TIPS ATASI RASA LAPAR SEMASA BERDIET

Assalammualaikum...

Perkara normal yang akan terjadi bagi orang yang berdiet. Korang akan rasa lapar. Malah orang yang tak diet pun akan ras lapar sebenarnya macam Ida ni. Sebab Ida menyusu badan memang akan rasa cepat lapar. Lebih-lebih lagi orang yang mengandung. Ini tips atasi rasa lapar semasa berdiet yang Ida ambil dari Mingguan wanita



TIPS ATASI LAPAR SEMASA BERDIET

1. Kerap minum air

Kerapkan minum air membantu badan kita untuk mengeluarkan toksik dan membuatkan kita berasa kenyang. Tubuh badan yang dapat hidrasi dengan baik membuatkan badan kita lebih sihat. Jadi amalkan segelas air setiap sejam.

2. Letak kayu manis dalam masakan

Salah satu fungsinya untuk menstabilkan gula dalam darah sekaligus melambatkan pencernaan. Ini membantu kita rasa kenyang dengan lebih lama.

3. Makan secara perlahan

Ikut sunnah Nabi kena kunyah sebanyak 44kali kan. Ini kerana ia membantu proses pencernaan agar dapat dicerna dengan baik.
Makan pada kadar

4. Makan buah 


Antara minum air buah dan makan buah. Sebaiknya kita amalkan mengunyah dengan makan buah yang dipotong. Ini dikatakan membantu kita berasa kenyang dengan lebih lama.

5. Kurangkan gula 

Contoh sewaktu tekanan darah menurun ini menyebabkan kita menjadi lapar.Jalan terbaik ialah dengan mengurangkan pengambilan gula selain membantu untuk kesihatan yang lebih baik.

6. Ambil banyak serat

Serat merupakan makanan yang paling lama untuk dihadamkan. Thatway digalakkan pengambilan serat 3 kali sehari kerana ia bagus untuk penghadaman.

7. Minum teh atau kopi

Kopi atau teh adalah minuman yang bagus diambil bagi mengurangkan rasa lapar. Lebih elok sekiranya ia dihidangkan dengan mengurangkan gula. Selain itu, teh juga dikatakan berupaya meningkatkan tahap kesihatan tubuh secara keseluruhan. 

8. Makan dalam kuantiti sedikit 


Ini adalah salah satu tips yang Ida tekankan bagi yang mengambil set kurus untuk turunkan berat badan. Elakkan perut kita lapar ini kerana ia mendorong kita untuk makan dengam lebih banyak. Cara terbaik ialah makan kerap dalam kuantiti yang sedikit.

Post a Comment

0 Comments