11:38:00 PM

9 CARA MELANCARKAN HAID ELAK NAIK EMO DEPAN SUAMI DAN ANAK-ANAK,BACA SINI

by , in
Assalammualaikum..

Perempuan setiap kali datang bulan je nak emo,time emo je datang bulan.hehehhe. Tapi perkara utama seringkali berlaku pada wanita ialah period yang tak teratur. Apa cara untuk melancarkan haid ni?

Seriusly takkan la sebab period kita tak teratur setiap bulan kita nak jadi emo je kan. Kalau tak suami takkan dekat anak-anak kita pun nak jadi emo. Kesian anak-anak tak tahu apa-apa.



Bila haid tak teratur mulala mak dara ni nak naik angin,marah tak tentu pasal sampaikan suami pun naik pening kepala. Ni kata Kak Ija Ramli yang sentiasa emo sebab masalah period tak teratur ni.


Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.

Haid ni dipengaruhi oleh hormon progesteron dan esteron untuk melancarkan jika tak ia boleh mendatangkan bahaya kepada kita sebagai kaum wanita terutama bagi pasangan yang dah berkahwin. Kita kaum wanita ni amat menitikberat bab kesihatan terutama kesihatan rahim kita kan?




Kitaran hadi normal datang dalam 5-7hari iaitu akan dalam fasa ovulasi dalam 25-40hari. Gaya hidup tak sihat,merokok,pemakanan yan tak seimbanga,alkohol,senaman berlebihan dan ubat-ubatan semua ni menganggu melancarkan haid supaya teratur.

9 CARA MELANCARKAN HAID MELALUI PEMAKANAN


1. Sayur berdaun hijau-sihat dan bergizi yang bagus untuk lancarkan haid. Contoh seperti bayam,asparagus dan brokoli.

2. Salmon-kalsium dan vitamin D yang sememangnya bagus untuk kuatkan tulang dan stabilkan hormon.

3. Ikan dan minyak ikan - lemak omega 3 dan merkuri yang bai untuk tubuh. Di mana ia melindungi pembuluh darah di ovarium dari kerosakan semasa menstruasi.

4. Almond - bagus untuk melancarkan period kerana kaya dengan serat dan protein yang seimbangkan hormon.

6. Bijan- lancarkan siklus mentruasi tapi jangan ambil berlebihan sebab boleh meningkatkan suhu tubuh.

7. Yogult - kaya dengan kalsium dan protein

8. Susu - zat yang cukup untuk pemakanan dn lancarkan mentruasi.

9. Telur - telur rebus kaya dengan protein,kalsium dan vitamin yang dapat mengatasi masalah period tak teratur.

10. Air kelapa hijau yang dicampur dengan gula merah dapat melancarkan haid dengan minum pagi dan malam. 

Ni saja yang Ida nak kongsikan. Insyaallah sama-sama dapat manfaat darinya. Sama-sama kita jaga kesihatan rahim kita kan?

Bagi yang ada masalah kitaran haid tak teratur,boleh makan GLA Complex, boleh klik di sini

Nak order jangan malu jangan segan bisik-bisik harga dengan Ida k...

Nak order? sila klik di sini




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.
11:11:00 PM

Pencarian Bloglist 2015 By BBL - April, Mei & Jun

by , in
Assalamualaikum & hello there,



BBL sedang mencari 20 blog untuk mengisi slot MY bloglist baru 2015. Tujuan nak masukkan blog korang dalam MY bloglist untuk memudahkan BBL blogwalking & menabung tabung Nuffnang korang tu. Jika blog korang best & awesome, BBL akan masukkan blog korang dalam permanent bloglist blogger kacak & cantik.

- SYARAT-SYARATNYA -

1. Follow blog budakbandunglaici.blogspot.com
Add To Circles Google + Marou Apple Hijau & Budakbandunglaici.blogspot.com

2. Buat satu entri bertajuk Pencarian Bloglist 2015 By BBL  - April, Mei & Jun
3. Copy link di sediakan & paste ke dalam ruangan HTML & publish entri.
4. Tinggalkan URL ENTRI korang di kotak komen bawah ini
5. Pemilihan berdasarkan random.org
6. Pencarian ini akan TAMAT 8 Januari 2015 &
blogger yang berjaya akan di umunkan pada 10 Januari 2015

** jika jumlah peserta kurang dari 20 blogger, semua peserta secara outomatik akan
termasuk dalam list MY Bloglist. Jika lebih dari 20 blogger, pemilihan akan dibuat dengan bantuan random.org.

BBL akan sentiasa update senarai peserta blogger  di bawah ini.


Apa tunggu lagi, cepat submit entri korang untuk pencarian bloglist ni.

Maklumat lanjut boleh klik - Pencarian Bloglist 2015 By BBL
3:34:00 PM

ANAK SEMBELIT TERUK SAMPAI MERAH MUKA MENERAN,AYAH KENA KOREK NAJIS ANAK

by , in
Assalammualaikum...

Salah satu masalah yang sering kali berlaku pada anak-anak adalah masalah anak sembelit teruk. Sembelit ni jarang berlaku pada anak yang kecil atau menyusu badan. Selalunya berlaku pada anak-anak yang dah start makan makanan pepejal atau minum susu formula. Macam-macam ragam kalau tengok anak yang sembelit teruk ni.




Ada yang akan duduk di satu sudut kecil kat rumah untuk meneran. Ada yang duduk dalam tandas berjam lamanya. Ada yang menangis sebab sakit najis tak boleh keluar.Paling pening ibu bapa la nak cari jalan penyelesaian selesaikan masalah anak sembelit teruk ni.




Paling teruk sampaikan si suami akak ni bila anak nak berak je dah siapkan sarung tangan nak korek najis anak die sebab tak boleh keluar. Perubahan paling ketara pada tumbesaran anak die la.


Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.

Antara simptom anak sembelit ialah :

  • meragam perkara biasa la sebab die tak selesa
  • abdomen keras sebabnya najis tak boleh dikeluarkan dalam masa yang lama
  • najis bercampur darah sebabnya lua pada rektum disebabkan najis keras
  • najis susah dikeluarkan dan berketul-ketul
rujukan: babycenter


CARA ATASI ANAK SEMBELIT TERUK

1. Gerakkan kaki anak. Urutan la senag Ida katakan supaya dapar mengerakkan najis dalam usus untuk senang dikeluarkan.

2. Kurangkan penyebab sembelit.


MAKANAN YANG MENYEBABKAN SEMBELIT


  1. Aiskrim
  2. Kerepek
  3. Pisang. Orang kata bagus untuk sembelit tapi bila difikirkan semul. Ia makanan berserat tinggi so bila kita kurang minum air menyebabkan sembelit. Kalau cukup air insyaallah takkan berlaku sembelit.
  4. Produk tenusu
  5. Nasi terlalu banyak makan
  6. Biskut
  7. Makanan bergoreng
  8. Makanan beku
  9. Daging merah
Pernah dengar al-manna atau acacia gum atau arabic gum?

Kalau korang seach google korang akan tahu jawapannya sebab fungsinya untuk masalah sembelit. Malah nak search tekan di sini je...

So apa kena mengena dengan Mealshakes?

Sebabnya kandungan dalam Mealshakes terdapat acacia gum yang sememangnya bagus untuk masalah sembelit terutamanya anak yang sembelit teruk ni.

So ibu bapa yang tak sanggup lagi tengok anak terseksa meneran sebab sembelit. Ambil tindakan sekarang. Skit pun tak rugi nak melabur untuk anak-anak. Ini kan untuk perkembangan anak-anak juga.

Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com
1:08:00 AM

HARGA POS DAH NAIK?

by , in
Assalammualaikum...

Aih belum masuk bulan April macam-macam dah jadi. Semua benda dah naik harga. Makanan ada tu benda yang bukan kena GST pun naik jugak...


Ni yang terbaru harga pos laju dah naik. Ada Ida terbaca status kawan alam maya dulu harga RM6 sekarang dah RM11. So Ida update status tanya...ade yg komen katakan 600mg dah RM7.70...Aduh

Serba salah Ida dibuatnya..Ida ni peniaga yang nak cari rezeki untuk anak-anak. Serba salah Ida nak naikkan harga pos sebab kesian kat si pembeli tapi kesian juga untuk si penjual ni.

Tak tau nak kata GST ni bagus ke tak. So kita fikir positif jelah. Kalau kena hadap juga GST ni terpaksa..memang tak boleh buat apa. Mungkin ada kebaikan untuk masa akan datang..

SO....I LOVE GST
12:04:00 AM

9th MATERNITY & CHILDREN EXPO

by , in
Assalammualaikum...

Dah lama rasanya Ida teringin sangat nak pergi expo barang bayi ni. Tapi sekarang dah ada anak malas rasanya nak bersesak-sesak dengan orang. Tambah en suami memang tak nak la pergi kan orang ramai.

Expo ni sebenarnya dah start 27hb tapi arini baru nak buat entry.hehehhe...



Jom lihat apa yang ada...

Antara jenama besar termasuk MamyPoko, Enfagrow A+, Enfamama A+, Pet Pet®, Drypers, Huggies®,Aprica, BabyBjorn, Bio-Oil, Butt Naked Baby, Combi, Dr Brown, Early Learning Centre (ELC by Mothercare), Friso® Gold, Gerber, Graco, Hauck, Heinz, Johnson & Johnson, Maclaren, MAM, Maxi-Cosi, Medela, Mothercare, Motorola, Peg Perego, Philips AVENT, Pureen, Quinny, Stephen Joseph, Sweet Cherry dan Tommee Tippee serta banyak lagi.

KEISTIMEWAAN 9TH MATERNITY & CHILDREN EXPO

i) NO.1 DAN ESKPO KEIBUBAPAAN TERBESAR: 300 gerai, 700 jenama, hadiah untuk setiap pengunjung.

ii) 20,000 MUG EDISI ISTIMEWA PERCUMA! Siapa cepat dia dapat.

iii) 10000 Goodies Bag untuk dibawa pulang. Selagi stok masih ada.

iv) Facebook Like, Share & Win Contest!

- Facebook – Maternity & Children Expo

- 10 kereta sorong jenama terkenal daripada COMBI MALAYSIA bernilai lebih RM12,000 untuk dimenangi!

v) 3,000 TCEBaby™ Club Gift Sets

- Beli STROLLER / KERUSI KESELAMATAN BAYI / TILAM&KATIL BAYI/ BABY CARRIER / PAM PAYU DARA / BOTOL SUSU / STERILIZER bernilai lebih RM800 dalam satu resit atau resit terkumpul daripada produk di atas, berpeluang membawa pulang TCEBaby™ Club Gift Set bagi 3,000 ibu terawal!!

vi) FIESTA STOLLER

- 30 stroller untuk dibawa pulang, harga dari RM299 – RM2099

vii) BELI&MENANG

- 300 hadiah jumlah bernilai RM150,000 menunggu anda!

- Pembelian minimum RM150. Isi borang dan masukkan ke dalam kotak ‘lucky draw’ yang terletak di kaunter penganjur selama ekspo berlangsung untuk memenangi hadiah yang lumayan. Pemenang cabutan bertuah akan diumumkan pada Sesi Cabutan Bertuah setiap hari.

viii) JOIN & WIN

- 36 Aktiviti Pentas

- Masuk Percuma + Goody + Hadiah bernilai RM50,000

ix) PERTANDINGAN PRINCE & PRINCESS PA&MA (0-4 Tahun) dan CABARAN PUZZLE PA&MA

- Borang penyertaan boleh didapati di dalam majalah Pa&Ma Mac.

- Hadiah bernilai RM40,000 untuk dimenangi.

- Pemenang akan diumumkan pada 29 Mac 2015, 6.00pm.


So arini last day so sapa yang ada masa tu g lah jenguk..

9th Maternity & Children Expo

Tarikh : 27 – 29 Mac 2015 (Jumaat – Ahad)
Tempat : Atrium, Hall 1, Hall 2 & Hall 3, Mid Valley Exhibition Centre
Masa : 10 pagi – 9pm
Masuk: PERCUMA

Rujukan:: PaMa
11:48:00 PM

T-SHIRT KANAK-KANAK RM7 SAHAJA

by , in
Assalammualaikum...

Alhamdullilah..dimurahkan rezeki Ida ada amik borong untuk jual pakaian kanak-kanak. Kebetulan Ida nak cari t-shirt untuk Asyraf so bila Ida fikir-fikir balik apa salahnya Ida berniaga kan..


Berniaga kan ikut sunnah Rasullullah. Jangan risau Ida masik still on dengan Shaklee. Ni hanya sampingan sebab Ida memang suka berniaga.

Ida buat semua ni nak kerana-Nya supaya Ida boleh tolong suami dan untuk anak-anak. Dah tak banyak yang tinggal so nanti Ida akn tambah lagi stok. Sehelai RM7 sahaja..





Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com
11:09:00 PM

NO IDEA

by , in
Assalammualaikum...

Beberapa hari ni jadi buntu skit kepala. Nak update entry pun memikir jugak.hehehehe.Anak-anak pula tak berapa nak sihat. Harini Ida selsema plak. Aqil plak wt perangai seharian ni..


Dari bangun tidur asyik nak nangis je. Nak menempek je kat Ida. Nak solat pun nangis kat sebelah. Kejap ok je main pastu die datang merengek balik. Sampai naik buntu Ida tadi. Ni die selsema plak. Asyraf plak batuk kahak.


Nak kena alert,sapu la minyak bawang putih kat diorang malam ni. Anak sedara Ida dah kena tahan wad sebab lelah dan demam. Doktor kata ada virus dalam paru-paru. Paru-paru mengembang. Cian tengok gambar die tadi.


anak sedara dalam wad petang tadi

Mudah-mudahan esok dah boleh keluar. En suami plak offshore die suruh jaga-jaga. Kalau batuk teruk bawa g klinik. Wat masa ni alhamdullilah takde apa2..makan dan main sume ok je.

Risau sekarang ni. Dengan cuaca tak menentu,ramai budak-budak sakit sekarang ni .Paling bahaya demam denggi la..

Hope ibu-ibu semua pantau kesihatan anak-anak korang k...
12:42:00 AM

4 TIPS IBU HAMIL KUAT SAMPAI BOLEH NAIK TANGGA BERTINGKAT-TINGKAT TANPA RASA LETIH

by , in
Assalammualaikum..

Kebanyakkan ibu hamil sering keletihan sebab alahan pada awal trimester dan semakin letih dengan kandungan semakin membesar pada trismester ke-3. Seorang ibu hamil yang kuat mestilah sentiasa bertenaga menjalani aktivit harian atau luar. Jadi bagaimana dengan ibu hamil nak jadi kuat sepanjang tempoh kehamilan. 



Nak ambik cuti bersalin terlalu awal pun boss tak bagi. Kena juga menghadap masuk opis tiap-tiap hari walaupun badan ni tak larat sangat. Balik rumah je habis sakit-sakit badan,mintak la en suami tolong urutkan.


Tapi tak mustahil untuk ibu hamil Puan Ainul ini yang sarat mengandung masih boleh naik flight melancong malah naik tangga yang bertingkat-tingkat tanpa rasa letih mahupun sakit badan. Apa rahsia dia?


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Seperti yang kita tahu ibu hamil yang kuat memerlukan 5 vitamin penting sepanjag kehamilan iaitu :

  1. Asid folik -600mcg sehari
  2. Zat besi (iron)- 27mg sehari
  3. Kalsium -1000mg sehari
  4. Protein- 70mg sehari
  5. Vitamin C (asid ascorbik)-70mg sehari


TIPS ELAK KELETIHAN SEMASA HAMIL

1. Dengar apa yang tubuh kita nak
Pada waktu siang tidurlah sebentar contoh masa dalam pejabat kita pada waktu lunch atau morning break. Ambil masa dalam 15minit je tak lama pun supaya badan dan otak boleh rehat sebenatar. Takpun tidur awal pada waktu malam.

2. Cuba ubah jadual
Kalau selalu  kerj overtime balik lambat apa kata sekali sekala balik awal. Kalau surirumah sepenuh masa tu mintak tolong suami jagakan anak sekejap sementara korang nak berehat.

3. Jaga makan
Ibu hamil yang kuat mestilah jaga pemakanan die. Pada trimester 2-3 korang memerlukan 200-300 kalori tambahan agar korang dan anak mendapat zat yang secukupnya. Makan dan minum yang sedikit tetapi kerap boleh menghilangkan masalah loya atau alahan.

4. Bertahaniah
Berehatla secukupnya sementara korang masih mengandung. Nanti bila dah ada anak,tidur confirm tak cukup apatah lagi nak ada masa nak pergi tengok wayang atau bercuti hujung minggu. So sementara ni rehatlah atau bercuti la sepuas-puasnya.

Rujukan : www.babycenter.com

Ini sedikit perkongsian yang Ida nak kongsikan kepada ibu hamil supaya sentiasa kuat bertenaga. Kalau ibu muda ni boleh panjat tangga di Jakarta tak mustahil kita pun boleh mendaki gunung. Amik dekat2 je pun takpe..hehehe

Bila badan sihat dan bertenaga apatah lagi anak dalam kandungan kan? Insyaallah segala urusan bersalin kita nanti akan lebih mudah dan tak mudah letih. Ida doakan yang terbaik untuk korang.

Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.
10:53:00 PM

WILLAURA FASHION, PILIHAN TERKINI KAUM HAWA

by , in
Assalammmualaikum...

Entry kali ini Ida nak kongsikan satu jenama yang bakal berkembang maju dalam dunia fesyen. Sebenarnya owner adik angkat Ida sendiri. Umur masih muda tapi mempunyai kebolehan menjahit dan impian untuk membuka jenama sendiri.



Willaura Fashion menghasilkan produk palloza rekaan sendiri. Fabrik dan kualiti kain dipilih sendiri untuk menjamin keselesaan para pelanggan. Yang pasti rekaan ini tidak akan didapati di mana-mana kedai yang lain.


Paling menarik rekaan dari Willaura Fashion ini direka khas yang boleh dipakai sehingga saiz XXXL. Jadi mereka yang bersaiz besar jangan risau untuk membeli di Willaura Fashion.


Warna pilihan yang sangat menarik dan lembut dipandang membuatkan si pemakai nampak lebih ceria dan sopan. Dijamin sangat selesa dan sesuai di pakai di mana-mana sahaja.


Insyaallah Willaura Fashion akan memberikan rekaan yang terbaik dan cantik khas untuk kaum wanita yang mengutamakan fesyen terkini.

Bagi yang berminat boleh layari web di bawah :

Instagram : https://instagram.com/willaurafashion/
No tel : 0189872049


12:04:00 AM

TIPS URUSKAN BISNES ONLINE SAMBIL JAGA ANAK,ITU BUKAN ALASAN

by , in
Assalammualaikum...

Bagi orang macam kita ni yang ade bisnes online semestinya gadjet memang penting. Laptop,handphone mahupun tablet..Tapi sering kali kerja kita tergendala sebab anak-anak suka main gadjet kita. 




Kalau dah semua gadjet kita anak-anak kacau so macam mana nak uruskan bisnes online kita kan? Ada tu sampaikan suruh anak tidur awal so kita boleh uruskan order kita pada waktu malam. Kalau waktu siang jenuh berebut dengan anak-anak.

Selepas Ida tengok video ni Ida sokong 100% apa yang Puan Lyna Noh ni cakap


Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online from iReach HD on Vimeo.




3 TIPS MENDIDIK ANAK GUNA GADJET

1. Kurangkan bermain gadjet/smartphone depan anak-anak

Ni tak..kalau boleh 24jam nak mengadap handphone tu. Belum lagi kalau bercakap-cakap dengan lama dalam telefon. (terasa diri ni dok layan whatsapp tapi bukan 24jam la sebab tunggu handphone charge..heheheh).

Kalau si ayahnye pula,balik kerja terbaring depan tv tapi tangan pegang handphone. Anak-anak pula sekeliling nak main sama-sama,ayah buat tak tahu je. Siap marah anak sebab kacau die merehat.

2. Tetapkan syarat jika anak nak bermain gadjet

  • Tetapkan masa. Jangan bagi anak bermain gadjet lebih dari 2 jam setiap hari. Kalau anak-anak kecil tu,jangan bagi die terlalu leka tengok tanpa sebarang gerakan. nanti boleh rosakkan otak dan mata.
  • Jangan bagi main selagi tak siap kerja sekolah
  • Takboleh main gadjet semasa makan di meja makan
  • Jangan gune gadjet semasa berkumpul 1 keluarga
  • Letak password dan simpan selepas anak guna
3. Tetapkan aplikasi yang digunakan

Kalau boleh perhatikan apa yang anak kita buat. Kalau boleh lock atau buang aplikasi tak berkenanan buatlah supaya anak-anak tak cenderung pada benda negatif


Tapi bagi Ida yang paling penting bak kata Puan Lyna. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan atau halangan. Jadikan mereka sebagai kekuatan dan semangat kita nak berjaya. Jangan sesekali leka atau menghiraukan mereka. Jangan buat seperti anak ni disisihkan.

Akhir kata dari Ida. Semoga semua ibu atau ayah yang menjalankan bisnes online akan terus berjaya dan membina syarikat atau nama sendiri. Niat dalam hati tu nak membantu lebih ramai orang agar kita dapat ganjaran di dunia dan di akhirat.Amin

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.





2:28:00 PM

RESEPI NASI GORENG MUDAH

by , in
Assalammualaikum...

Saja nak kongsikan resepi nasi goreng mudah. Memang mudah sangat. Bagi yang student atau bujang yang malas2 tu kan...boleh try resepi ni



RESEPI NASI GORENG MUDAH

BAHAN-BAHAN
  • nasi 
  • ikan bilis
  • cili padi *brgantung suka pedas atau sederhana
  • 1 batang cili merah
  • bawang merah
  • bawang putih
  • telur
CARA-CARA

1. Blender je sume bahan-bahan di atas kecuali telur dengan nasi la..

2. Panaskan minyak,tumis bahan-bahan yang diblend tadi

3. Bagi garing skit masukkan telur dan garam

4. Masukkan nasi. Gaul rata

5. Dah siap

Senang kan?hehe..en hubby suka makan. Anak je tak suka sebab pedas..heheheh

SELAMAT MENCUBA!
11:51:00 PM

10 CARA RASULLULLAH S.A.W MELAYAN ISTERI

by , in
Assalammualaikum..

Maaf ni takde nak kecikkan hati sesiapa. Tapi kebetulan Ida tengok kisah dalam Bicara Wanita. Ida gak tersentuh dengan sikap sesetengah suami.



Suami buat isteri seperti hamba. Suruh buat itu ini. Isteri yang uruskan segalanya tapi suami goyang kaki tengok tv,keluar lepak dengan kawan-kawan. Isteri kat rumah lintang pukang uruskan rumah,masak,layan anak-anak. Malam mintak isteri berikan nafkah batin. Itu belum lagi suami yang suka memukul atau maki isteri.

Tak rasa kesian ke kat isteri dilayan macam tu skali. Berapa lama masa kita ambil tolong kerja-kerja rumah dengan isteri? Layan anak-anak? Berapa lama masa isteri boleh berehat?

Kita baca bagaimana Rasullullah S.A.W melayan isteri baginda

10 CONTOH PENTING BAGAIMANA RASULULLAH MELAYANI ISTRINYA


1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

2. Setiap kali pulang ke rumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan‘Kalau Nabi berada di rumah,beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu itu..Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Humairah?’ (Humairah adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan ’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah,‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’Ras ulullah lantas berkata,‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya.Rasul ullah menegur,‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga,jadi aku pukul lah dia.’‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassalam,.‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6. Pernah baginda bersabda,’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin,sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassalam menolak sama sekali rasa kesombongan.

8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain,ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya.

9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-mene rus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak .

10. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah,‘Ya Rasulullah,bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak,‘Ya ‘Aisyah,apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur..



Mudah-mudahan dalam rumahtangga ni saling tolong menolong. Jangan pentingkan diri sendiri. Tanggungjawab mendidik anak-anak tanggungjawab bersama.
11:13:00 PM

TESTIMONI SET MENYUSU SHAKLEE,ANAK KENYANG IBU HAPPY

by , in
Assalammualaikum...

Harini Ida hanya nak kongsikan beberapa testimoni Set Menyusu Shaklee. Alhamdullilah dari group whatsapp atau facebook ramai yang dah gune dan mengaku sangat suka dengan Set Menyusu Shaklee. Terutama ibu-ibu yang nak cari milkbooster yang senang nak makan.Yelah masing-masing sibuk bekerja,makan pun tak tentu masa.



Ye memang rangsangan susu dari mindset kita sendiri tapi disebabkan kita tak makan makanan yang seimbang,kerja banyak,stress itu yang menyebabkan susu kita kadang-kadang akan merundum.


Ada ibu-ibu bekerja yang ambil cara mudah bagi je anak susu formula sebab takde kekuatan nak buat jadual memerah susu disebabkan faktor badan terlalu letih. Tak memaksa kalau taknak bagi anak susu badan,terpulang pada hak masing-masing. Ada ibu yang cekalkan hati nak bagi susu anak sehingga 2tahun dan ada yang tak mempunyai hati yang cekal.



Ida ingatkan apa-apa supplement pun kalau makan takkan menjadi kalau takde rangsangan. So mana datangnya rangsangan? Dari MINDSET kita...INGAT TU!





Alhamdullilah...ni antara testimoni Set Menyusu Shaklee yang Ida nak kongsikan. Dah banyak sebenarnya ibu-ibu menyusu yang berjaya simpan stok yang banyak untuk anak diorang malah ada juga ada anak susuan sendiri. Syukur rezeki yang diberikan kepada mereka susu mencurah-curah.

So bagi ibu-ibu menyusu yang ada masalah penyusuan mahupun yang masih mencari milkbooster yang sesuai. Tak salah mencuba Set Menyusu Shaklee.

Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.
2:42:00 PM

TEMPAHAN KEK DAN KUIH MUIH DI KEMAMAN

by , in
Assalammualaikum...

Dah lama Ida nak update entry ni tapi asyik terlupa je. Anyway Ida nak tolong kakak Ipar Ida yang berniaga kecil-kecilan terima tempahan kek dan kuih-muih.


Sekarang ni kak ipar ade antar sedikit muffin dan kuih ke kedai-kedai pada waktu pagi dan ade juga terima order dari cikgu-cikgu sekolah.








Alhamdullilah walaupun baru mula,ade je tempahan yang diterima. COD di area Kemaman je. So orang-orang Kemaman yang nak order bolehla hubungi kak Ipar Ida k...

No tel :0173345509 Farhana
Facebook : Nurfarhanamustafa
2:20:00 PM

Segmen Blogwalking #Part3

by , in
11:03:00 PM

9 CARA CEPAT HAMIL,TAK TAHAN KENA DESAK DENGAN MAK MERTUA SEHINGGA SANGGUP...

by , in
Assalammualaikum...

Keinginan sepasang suami isteri mestilah ingin mendapatkan zuriat. Dan semestinya akan melakukan apa saja cara cepat hamil supaya hajat akan tercapai. Kalau pasangan yang baru berkahwin nak anak cepat begitu juga dengan pasangan yang dah ada anak tapi sudah bertahun belum mengandung lagi. Anak pun dah masuk 5tahun. Orang pula asyik bertanya benda yang sama setiap hari. "Bila nak ada anak?" tak pun bagi yang dah ada anak. " Bila nak tambah anak,abang die nak adik lagi tu". Soalan biasa la kalau orang yang dah berkahwin ni kena soal soalan yang sama.



Ni kisah sebenar. Minggu lepas ada seorang wanita berbangsa cina dari Brunei whatsapp Ida bertanyakan tentang Set Kesuburan Shaklee. Sebelum tu Ida tnya dulu apa masalah yang die hadapi. So die ceritakan dari A to Z.

Dia dah mempunyai seorang anak dan inginkan anak lagi tapi masih belum hamil. Mak mertua pula asyik mendesak nak cucu ramai. Siap kata kat akak ni yang die ni nak jaga badan thatway tak nak mengandung lagi. Kesian sangat.


Wanita mana taknak anak lagi kan. Sampaikan die bagitahu Ida kalau orang cina boleh kahwin lebih dari sorang dah lama die suruh suami die kahwin lain. Takkan sampai tahap camtu kan?

Disebabkan desakan dari mak mertua,kak A ni jadi stress sangat. Sampaikan suami die marah balik jangan stress. Suami die langsung tak kisah tapi sebabkan mak mertua die nak cucu ramai. Akak A ni jadi tertekan. Die takde masalah period semua so Ida agak maybe sebab die stress membuatkan die susah nak hamil tambah die bagitahu die juga melakukan sukan lasak. 

So Ida cadangkan Set Kesuburan Shaklee yang mengandungi ESP Shaklee, GLA Complex dan B-complex. So sebelum amik set ni Ida cadangkan supaya die berhenti sebentar sukan lasak sepanjang amik set ni..

Ida cadangkan B-complex sekali sebagai folik asid dan memandangkan akak ni juga stress so B-complex ni membantu atasi stress dengan memudahkan pengaliran darah lebih lancar.


Selain tu Ida nak share 9 cara cepat hamil mudah-mudahan kita boleh amalkan sepanjang dalam perancangan nak dapat anak. Hope dapat membantu.

9 CARA CEPAT HAMIL

1. Jauhkan dari makanan instant,fast food,junk food
2. Elakkan makan jeruk-jeruk masam
3. Elakkan minum air gas
4. Kurangkan minum kopi dan teh. 
5. Banyakkan baca Al-Quran terutama surah Al-Maryam
6. Buat sunat hajat setiap hari
7. Bersama pada waktu subur setiap hari. Selepas bersama baring seketika supaya sperma dapat masuk dalam ovum. Jangan gerak ke mana-mana selama 1jam (ops ni 18sx skit).
8. Makan asid folik
9. Kalau period tak teratur amik supplement untuk stabilkan period seperti GLA Complex

Mudah-mudahan dengan Set Kesuburan Shaklee adalah salah satu ikhtiar supaya akak ni cepat hamil. Bagi yang merancang nak tambah anak atau masih mencari cara cepat hamil boleh amik set ni. Terutamanya yang nak mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Tak salah nak makan dari awal kan sebab ia juga bagus untuk kesuburan korang.

Jangan malu-malu atau segan nak ceritakan pada Ida pasal masalah korang. Senang Ida tahu apa masalah korang so senang nanti Ida nak guide.Benda takkan selesai kalau diam je. Jom kita talking-talking k...

Boleh klik di sini untuk order segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.


11:57:00 PM

"Segmen Pencarian Bloglist April - Mei 2015"

by , in
11:35:00 PM

REPEAT ORDER SET KOLESTROL TINGGI

by , in
Assalammualaikum...

Walaupun badan tak sihat ni masih diberikan kekuatan untuk menaip lagi malam ni. Anak-anak semua diulit mimpi walaupun Asyraf pun masih tak berapa sihat. Aqil pun masih cirit-birit. Ida kena alert skit. En.hubby pun dah naik offshore tadi.


Alhamdullilah regular customer Ida mesej ari Jumaat baru-baru ni nak repeat order Set Kolestrol Tinggi. Walaupun belum g check darah tapi katanya nak tunggu botol kedua dulu. 


Masa aritu Ida ada bagi sampel Ostematrix Shaklee. Maybe die rasa sakit-sakit badan dah hilang die pun order sekali dengan Ostematrix. Alhamdullilah dapat membantu orang lagi untuk lebih sihat.

Oh ya..nampak tak free gift tu memang Ida bagi kat semua customer Ida...So sapa2 nak order boleh pm Ida k....

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Followers