FAMILY DAY HHA ASSOCIATES DI GAMBANG WATERPART RESORT-PART 2

10:40:00 PM

Assalammualaikum...

Kali ni Ida akan ceritakan sambungan pasal Family Day aritu. Kalau yang masih belum baca Part 1 boleh klik di link bawah nanti ye..



siapkan anak-anak dulu sebelum turun breakfast

Hari kedua kami mengadakan sedikit sukaneka di padang berhadapan dengan hotel. Sebelah padang kuda. So awal pagi kami semua breakfast dulu dekat cafe hotel. Alhamdullilah makanan disediakan semuanya sedap. Selepas selesai mengisi perut,semua orang bergerak ke padang sukan. Di sana para pekerja hotel dah sediakan game utk kitorang.





Mula-mula kitorang warm up dulu. Kaum ibu ada yang join ada yang stay dengan anak-anak. Anak-anak yang lain awal-awal lagi nak main termasuk Asyraf. Mummy die panggil pun dah taknak dengar.huhuhuhu.



Aqil pun meneroka 1 padang..habis semua benda nak kutip,dah la suka kutip bawa masuk mulut..huhuhu.Banyak aktiviti yang dijalankan bawa bola pingpong dengan sudu,lompat guni ni game utk anak-anak la. Orang dewasa game berlari pasangan dengan kaki terikat,tarik tali. Sukan biasa la yang selalu dimainkan.


Kumpulan dibahagikan pada 4warna tapi tak tahu sapa juara sebab masa tu Ida ada dalam hotel basuh berak Aqil.heheh. Yang Ida tahu warna merah dapat no 3.Kumpulan Ida(merah) dapat banyak hamper juga la.Dalam 7hamper..so Ida dapatlan 1 hamper bawa balik rumah.



Dah selesai sukaneka kami tangkap gambar beramai-ramai. Masing-masing semua dah gerak masuk bilik untuk berkemas checkpout kul1 tapi sebelum balik kami makan tengahari dulu kat cafe.

Selepas makan ada beberapa family cadang nak ke Zoo Gambang. Ida boleh katakan safari so sapa yang bawa anak kecil sila bawa stroller.atau baby carrier. Jangan pakai kasut heels dan bawa air sebab korang memang akan rasa penat. Nasib baik Ida bawa baby carrier Aqil dari start masuk sampai nak setengah jalan nak balik tidur je dalam gendongan mummy die.heheheh



Bayaran masuk dewasa RM38 dan RM18 untuk kanak-kanak yang melebihi 90cm. Bawah 90cm free ye..So kami naik ke atas dengan menaiki bas safari. Sampai atas je kami dikenakan caj RM1 utk setaip orang untuk bas masuk ke safari. Time ni semua tingkap akan dimintak jangan buka sebab kami akan ke kawasan hutan sebenar. Semua binatang dok bersebelahan je takut nanti kena terpa.




harimau ni betul2 sebelah bas kami je

ni la lembu dari Holand yang hasilkan susu seperti Dutchlady

Bagi Ida best pengalaman kat sini. Boleh tengok binatang dengan dekat walaupun dihalang dengan tingkap berkaca. Giler ko kalau buka. Sebab ada perasan 1 bas safari tu dah pecah tingkapnya agaknye kena terpa dengan harimau ke apa. Tapi agak bersesak sikit la sebab ramai orang dalam bas. Aircond pun tak berasa,anak-anak kena pegang sebab takut jatuh.Jalan die berbatu-batu dan berbukit.




Dah habis masuk jungle kami just walk pusing-pusing kawasan lain. Ni semua dalam bekas kaca la dan kandang.Nak tengok singa putih tapi dah tak larat. Bangunan die besar,jenuh nak pusing. Sapa rajin boleh la..

Paling best Iguana,cicak tanah semua bersebelah je siap boleh pegang. Ada warning this animal can bite,be careful..nasib baik kitorang jalan binatang tu wat tak tahu je.heheheheh


Pastu kitorang tengok pertunjukkan binatang,tak sempat tengok dari mula tapi boleh la kan dapat bergambar.Dari lepas zohor sampai hampir kul6 kami pusing.Lama kan.Kepenatan dan sakit kaki sebab jalan berbukit,silap Ida pakai kasut heels plak..tak ingat nak tukar.





Tapi xpelah sakit-sakit badan pun best tengok anak-anak suka sangat. Siap balik rumah citer balik apa yang die nampak.hehehe..




So sapa yang nak ke Gambang Waterpark tu jangan lupa masuk safari die sekali.Memang agak mahal tapi berbaloi.

Hope korang happy bercuti kat sana nanti..


You Might Also Like

4 comments

  1. Seronoknya dapat habiskan cuti sekolah jenjalan gini

    ReplyDelete
  2. happening sungguh nampak pic tu... terbayang kegembiraan disetiap wajah :)

    ReplyDelete
  3. Teringin jugak nak join family day ni.Tapi family kitew kecik jer...
    So kitew buat family kampung day jer haha

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)