SEHARIAN DI KUANTAN

3:34:00 PM

Assalammualaikum....

Semalam 1 hari Ida tak update blog sebab seharian Ida ada kat Kuantan. Saja jalan-jalan cari baju nak dinner masa family day minggu depan. Tema merah hitam. Baju Ida susah nak cari sebab nak cari jubah nursing. Memang banyak dalam online tak kebanyakkan tak kena kain die dengan Ida. Nak order kat Zunatotes tapi tak sempat rasanya baju nak siap. Tnggu raya nanti la..hehehhe


Semalam kitorang bertolak kul9pagi camtu la. Sampai dalam kul10.30. Kami ke East Coast Mall(ECM). Tempat biasa kalau kitorang ke Kuantan. Jarang la nak g kadang 4-5bulan sekali. Thatway kalau g sana memang seharian la.heheheh

Sampai je sana mall baru buka suami pula lapar sebab die tak sarapan. Yelah pas subuh die tdo,bangun dah nak g Kuantan. So kami makan di Chicken Rice Shop. Anak-anak pun lapar sebab tdur dalam kereta. Bagus la dah tidur siap2 bagi rehat kalau tak nanti sampai mall je wat peel. Biasala kalau budak ngantok kan.



budak kecik yang dah kenyang.heheheh

Pas habis makan,kitorang pusing-pusing la cari baju kemeja suami. Kejap masuk kedai tu kedai ni. Baju ada yang berkenan saiz plak takde.Dah pusing-pusing masuk Zohor.So pergi la solat dulu,susukan Aqil dalam surau. Pastu en hubby tinggalkan kami dekat bahagian main kanak-kanak.So suami boleh rehat sekejap dan solat,Ida temankan anak-anak main dalam tu.



Dah habis main,kitorang pusing lagi. Masuk Parkson la,Toy'us la..heheh. Last-last Ida cakap Ida lapar,fikir just nak makan snek je macam popia crispy tu sekali suami ajak masuk Sushi King..melantak lagi sushi dalam tu..hahahaha



Dah habis makan,suami kata last nak masuk Parkson cari baju. Dapatla juga sehelai kemeja hitam putih sebab mula-mula cari warna merah tapi takde. Dah dapat singgah Big Apple beli untuk bawa balik.

Ida kalau berjalan cmni la...makan...makan...makan...hahaha. Badan tak naik jugak. Tapi suami kata xpe la.bukan selalu..kang dah balik Kemaman tak jumpe sushi-sushi ni.Pastu berjalan g plak makan aiskrim Basket Robbin..heheh


bagi dua-dua dok dalam tu...dah penat sangat berjalan.heheheh

Sebelum balik singgah kat pasar malam beli selipar Aqil. Selipar biasa-biasa je...

Singgah sembahyang Magrib dan Isyak kat petronas pastu balik rumah dah sampau kul10..kepenatan seharian kat Kuantan..huhuuh

Tak pelah asalkan anak-anak semua happy walaupun badan kepenatan. Ank-anak bangun lambat arini Ida sempat siap masak lagi.hehehhe

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)