tambah la berapa kali air pun. 

4. Masukkan gula dan garam Biarkan sampai garing.

5. Masukkan air asam.

6. Rasa dan bila dah nampak garing baru masukkan minyak.

7. Dah siap dimakan.

SELAMAT MENCUBA
12:46:00 AM

SYUKUR DENGAN REZEKI HARI INI

by , in
Assalammualaikum...

Agak lewat dan lambat arini Ida update blog. Biasa la..dah kalau pergi rumah mak mertua lambat la skit...balik nak tidurkan anak lagi. Nak settle kan dapur lagi...

Alhamdullillah setiap hari jumaat Ida akan buat speed sale baju kanak-kanak selama 1 jam sahaja. Harga biasa RM7 sehelai tapi bila time speed sale harga jadi RM5.50 sehelai...


Syukur alhamdullilah dengan rezeki arini...lebih dari 30helai baju dah terjual. Syukur sangat dapat sambutan...ni Ida buat jual beli di dalam group whatsapp sahaja..ada buka dalam facebook juga tapi maybe ramai yang tak berkesempatan. Dalam whatsapp lagi cepat...

Dah siap packing untuk di pos minggu depan. Esok nak update stok baru lagi...

Tinggal lagi beberapa hari sebelum tamat promosi Shaklee bulan ni...korang jangan lepaskan ye...rugi...bila dah jadi ahli lagi berbaloi...

3:27:00 PM

6 TIPS HILANGKAN SELULIT,ELAK KULIT NAMPAK MACAM PETA ASIA,APA NAK BUAT?

by , in
Assalammualaikum..

Selulit ni bukan sahaja berlaku pada orang yang berisi tapi orang kurus pun boleh ada. Bukan mudah nak hilangkan selulit ni kerana ia merupakan penimbunan lemak di bahagian dalam lapisan kulit di atas otot yang berwarna putih.



Selulit ni selalunya berlaku pada ibu mengandung. Ni kerana regangan kulit berlaku sebab anak di dalam perut semakin membesar. Selain itu ia disebabkan oleh gaya pemakanan,gaya hidup tak sihat,pakaian dalam terlalu ketat dan penurunan berat badan yang terlalu drastik.


6 TIPS HILANGKAN SELULIT

1. Elakkan minuman kafein kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi kering.

2. Sapu dengan minyak kelapa dara (VCOA).

3. Rajin bersenam. Melakukan senaman di bahagian-bahagian tertentu boleh mengurangkan masalah selulit.

4. Sapu dengan losyen atau pelembap kulit. Sapu selepas mandi sebab time ni pori-pori kulit akan terbuka so penyerapan akan lebih berkesan

5. Pemakanan yang seimbang. Banyakkan makan buah-buahan yang membantu kurangkan masalah selulit seperti bluberry,betik,lemon dan nenas. Malah makan sayur-sayuran yang mengandungi serat yang tinggi.

6. Scrub kopi. Ni Ida pernah bagitahu entry lepas selain membantu mencantikkan kulit dan kurangkan jerawat ia juga membantu untuk hilangkan selulit. Sila klik di sini



sumber: http://www.wom.my/



Mana la boleh tahan tengok kulit dah macam peta asia. Malu rasa nak tunjuk kat suami. Tak boleh jalan dengan cara tradisional kita buat cara moden. Apa susah zaman sekarang ni semua ada..

Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com


*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.
11:34:00 PM

NAMPAK MACAM KEMBAR

by , in
Assalammualaikum...

Cakap pasal kembar je sapa la yang tak suka dapat anak kembar kan? Sekaligus 2 orang...senang citer..hehhehe..tapi ni bukan psal kembar lahir waktu yang sama..abang dan adik dah nampak cam kembar plak.

gambar masa kecik

Kalau perasan selalu Ida tengok kalau dekat mall. Satu family sume akan pakai baju warna yang sama dari ayah hingga anak. Tapi Ida tak...pakat pakai baju lain-lain warna.hehehe. Suami Ida ada bagitahu kawan die kalau pergi berjalan baju sume warna sama. Bagi Ida perlu ke?hhuhuh..

Sejak Ida jual baju kanak-kanak ni,setiap kali stok sampai. Ambil la sehelai sorang baju sama untuk Asyraf dan Aqil. Tambah Asyraf la..baju dah banyak tak muat kena beli baju baru. Suka plak tengok diorang pakai baju sama. Dah nampak cam kembar.




Mana tahu ada rezeki anak kembar sebab sepupu suami ada yang kembar...teettt..hahahahha

11:52:00 PM

7 TIPS REDAKAN DEMAM DAN SELSEMA ANAK TANPA UBAT DENGAN CEPAT

by , in
Asalammualaikum...

Bila anak-anak mula demam dan selsema hati ibu mana la nak senang. Nak buat kerja pun susah hati sebab anak asyik merengek je. Bila check suhu badan plak melebih 37'c. Aish...tak boleh jadi ni. Mesti kelam-kabut nak bawa pergi ke klinik ambil ubat. Ada tu sampai 2-3 klinik pergi amik ubat masih belum sembuh jugak.



Alhamdullilah anak-anak Ida susah nak jatuh sakit. Dalam masa 1 tahun tu boleh kira la dalam 2-3 kali je die akan demam,selsema atau batuk. Dan selalunya memang tak lama. Ida pula jenis kurang bagi ubat-ubat ni kalau anak jatuh sakit kalau teruk sangat bagi juga tu pun kadang-kadang je.Kali ni Ida akan kongsikan 7 tips redakan demam dan selsema anak tanpa ubat dengan cepat dari pengalama Ida sendiri.

7 TIPS REDAKAN DEMAM DAN SELSEMA ANAK TANPA UBAT DENGAN CEPAT

1. Jangan pakaikan baju mahupun selimutkan anak. 

Biarkan badan die terdedah dengan persekitaran supaya haba panas badan cepat sejuk. Kalau yang kecik bagi pakai pampers je.

2. Kerapkan mandi

Biar die kerap mandi. Setiap kali kita nak tukar lampin atau die nak ke tandas ke. Tak nyah mandi lama-lama pun asalkan bagi sejuk badan tu. Biar die rasa selesa

3. Sedut selsema

Yang ni jarang ibu bapa yang nak buat. Katanya geli. Ida memang akan sedut selsema anak sejak die dari kecik lagi kalau selsema. Mesti ada yang tanya "rasa apa". Mesti la rasa masin-masin skit..hehehe..

4. Banyakkan minum air

Pastikan die minum air dengan banyak supaya badan tak terhidrat nanti.

5. Sapukan dengan minyak bawang putih

Ini Ida suka letak setiap kali die demam,batuk atau selsema. Kalau hidung die berair tu..letak je time die tidur malam tu kat tapak kaki,dada,belakang badan dan skit kat hidung. Esok tu memang dah tak berair hidung tu. Nak tahu buat macam mana,klik kat sini

6. Check suhu badan

Pastikan korang sentiasa check suhu badan anak. Kalau dah lebih dari 38'C cepat-cepat la bawa ke klinik k..

7. Tuam dengan air ais

Ida kalau anak-anak demam memang akan tuam dengan air ais. Letak air ketul tu. Tambah ais skit..tuam la kepala dan badan die. Tapi ada kelainan skit Ida suka tambahkan beberapa titis Basic H Shaklee. Memang setiap kali Ida letak dan tuam. Memang panas badan die cepat hilang.

Ni antara tips redakan demam dan selsema anak tanpa ubat dengan cepat. Alhamdullilah..ida akan buat semua ni kalau diorang jatuh sakit...dalam masa 3-4hari je dah sembuh. Ni tanpa bagi makan ubat demam kat klinik. Kalau nampak teruk,suhu tinggi baru bagi makan ubat. Tu pun 2-3kali je. Ida lebih suka buat secara natural. Dan alhamdullillah diorang aktif je macam biasa takde la nampak menempek penat kat atas sofa.


Tips yang Ida bagi ni bila anak start demam dan selsema tau. Kalau nampak anak tak larat sangat,nampak teruk bawa g klinik..jangan biarkan k...

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.



11:13:00 PM

Giveaway 1st Luarteko.Blogspot.com

by , in
3:29:00 PM

10 MAKANAN UNTUK AWET MUDA

by , in
Assalammualaikum...

Semua orang nak nampak awet muda. Sapa yang taknak kan? Dah banya produk sekarang ni yang mudah kita beli untuk kelihatan sentiasa muda. Mahupun dari segi makanan tambahan mahupun produk skincare. Apa kata kali ni kita cakap pasal 10 makanan untuk jadi awet muda.




10 MAKANAN UNTUK AWET MUDA

1. Lobak merah (beta karotena) - melindungi kulit dari sinar UV/matahari.

2. Lada Benggala (beta karoteba dan vitamin C) - membentuk kolagen untuk anjalkan kulit.

3. Strawberi (vitamin C dan asid elargik) - mengurangkan kerosakan DNA yang akan membentuk kedutan.

4. Anggur (anthocyanins ) - mencegah dari pembekuan darah,membentuk kolagen dan melancarkan salur darah.

5. Bawang besar (flavonoids dan diallyl sulfide) - sebagai antioksidan pelindung DNA, antiradangan dan alergi.

6. Avocado (vitamin E) - menentang radikal bebas dan merangsang pembentukan sel kulit baru, serta menguatkan
rangkaian kolagen dan membantu mengurangkan risiko terkena kanser kulit.

7. Minyak zaitun (extra virgin oil)-(asid oleik) bertindak sebagai antiradangan, menjaga keanjalan kulit (terutama bagi kulit yang kering)

8. Ikan protein organik dan Omega 3 - mengekalkan kekuatan otot yang berfungsi menjaga keanjalan kulit. Omega 3 juga berfungsi pada masalah radang kulit.

9. Epal (flavonoid) - sebagai antioksidan, melindungi tubuh dari kanser paru-paru dan usus. Zat tersebut juga
juga dapat melawan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.

10. Kentang (mineral natrium dengan kadar alkali tinggi) - ia membantu memperbaiki aktiviti hati sehingga rangkaian menjadi anjal dan otot lentur.

Best kan? So apa lagi..kita jom makan...!!



6:36:00 AM

KEJAP JE MASA BERLALU

by , in
Assalammualaikum...

Alhamdullillah...segar bugar bangun pagi ni syukur masih dapat bernafas lagi sehingga hari ini. Dan juga masih ada kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menaip entry ni...


Kejap je masa dah berlalu..dah masuk bulan Rejab dan tak lama lagi kita akan berpuasa. Baju raya dah dihantar ke tukang jahit.heheheh..terlebih awal. Tema tahun ni pun dah ada.huhuu..tu rahsia..tunggu raya nanti baru kita tayangkan.

Syukur alhamdullillah masih dimurahkan rezeki. Sekarang ni ada perancangan nak beli rumah. Rumah sepupu en hubby..tengah difikirkan lagi tapi insyaallah semua dipermudahkan oleh-Nya

Cakap psal nak masuk bulan puasa ni..korang dah habis ganti pose lum? Ida rasa ada tertinggal sehari..nak kena ganti la minggu depan..stok ESP Shaklee untuk bulan puasa nanti dah ada..supaya sentiasa bertenaga even mesti akan rasa penat dan lapar melayan anak-anak yang semakin membesar...


Anyway...GOOD MORNING...HAVE A NICE DAY!!
2:33:00 PM

10 TANDA ANAK CUKUP GIZI,LEMAH TAK BERTENAGA MAKAN PUN TAKNAK,BAHAYA KE?

by , in
Assalammualaikum...

Kita sebagai ibu bapa semestinya nak yang terbaik untuk anak-anak. Sistem imuniti anak-anak masih rendah dan tak kuat seperti kita. Setiap perkembangan dan tumbesarannya amat kita titikberatkan. Apakah tanda anak cukup gizi?




Anak-anak ni umpama permata yang tinggi nilainya. Tak sanggup rasanya untuk biarkan mereka begitu sahaja apatah lagi hanya perhatikan dengan diam seribu bahasa. Anak merupakan waris generasi kita untuk masa akan datang.



Perkara biasa selalu berlaku pada anak-anak kurang selera makan,makan cerewet,susah nak naik berat badan,anak sembelit dan banyak lagi.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

10 TANDA ANAK CUKUP GIZI

1. Bertambah umur,bertambah tinggi dan bertambah berat.

Mereka perlukan nutrisi yang selengkapnya untuk tumbesaran mereka. Contohnya cukup karbohidrat,protein,lemak,zink,kalsium,vitamin D dan banyak lagi. Perubahan ini boleh korang tengok dalam buku draft kesihatan anak-anak yang korang check setiap bulan kat klinik kesihatan tu.

2. Postur badan yang kuat dan otot padat.

Selalu orang tua suka pegang tubuh anak dan cakap "lembik je isi ni cukup makan tak". Pernah tak alami? Jika ia ini anak korang kekurangan vitamin D dan kalsium. Ini boleh didapati dalam ikan,brokoli dan produk tenusu.

3. Rambut hitam bersinar dan kuat.

Jika anak kekurangan zinc,protein, vitamin D dan vitamin C ni menyebabkan rambut akan mudah gugur,putus,kusam dan nipis. Khasiat ni boleh dapat dalam daging,telur,kekacang dan lain-lain.

4. Kuku sihat,bersih,kulit tak kering dan bersisik.

Kekuatan kuku juga sangat penting. Kalau ada alami masalah kuku ni bermakna anak kekurangan vitamin A,C dan vitamin E. Vitamin ni ada dalam ikan,kuning telur,sayur-sayuran dan buah-buahan.

5. Bibir yang kemerahan,segar dan wajah ceria.

Kesihatan baik anak-anak boleh dilihat pada raut wajahnya. Jika ia mendapat nutrisi yang secukupnya ia agak kurang nak marah walaupun ada juga mengamuk kadang-kadang tu perkara normal la budak-budak. Anak yang bibirnya pecah bermakna kekurangan vitamin E dan zinc.

6. Gigi bersih dan kuat,gusi merah

Gusi sihat adalah berwarna kemerahan bukan berwarna putih. Berikan zat cukup untuk kesihatan gusi mereka contoh asid folik,riboflavin dan vitamin B12.

7. Makan berselera

Anak yang kurang selera makan akan memberi kesan dengan berat badannya yang tak naik atau susah nak naik. Ini disebabkan ia kurang makan. Kurang selera makan menyebabkan mudah jatuh sakit dan emosi juga akan terganggu. Anak-anak mestilah cukup mineral,zinc,kalsium dan lain-lain. Lebih-lebih lagi anak yang tak suka makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini mesti dititikberatkan sebab ia sangat penting.

8. Aktif selaras dengan umurnya

Kalau korang perasan masa checkup anak setiap bulan dekat klinik kesihatan,nurse mesti tanya "anak dan pandai buat apa"?. Ini kerana jika anak mendapat gizi yang secukupnya,anak akan aktif selaras dengan umurnya. Contoh umur 1tahun sudah boleh berjalan.

9. Penuh bertenaga.

Bila anak cukup gizi badan akan sihat dan tenaga juga cukup tinggi untuk melakukan aktiviti harian. No wonder anak-anak begitu bertenaga sedangkan kita dan penat melayan die..hehehehe. Pemberian omeg-3 juga penting untuk tenaga anak-anak.

10. Tidur nyenyak

Tidur yang nyenyak dan secukupnya juga sangat bagus untuk anak-anak. Ini menunjukkan mereka mendapat nutrisi yang secukupnya.

Semoga apa yang Ida kongsikan ni boleh memberi manfaat bersama. Ida juga seperti ibu-ibu lain sentiasa pentingkan kesihatan anak-anak. Even Asyraf sendiri ada masalah bibir kering.Alhamdullilah dah kurang sejak berikan Mealshakes kat die. Mak mertua kata maybe faktor keturunan sebab Ida sendiri memang ada masalah bibir kering.





Hope kita akan jadi akan lebih titikberatkan kesihatan anak-anak. Biarlah melabur sedikit wang untuk perkembangan tumbesarannya. Takkan kita sanggup tengok anak kerap sangat jatuh sakit dan kurang aktif kan?

Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.
2:17:00 PM

KEPANASAN

by , in
Assalammualaikum...

Ntah apa-apa la kan tajun entry Ida hari ini. Sebenarnya nak mengadu dengan musim panas sekarang ni..bukan nak kata la ni semua kehendak-Nya..tapi memang rasa agak tak selesa.



Siang jangan kata apa la..kadang-kadang buka aircond jugak. Ni sampaikan baru lepas mandi pun badan rasa melekit..tak selesa. Dinding rumah pun panas.

Malam memang buka aircond tapi set time dalam pukul4 pagi dah tutup. Itu pun masih panas lagi. Kalau boleh anak-anak taknak bagi pakai baju malam-malam..takpun bagi pakai seluar pendek je. Bahang die..kipas pun tak berasa sangat.

So dengan musim sekarang ni..Ida nasihatkan banyakkan minum air.

Followers