PETUA MELEMBUTKAN HATI ANAK DEGIL

Assalammualaikum..

Anak-anak bila semakin membesar ada yang dah mula jadi macam sedikit degil. Anak degil ni orang tua-tua selalu cakap terlalu manjakan la..tapi rasanya ikut pada genetik mak ayahnye jugak kot..wallahualam..


Kadang-kadang sebab faktor cara kita melayan anak-anak dan mengajar diorang. Ini ada sedikit petua melembutkan hati anak degil untuk dikongsikan.

PETUA MELEMBUTKAN HATI ANAK DEGIL

1. Beli sekampit beras (boleh guna beras yang telah ada dirumah) dan bacakan 70kali surah Al-Fatihah setiap hari. Buat selama 7 hari berturut-turut.

Kampit beras yang dibeli tidak perlu dibuka semasa membaca surah Al-fatihah. Jika menggunakan beras yang sedia ada, pastikan beras itu tidak digunakan sehingga selesai 7 hari Al-Fatihah dibacakan. Boleh juga dibacakan surah Al-Fatihah ini kepada beberapa kampit beras dan makanan lain sekali gus.

2. Selepas 7 hari, beras ini boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga. Sekiranya beras semakin berkurangan maka boleh diulang kaedah ini secara berterusan.

3. Gunting sehelai rambut anak yang degil. Buat solat sunat Hajat dan berdoa minta ALLAH lembutkan hati anak itu. Selepas itu pegang (gengam) rambut anak itu dan baca " Ya Rahim " sebanyak 1000kali. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut.

Semasa anak tidur, bacakan ayat dari Surah Asy-Syura 42 : 12 di ubun-ubun anak anda.

Baca ayat ini sebanyak 19 kali setiap malam. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut. Doa ini boleh juga dibacakan pada air dan beras untuk kegunaan sekeluarga.



Insyaallah kita sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak. Bagi Ida, jangan sesekali cakap anak kita degil. Itu akan menjadi mindset dalam otak die..

Post a Comment

0 Comments