7 CARA NAK CUKUPKAN DUIT GAJI

12:34:00 AM

Assalammualaikum...


Pernah tak rasa duit gaji kita banyak tapi mesti rasa tak cukup dan cepat habis. Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?


7 CARA NAK CUKUPKAN DUIT GAJI


1. Perkara pertama yang mesti kita ingat dan buat selepas dapat gaji. Jangan lupa bagi pada mak ayah. Walaupun gaji kita skit atau tak seberapa bagi juga dan anggap sebagai hadiah.


2. Membuat potongan gaji untuk zakat. Insyaallah segalanya akan menjadi mudah.

3. Seorang ayah perlu fikirkan tentang anak-anak dan isteri dulu. Keperluan yang mereka perlukan sebelum ada hati nak tukar sport rim kereta yang baru. Kalau tukar pun,orang takkan puji.hehehhe

4. Kita sebagai seorang isteri yang bekerja, jangan anggap duit kita hanya untuk keperluan kita sahaja. Anggap gaji yang kita dapat untuk membantu suami. Si suami pula jangan mengambil kesempatan atas kebaikan isteri tu.huhuhu


5.Sebagai isteri yang tidak bekerja macam Ida ni. Redha dan bersyukur setiap hari atas nikmat yang diberikan.

6. Jika ternampak atau terjumpa sedara mara atau sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Hulurkan la bantuan, lebih-lebih anak2 yang merempat di jalanan hulurkan sedikit bantuan walaupun RM1 utk ringankan beban mereka.


7. Jangan kedekut sangat nak belanja kawan-kawan ke. Apa la salahnya sekali sebulan open table belanja adik-beradik atau kawan-kawan. Tak pun buat la makan-makan kat rumah. Malas masak.order je kat katering..senang citer.heheheh

Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
( Ustaz Azhar Idrus)

Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)