KITA DAPAT TAPI BUKAN REZEKI KITA

Assalammualaikum..

Kenapa Ida katakan kita dapat tapi bukan rezeki kita?




Bila cakap psal rezeki semestinya kita nak dapatkan rezeki yang halal dari sumber yang halal,usaha yang halal...sebab apa rezeki yang kita akan makan akan masuk ke dalam saluran darah kita. Takkan kita nak yang masuk dalam darah kita benda yang haram kan?


Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib? from iReach HD on Vimeo.

Sebab itu Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 57: "Makanlah daripada makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu..." Allah menyuruh kita menari rezeki yang halal lagi baik kerana ia menghasilkan pahala. Manakala, tugas Syaitan ialah menghasut kita supaya mencari rezeki yang tidak baik ataupun haram.

Sheikh Mutawalli Sya'rawi menambah lagi, "apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya (walaupun ianya milik kita), itu bermakna ianya bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain"


Malah salah satu untuk banyakkan rezeki kita adalah dengan bersedekah. Sebab apa? 

Contoh kalau kita pergi makan beli nasi ayam. Masa tu memang kita lapar sangat tapi baru je nak makan kita ternampak seorang pemintak sedekah yang sedang kelaparan. Kita pun berikan nasi ayam yang baru kita nak makan dekat die. Alhamdullilah nasi ayam tu rezeki die dan kita pun menunggu nasi ayam yang baru walaupun masa tu sangat lapar.



Contoh lain kalau kita dapat gaji. Dah bayar semua sewa rumah dan semua bil. Lebih la dalam RM100. Tapi dalam RM100 tu kita beli nasi lemak dari mak cik penjual untuk makan dengan kawan-kawan sepejabat. Dah tu rezeki mak cik tu dan kawan-kawan korang.

Jadi jangan sombong dengan apa yang kita dapat kerana tak semestinya semua yang kita dapat tu milik kita...

Post a Comment

2 Comments

  1. kadang2 sumber tu halal tapi cara membuatkan rezeki yang kita dapat mungkin jadi hilang keberkatan @ jadi haram

    ReplyDelete
  2. betul tu.. dalam spinggan nasi belum tentu semua tu masuk perut kita.. tah skit kasi kucing.. share2 hihi..

    ReplyDelete