RISIKO BAYI BESAR DALAM KANDUNGAN

Assalammualaikum...

Santai petang-petang sambil study produk Shaklee tiba-tiba teringat kawan Ida yang menunggu masa nak bersalin. Dah overdue tu...40 minngu 5hari..Kesian plak tengok die mula dah jadi risau anak taknak keluar.


Ida kalau overdue ni risau kena masuk ubat. Bila dh masuk ubat taknak keluar juga kena vakum atau operate. Ida teringat masa Ida bersalin ka Asyraf dulu. Kebetulan adik sepupu sebelah suami pun nak bersalin. Air ketuban dah pecah tapi takde rasa sakit nak bersalin. Berapa hari kat situ masih belum bersalin. Kebetulan katilnya depan Ida,die masuk wad dulu tapi masih tak bersalin pas Ida bersalin. Macam-macam la die kena,masukkan kayu pe ntah...last-last kali operate. Rasa nak marah pun ada..tapi semua kerja Allah s.w.t kan...


Perkara tentang bayi besar dalam kandungan ni. Purata paling besar 4.5kg di mana purata saiz normal bayi hanya 3.5kg. Asyraf dulu pun lahir 3.18kg dan Aqil 3.06kg. Semua terkejut sebab perut Ida kecik je badan pun kecik. Tapi anak lahir 3kg lebih..hehehhe. Alhamdullilah dua-dua bersalin normal.

Faktor bayi besar dalam kandungan ni kebiasanya genetik. Kalau mak ayah nye memang lahir saiz besar. Ida pun tak tahy berapa saiz Ida dulu.heheh.

Faktor lain adalah kencing manis semasa hamil. Di mana tahap gula dalam darah terlalu tinggi. Alhamdullilah even masa pregnantkan Aqil Ida ada kencing manis tak sampai kena insulin. Pas bersalin dah takde diabetes.

Lain-lain seperti obesiti,indeks jisim badan (bmi) yang tinggi semasa hamil,kenaikan berat badan terlalu banyak atau overdue date bersalin. Jantina juga main peranan. Di mana bayi lelaki berisiko lebih tinggi dari bayi perempuan.

Risiko bayi besar ni mesti ramai tahu. Antaranya:
  • sukar bersalin
  • komplikasi semasa bersalin atau kehilangan banyak darah
  • kecederaan semasa bersalin/pendarahan
  • berkemungkinan besar kena operate
Bagi ibu-ibu yang bakal bersalin,jangan terlalu risau. Doa banyak-banyak,insyaalla akan dipermudahkan.

Post a Comment

0 Comments