TIPS URUSKAN BISNES ONLINE SAMBIL JAGA ANAK,ITU BUKAN ALASAN

12:04:00 AM

Assalammualaikum...

Bagi orang macam kita ni yang ade bisnes online semestinya gadjet memang penting. Laptop,handphone mahupun tablet..Tapi sering kali kerja kita tergendala sebab anak-anak suka main gadjet kita. 




Kalau dah semua gadjet kita anak-anak kacau so macam mana nak uruskan bisnes online kita kan? Ada tu sampaikan suruh anak tidur awal so kita boleh uruskan order kita pada waktu malam. Kalau waktu siang jenuh berebut dengan anak-anak.

Selepas Ida tengok video ni Ida sokong 100% apa yang Puan Lyna Noh ni cakap


Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online from iReach HD on Vimeo.




3 TIPS MENDIDIK ANAK GUNA GADJET

1. Kurangkan bermain gadjet/smartphone depan anak-anak

Ni tak..kalau boleh 24jam nak mengadap handphone tu. Belum lagi kalau bercakap-cakap dengan lama dalam telefon. (terasa diri ni dok layan whatsapp tapi bukan 24jam la sebab tunggu handphone charge..heheheh).

Kalau si ayahnye pula,balik kerja terbaring depan tv tapi tangan pegang handphone. Anak-anak pula sekeliling nak main sama-sama,ayah buat tak tahu je. Siap marah anak sebab kacau die merehat.

2. Tetapkan syarat jika anak nak bermain gadjet

  • Tetapkan masa. Jangan bagi anak bermain gadjet lebih dari 2 jam setiap hari. Kalau anak-anak kecil tu,jangan bagi die terlalu leka tengok tanpa sebarang gerakan. nanti boleh rosakkan otak dan mata.
  • Jangan bagi main selagi tak siap kerja sekolah
  • Takboleh main gadjet semasa makan di meja makan
  • Jangan gune gadjet semasa berkumpul 1 keluarga
  • Letak password dan simpan selepas anak guna
3. Tetapkan aplikasi yang digunakan

Kalau boleh perhatikan apa yang anak kita buat. Kalau boleh lock atau buang aplikasi tak berkenanan buatlah supaya anak-anak tak cenderung pada benda negatif


Tapi bagi Ida yang paling penting bak kata Puan Lyna. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan atau halangan. Jadikan mereka sebagai kekuatan dan semangat kita nak berjaya. Jangan sesekali leka atau menghiraukan mereka. Jangan buat seperti anak ni disisihkan.

Akhir kata dari Ida. Semoga semua ibu atau ayah yang menjalankan bisnes online akan terus berjaya dan membina syarikat atau nama sendiri. Niat dalam hati tu nak membantu lebih ramai orang agar kita dapat ganjaran di dunia dan di akhirat.Amin

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.





You Might Also Like

4 comments

  1. tips yang sangat berguna ni bagi yang sudah berkahwin dan mempunyai anak dalam masa sama ada buat kerja secara online :)

    ReplyDelete
  2. ehehehe ada yg kasi gadjet untuk anak diam.. bleh kasi tp
    kena ada time.. kena strict..

    ReplyDelete
  3. nice sharing. kat rumah memang tak bagi anak-anak main hp bagai. Just bagi dia on laptop, main game/ tengok cartoon sejam dua je sehari. :)

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)